Saturday, May 11, 2013

Sambutan Hari Ibu: Sehari Sebelum PRU13


Pada 4hb Mei 2013, bersamaan dengan 23 Jamadilakhir 1434H, telah diadakan sambutan Hari Ibu buat Tok Ma di Kadok. Terima kasih buat Tok Ma kerana telah susah senang membesarkan kami semua sehingga kami mencapai apa yang kami capai sekarang. Ya Allah, kasihanilah ibu kami sepertimana dia mengasihi dan menyayangi kami sejak kami kecil sampai sekarang. Ameen.

Terima kasih kepada Abg Ja yang telah sponsor kek yang sihat tapi sedap itu. :-)

Berikut adalah sedikit gambar2 yang ada.






:: Ahmad Firdaus :: Pi :: aerobrain ::

Monday, April 1, 2013

Selamat Datang Ahli Keluarga Baru

Photo credit: truemax
Assalamualaikum ..

Pada 30-March-2013, seorang lagi ahli keluarga kami telah lahir ke dunia ini. Dari segi family tree, yang baru lahir ini adalah paling kecil iaitu berpangkat cucu saudara kepada saya. Which means, Tok Ma kini menjadi Moyang Ma.

Anyway, saya bagi pihak seluruh keluarga ingin mengucapkan tahniah kepada Adlan dan Huda atas kelahiran ini. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini membawa kebahagiaan yang berterusan di dunia wal akhirat.

Mula2 lahir tido2 dulu. :-) | Nama belum diumumkan

Ahmad Firdaus :: Pi :: aerobrain

Saturday, March 23, 2013

Hometown


Gambar yang di ambil di Kampung Kadok pada 10-Feb-2013 yang lepas. Baru sempat nak upload ke sini. :)

Harap semuanya dalam keadaan sihat wal-afiat.

Wassalam. Take care.

:: Ahmad Firdaus :: Pi :: aerobrain ::

Tuesday, August 21, 2012

Salam buat semua ahli keluarga Ohana Kami.

Di sini kami, Huda dan Adlan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dari gunung bersalji :)
Tak sabar nak pulang beraya di Malaysia tahun depan insyaAllah.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf andai ada tersalah dan silap samada sengaja, sedar ataupun tidak.

Doakan moga perjalanan study saya di sini berjalan lancar hendaknya. Amin.

Salam sayang buat semua!

Tuesday, December 27, 2011

Sambutan Hari Jadi

Alhamdulillah.. pada 25hb Disember 2011 telah diadakan sambutan harijadi saya (aerobrain) secara kecil-kecilan tetapi meriah. Terima kasih kepada Abg Ja dan Kak Jie yang telah membeli kek. Tidak lupa juga hadiah yang Abg Ja sempat keluar pergi beli pada keesokan harinya. Terima kasih banyak2.

Tidak lupa juga kepada Tok Ma, Beep dan Qamarina yang menyambut bersama-sama. Terima kasih juga yang menunjukkan ingat dari jauh secara SMS. Semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah swt. Ameen.




Gambar yang sempat di ambil di majlis kahwin kawan
Take care.
Wassalam.

:: Ahmad Firdaus :: aerobrain :: Pi ::

Monday, December 5, 2011

Namanya "Qamarina"


Alhamdulillah ..

Pada 2-Disember-2011, telah diadakan majlis bercukur dan aqiqah ahli keluarga baru kita. Hari ini juga merupakan hari ke-7 umurnya.

Majlis bercukur yang bermula pada 8 pagi itu disambut secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ahli  keluarga kedua-dua belah Tok Ma's dan ahli kariah Batu 10 dan juga Padang Kala (tempat Tok Ayahnya memberi kuliah). Seekor kambing turut tumbang pada hari sebelumnya untuk persediaan makan-makan pada hari tersebut.

Mari sama-sama kita memanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt atas kurniaan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ummi Qamarina yang telah berjuang melahirkannya. Juga sama-sama kita mengingati pengorbanan ibu-ibu kita melahirkan kita semua. Semoga Qamarina membesar sebagai muslimah solehah. Itulah namanya Qamarina binti Ahmad Firdaus. :)

Terima kasih banyak-banyak juga kepada ahli-ahli keluarga yang membantu menjayakan majlis ini, tidak lupa juga ahli-ahli keluarga di KL yang telah datang melawat Qamarina sejurus selepas melihat dunia ini. Juga kepada Tok Ma yang telah menjaga Qamarina di KL selama 5 hari sebelum pulang ke kampung. Terima kasih.




Take care.
Wassalam.

:: Ahmad Firdaus :: Pi :: aerobrain ::

Monday, November 28, 2011

Selamat Datang Ahli Keluarga Baru

Assalamu'alaikum, salam awal Muharam, Ma'al Hijrah 1433H.

Dalam waktu yang sama juga, keluarga kita sudah bertambah seorang lagi, dengan kelahiran anak sulong Aerobrain a.k.a SuPi.

Bayi perempuan yang comel ini telah lahir pada jam 01.15 pagi 26 November 2011 di HUKM Cheras.

Semoga dengan cahaya mata ini akan menceriakan lagi keluarga kita khasnya bagi Aerobrain dan Beep.

Sedikit gambar untuk dikongsi bersama.

Nyenyak berehat menunggu hari malam untuk 'berjaga' :)


Tok Ma memangku baby comel.


Keluarga ceria dengan ahli baru..


Wassalam.

::truemax
2 Muharam 1433H Isnin