Showing posts with label AFil. Show all posts
Showing posts with label AFil. Show all posts

Monday, June 8, 2009

Gambar Gathering pada 1-June-2009

Assalamualaikum ...

Sepertimana post truemax kat bawah ni .. berikut adalah sedikit gambar yang dapat share di sini ...


Pertandingan Solve the Cube


Pertandingan Solve the Cube


Juadah yang terhidang sedap2 semuanya


Nyam.. nyam.. makan2 time


Video conference bersama Tok Ma & Kak Jie di kampung


Mengukur size solok lada yang sedap ini!


Budak kecik dan budak besar sikit :-)

Harap maaf atas kelewatan ini kerana saya baru aje berpindah rumah dan internet belum ada lagi ... tambahan pulak saya kena travel ke Penang last week. Anyway, terima kasih banyak2 kepada truemax yang menganjurkan majlis ini dengan jayanya!

regards,
aerobrain :: Ahmad Firdaus :: Pi

Wednesday, June 3, 2009

Terima Kasih Atas Kunjungan

Assalamu'alaikum,

Terima kasih atas kunjungan semua, aerobrain, a_ja, yayang dan abe pa sekeluarga ke rumah saya pada malam hari Isnin tempoh hari. Cukuplah 5 orang adik beradik, semua berjumpa dan berkumpul pada malam itu.

Highlights ringkas tentang apa yang telah berlaku:
- Ketibaan a_ja dan aerobrain
- Makanan kuih-kuih yang a_ja bawa dari Kuching
- Ketibaan abe pa sekeluarga dan kemudiannya yayang sekeluarga
- Makan makanan, nasi putih, tomato, ikan siakap sambal, solok lada gergasi dengan kurma ayam dan Satey Kajang Hj. Samuri (terus dari Kajang), juga spageti
- Permainan kiub, yang mana telah masa terpantas telah dicatat oleh Salman Faris (tak buat rematch).
- Sesi video conference dengan Tok Ma dan Cik Ji di Kadok, Kelantan.
- Gambar-gambar ada pada kamera canggih aerobrain.

Amat meriah dan menyeronokkan. Kita patut buat banyak kali lagi, kan kan kan.

Wassalam.
::truemax

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum....

Bulan Mei ini banyak betul hari yang disambut, tu tak termasuk hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu.. just joking.

Hari ni, 16 Mei merupakan Hari Guru atau Teacher's Day, dan mungkin disebut dengan bahasa-bahasa lain juga, tetapi makna dan pengertiannya tetap sama.

Guru merupakan seorang yang paling berjasa kepada kita semua. Secara formal, kita semua ke sekolah dan guru merupakan orang yang bertanggungjawab mengajar kita di sekolah, dari buta huruf kepada boleh membaca dan mengira. Yang tidak formal pula, mereka yang mengajar kita membuat sesuatu seperti bercucuk tanam, bermain, memasak dan sebagainya juga boleh dianggap sebagai guru.

Sesungguhnya kerjaya sebagai guru merupakan kerjaya yang paling mulia kerana tanpa mereka tidak akan ada sesiapa yang terpelajar di atas dunia.

Di dalam keluarga kita ini ramai yang menjadi guru dan juga pensyarah. Ayah Pa, Acik Iza, Acik Jie, Acik Azah dan Acik Yang semuanya guru dan pensyarah. Tok Ma dan Tok Ayah pun dulu bekas guru. Sesungguhnya jasa kalian amat besar kepada kami semua dan kepada negara amnya.

Selamat Hari Guru, cikgu!

Monday, May 11, 2009

Mother's Day 2009

Seperti semua kita tahu, sambutan Hari Ibu diadakan pada hari Ahad kedua pada setiap bulan Mei, dan pada tahun ini jatuh pada 10 Mei 2009. Kita patut bersyukur kerana dikurniakan usia untuk sama-sama meraikan hari ini, attribute to all mothers, but some says everyday is mother's day.

