Sunday, April 19, 2009

Rumah Amal Limpahan Kasih

Assalamualaikum

Hari ni (Ahad-19/April/2009) saya telah berkunjung ke rumah anak-anak yatim di Puchong iaitu Rumah Amal Limpahan Kasih. Sebenarnye officemate saya dan isterinya mengadakan majlis sambutan harijadi anak ke-2 mereka sambil meraikan anak-anak yatim kat sana.



Majlis ini membuatkan saya terfikir sejenak betapa beruntungnya kita yang dibesarkan di rumah sendiri, mendapat segala keperluan dengan sempurna (dan kadang2 terlebih2). Kanak-kanak di rumah anak-anak yatim sudah pasti tidak mendapat perhatian yang sebegitu rapi. Bayangkan terdapat 70 org di rumah anak yatim ini dan sudah pasti cikgu/warden yang bertugas tidak dapat memberikan perhatian kepada setiap orang.

Namun, begitulah lumrah kehidupan, sebab itulah zakat diwajibkan oleh Allah swt. Supaya yang berada dapat menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Saya difahamkan oleh ustaz yang bertugas di rumah anak2 yatim ini, sebahagian besar keperluan anak2 yatim diberikan oleh individu2 yang perihatin. Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur di dalam hati ketika mendengarnya. Bagaimanapun Pusat Zakat Selangor dan juga Jabatan Kebajikan turut menyumbang tetapi tidaklah banyak disebabkan banyak lagi rumah2 anak yatim dan fakir miskin yang perlu dibantu.





Sama-samalah kita mengambil pengajaran:
  • Gunakan resource yang kita ada sebaiknya. Jangan dibazirkan.
  • Sentiasa ingat ada org yang lebih susah dari kita supaya kita sentiasa bersyukur dan ada niat untuk menolong orang lain.
  • Bayarlah zakat dan sentiasalah bersedekah. Sesungguhnya sedekah itu sebahagian dari amal jariah (amal yang mengalir walaupun kita sudah meninggalkan dunia yang fana ini)

Take care.
Wassalam.

regards,
Ahmad Firdaus :: Pi :: aerobrain

2 comments:

  1. Salam Aerobrain,
    Ah.. terlepas saya dan keluarga untuk turut serta. Amatlah penuh aktiviti saya pada hari ni.

    Terima kasih atas perkongsian dan juga peringatan tersebut.

    Wassalam.
    ::truemax

    ReplyDelete
  2. elok gak ade ruang tazkirah dekat sini..hehe..

    bagus betul smbut hari jadi ank sendiri dgn anak2 yatim....

    mereka juga memerlukan kasih sayang kan...

    SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DIRAHMATI DAN DIREDHAI ALLAH...

    ReplyDelete