Di akhir nukilan ini saya sertakan tulisan dari seorang kawan sebagai sesuatu yang boleh kita fikirkan bersama, kisah benar dan kawan ini merupakan rakan sebilik saya semasa tingkatan 1 di MRSM Kota Bharu pada tahun 1982 (i.e. 27 tahun yang lalu). Betapa beruntungnya kita kerana kehidupan kita tidak sesusah beliau dan keluarga beliau dulu dan boleh dikatakan di dalam keluarga kita, apa yang dihajati akan diperolehi walaupun tidak lah dalam sekelip mata.

Sambutan di Kadok secara kecil-kecilan dengan sebiji kek pada pukul 10.30 malam sekembalinya saya dari kerja, itupun ma terpaksa dikejutkan... sorry ma ya! We love u, and whatever we give, it is still tiny and small compare to your sacrifice, love and caring.

MothersDay01

MothersDay02


REMEMBERING MY MOTHER


Tomorrow is Mother’s Day. I never knew there was such a day when my mother was still alive. And even if I knew, I would not have cared much anyway. It’s just another modern day invention to allocate one day to remember the person who gave birth to us while for the other 364 days of the year she is treated like she never existed. Then again once in a while, thoughts of mother do come to our mind as we deal with trials and tribulation of bringing up our own children.

My mother’s time in this world ended on the same day as for the last Agong who died on the throne. While the whole Malaysia was mourning the loss of a people’s King, I was grieving the passing of my own mother. While all radio and television stations stopped entertainment programmes and played Quranic recital instead, our family also had tahlil to pray for her soul to be placed with those who are blessed. That sad day 8 years ago, is long gone. And my own family has grown so much since then.

With all the comfort and convenience that we live in today, it’s difficult to imagine how hard it was for a single mother to bring up 4 young children but that’s what my mother did. I was too young to remember, but I was told she separated from my father when I was only five and my younger sister was two. We were brought up by her own mother (my maternal grandmother) as she had to go away from the village to tap rubber trees in the hills of interior Kelantan, and later work in sawmills in the interior of Pahang. I can’t remember exactly how often she came back to visit us and grandmother, but I remember we were more attached to grandmother because of the separation.

While living in Pahang around the late 70s, she married a man who later became the father of my younger brothers. By the time I was sent to sekolah asrama in 1982 she gave birth to my youngest brother. Her husband, my stepfather, ran off months after my brother was born and never came to visit us again. Life had always been difficult for her, and it took a turn for the worse. That was the time my mother, a divorced 33 year old woman, penniless and jobless with four young kids without a man in her life had to go through the difficult journey into the future on her own. From then on she never left home to work in foreign places. I guess she felt she had left me and my sister for too long and that from then on she wanted to bring up her children by herself. She never remarried again until her death 19 years later.

When I was learning to be an adult at the sekolah asrama, I understood early on why mother could not visit me that often. The journey from home to the asrama must have been difficult for her, perhaps even more so when she thought about not being able to leave as much money as she wanted to if she visited. Instead, I was the one making my trip home once in a while to see mother and my younger siblings. I remember to this day, one weekend I went back to the kampong. Moments before I left home to take my bus trip back to the asrama, my mother went into the bedroom and closed the door. Later, not knowing what she was doing in there, I opened the bedroom door and found her counting coins on the house wooden floor careful to not let the coins slip through the gap between the planks. I saw the bamboo piggy-bank which she had been saving the coins in was broken in halves. She said to me she had to break it to get her only savings as she did not have any money
left. All she had was the coins. She asked if I would not mind carrying the heavy coins around and told me to be careful not to drop them. I looked at her and held back my tears. I did not want to show her my sadness and I suspect she was concealing hers too. I can’t remember what I spent the money on but that small incident is still etched in my memory to this day. It was one of the defining moments in my growing up teenage life. One among many which helps to teach me early on the importance of being careful with money. To be honest even now while writing this, I have to take a breather, hold back my tears and pretend to be strong just in case my kids come barging into my study room without knocking.

I did not have the courage to tell my mother all this when she was still alive. I wish I had told her how thankful I was about all the sacrifices that she had made to bring up the four of us. If your mother is still alive please do tell her how much she has done in your life. If you don’t have time to do it in the last 364 days, tomorrow is a good day to say it.

Happy Mother’s Day!

Ajemi
9 May 2009


Thursday, May 7, 2009

Pagar Rumah Tok Ma


Untuk sesiapa yang dah lama tak balik kampung, bersama ini disertakan gambar terbaru pintu pagar dan pagar rumah ynag dicat berwarna sedondon dengan warna rumah. Tok Ma pun ada dalam gambar tu.

Rumah Tok Ma

Ada masa balik la menjenguk kami di sini...;)

Friday, May 1, 2009

Motor Jaguh Putus Rantai

Hari ni Jumaat, 1 Mei 2009. Hari Pekerja. Di Kelantan cuma cuti 2 hari macam biasa iaitu Jumaat dan Sabtu, cuti hujung minggu katakan. Sementara di negeri-negeri di mana cuti hujung minggunya jatuh pada hari Ahad, bolehlah bercuti selama 3 hari (sebab tu Su Pi sempat balik ke Kadok!). Dulu saya pernah menghantar email kepada KSN (Ketua Setiausaha Negara) mencadangkan agar sekiranya cuti hujung minggu jatuh pada hari Jumaat, boleh diganti pada hari Ahad untuk negeri-negeri yang bercuti pada hari Jumaat, dan jika jatuh pada hari Ahad, digantikan pada hari Jumaat sebelumnya lagi bagi negeri-negeri yang berhujung minggu pada hari Ahad. Jadi, konsep 1Malaysia (masa belum timbul pun pasal 1Malaysia ni!) boleh diperkuatkan apabila kita bercuti bersama-sama. Malangnya tiada apa-apa jawapan dari KSN.

Jadi, apa kaitan dengan tajuk di atas? Hari ini saya pergi ke majlis aqiqah pensyarah saya di Cherang Ruku, Pasir Puteh. Sesiapa yang tak tahu di mana Cherang Ruku ni, balik nanti kita bawa gi jalan-jalan ke Pantai Bisikan Bayu dan Tok Bali.

Saya pergi sebelum solat Jumaat lagi, selepas makan terus pergi solat Jumaat di Masjid Kg Lembah, berhampiran dengan rumah beliau. Selepas solat, jam 2 petang, bertolak dari situ untuk ke tempat kerja (shif mula pukul 3 petang), sampai di simpang untuk ke Tok Bali, tiba-tiba saja rantai motor putus, dan tayar belakang terus terkunci. Alhamdulillah, tak jatuh dan terus tolak motor ke tepi jalan dengan sedikit kepayahan.

Alhamdulillah juga, ada kedai kopi dekat simpang itu, dan ada hamba Allah yang sudi menolong, pergi mencari peralatan dan rantai untuk diganti. Saya juga menghubungi kawan yang bekerja di Pangkalan Udara Gong Kedak dan beliau juga datang membantu. Disebabkan kerosakan dah di'diagnosis'kan lebih awal, kerja menjadi lebih mudah. Walau bagaimanapun, terpaksa menghabiskan masa lebihkurang 2 jam di situ.

Alhamdulillah sampai di tempat kerja pukul 5.15pm. Nasib baik hari ni locum (public holiday) kalau shif biasa, kena ganti atau kena potong gaji!

Moral of the story: Kalau pakai kenderaan, kena tahu dan reti serba sedikit tentang kenderaan kita, jadi senang untuk meminta bantuan. Dan, macam biasa, berkawan dengan ramai orang, bermusuh jangan sekali.

Itu saja untuk kali ini... Selamat Hari Pekerja dan berhati-hati di jalanraya.

Friday, April 10, 2009

Cerita Masa di Kota Kinabalu

Assalamualaikum,

Baru-baru ini berkesempatan ke Kota Kinabalu dari 5 hingga 9 April 2009. Kak Jie @ Cik @ Dr Aziah ada workshop di Shangri-La Rasa Ria Resort, Pantai Dalit, Tuaran, Sabah. Perjalanan dari bandar KK ke resort ini mengambil masa lebih 40 mins dengan jarak lebihkurang 35 km.

Sebab jarak yang jauh, memang tak sempat nak pergi berjalan la sebab tak ada transport. Hari ketiga dan keempat baru boleh berjalan-jalan ke bandar KK dengan meminjam kereta kawan. Kawan ni dulu kerja di Kelantan, sekarang dah balik kerja di Pangkalan TLDM Teluk Sepangar, KK. Kereta dia pub beli kat Kelantan dulu. (Lesson 1: Bagus ada ramai kawan)

Di Sabah, waktu subuh lebih awal sebab terletak lebih timur dari semenanjung Malaysia. So, kena bangun awal untuk solat, tapi boleh tidur balik kan...

Hari keempat, pergi ke pasar kraftangan atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipin di KK. Macam-macam ada, biasanya orang beli mutiara dan yang serupa dengannya, atau pun kraftangan lain macam kain alas meja dan keychain, janji ada buah tangan untuk dibawa balik. Ikan kering dan kuih cincin pun ada jugak.

Kami membeli banyak la jugak, jadi lupa nak kira dengan detail, cuma bila keluar dari pasar tu dan sampai di 1 Borneo (satu shopping complex yang dikatakan terbesar di Malaysia Timur -- memang besar pun, lebih besar dari KB Mall ni), baru la otak ni mengira-ngira apa yang dibeli. Baru la terperasan yang penjual tu silap kira dengan perbezaan lebih RM100! Bila kami balik ke kedai tu, dah tutup (masa tu pukul 8.00 malam). Esok dah kesuntukan masa.

Esoknya, hari terakhir, shuttle bus ke airport bertolak pukul 2.45 ptg dari resort dan sampai hampir pukul 4.00 ptg. Penerbangan pukul 5.30 ptg. Jadi kami ambil teksi dari airport ke bandar lebihkurang 10min perjalanan dan sempat ke kedai yang semalam tu. Alhamdulillah, dapat balik duit tu, tapi kena perabis la jugak RM40 untuk duit teksi... sambil pusing-pusing bandar KK. (Lesson 2: Bila beli barang, kena check balik, betul ke apa yang dibeli dengan apa yang dibayar, kalau tak jadi macam kami!).

Flight delay dalam 30 min dari KK, tapi sempat la dengan penerbangan ke Kota Bharu pukul 10.30 malam. Sampai di KLIA pukul 9.00 malam, dan baru dapat tahu barisan menteri kabinet secara detail.

Last lesson for this time: Ketahui tempat kita nak pegi dan buat perancangan awal-awal. Contohnya, tempat tu kat mana dan berapa jauh dari town; dan telefon kawan lebih awal untuk dapatkan bantuan...

Till next time...

Friday, April 3, 2009

TM Services in Kadok

Alhamdulillah, telefon di rumah telah pulih semalam (2/4/09), selepas 30 hari (ya..... exactly 30 hari) mengalami kerosakan akibat kabel dipotong dan dicuri.

Sejak dari bulan Oktober 2008, sejumlah 91 hari telefon tidak dapat digunakan. Bermakna internet pun out la jugak. Tiada apa-apa tindakan ke dari pihak TM untuk mengatasi masalah ini? Kita cuma jaga yang dalam rumah kita aje kan......

Anyway, Alhamdulillah dah boleh guna semula, tak tahu la tahan berapa hari. Susah woooo kalau tak ada internet ni.

Thursday, April 2, 2009

New Job... But Not Really New

Assalamualaikum,

Mulai 1 April 2009 (sama dengan Su Pi), saya mula bekerja sepenuh masa di KPJ Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu. Sebenarnya ini kali kedua, kali pertama pada 2 Jan 2007 hingga 31 Jul 2007. Selepas itu, hanya mengambil upah sebagai 'locum' doctor aje.

Selepas membuat pelbagai pertimbangan dan membuat solat istikharah, saya telah membuat keputusan untuk kembali ke hospital ini.

This is not a really new job, but a new responsibilities.

All the best to Su Pi jugak.

Salam dari Kelantan.