Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Sunday, May 24, 2009

Lawatan Ke UTM Skudai - AZ

Assalamu’alaikum, salam untuk semua pembaca.

Amatlah lama sekali saya tidak mecoretkan apa-apa di sini. Kesibukan dunia yang menjadi-jadi, itu lah salah satu sebab yang saya persalahkan dalam hal ini. Sekarang, Alhamdulillah, saya boleh meluangkan sedikit masa untuk Ohana kita ini.
Pada minggu lepas, saya begitu sibuk sekali.. hmm berapa kali nak ulang perkataan sibuk ni ya. Sibuk sibuk sokmo. Hari Isnin dan Selasa, saya ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor, bersama dengan seorang rakan sekerja lagi. Saya cuma ‘pelakon tambahan’ sahaja dalam lawatan ini. Bertolak kira-kira jam 10am dari Sungai Besi, tiba di Skudai kira-kira jam 1.30pm, saya memandu.

Kami melawat ke Fakulti Pengajian Makanikal (FKM) dan Fakulti Kuliah Elektrikal (FKE). Sudah tentunya ia berkaitan dengan penggunaan Server Grid di pejabat saya. Jangan risau, saya tidak berhajat untuk mendetailkan perbincangan yang agak bosan itu di sini.

Perkara yang mengujakan saya dalam lawatan itu ialah betapa UTM ini ialah tempat pembuatan enjin buatan Malaysia yang pertama. Sekarang banyak lagi kajian-kajian diteruskan dalam bidang pembuatan enjin tersebut, termasuklah dalam pembuatan enjin helicopter. Oh, saya memang minat helicopter dengan sangat, jadi tentunya perkara ini amat mengujakan saya. Pada saat pertama masuk ke kawasan FKM tersebut, saya terus teruja dengan adanya 2 buah pesawat Skyhawk, ehsan dari TUDM. Pesawat yang ada itu termasuklah dengan enjin jet nya sekali. Kemudiannya, di dalam bangunan, saya ditunjukkan kepada ‘Wind Tunnel’, yang boleh menguji model-model kereta atau pesawat udara untuk kelajuan angin sehingga 80m/s. Oh saya amat teruja sekali.

Untuk UTM itu, saya ‘terpaksa’ memandu kereta turbo kesayangan saya, namanya ‘Qaswa’, sempena nama unta tunggangan Rasulullah s.a.w. Sebenarnya, Skudai ini adalah tempat yang paling jauh saya memandunya semenjak saya menukarkan enjinnya kepada enjin turbo 3 tahun yang lalu. Sepanjang perjalanan, Alhamdulillah, tiada masalah. Cuma dalam perjalanan pulang, Qaswa mengalami masalah aircond nya. Sesuatu dalam system aircond sudah tercabut atau pecah. Akan tetapi kami boleh meneruskan perjalanan, cuma terpaksa berpanas dan berbising, kerana terpaksa membuka tingkap kereta dalam perjalanan itu.

Nota:
- Sekarang, saya berada di kampong isteri saya, Parit Pulai, Muar. Ayahanda mertua agak tenat. Semoga Allah memberikan kita semua keselamatan dan kemudahan dalam menghadapi hidup kita dan mati kita.

Wassalam,
::truemax

Sunday, May 10, 2009

Kesibukan Yang Amat - AZ

Assalamu'alaikum.

Sudah menjadi takdir, minggu yang lepas amat lah sibuk bagi saya. Saya perlu menyiapkan satu kertas laporan untuk Anugerah Implementasi Projeck ICT. Bukan saya sahaja, malah beberapa orang lain juga yang telah dinamakan untuk menghantar bagi projek mereka. Laporan tersebut perlu dihantar pada hari Jumaat (semalam), tetapi sebelum itu perlu dihantar lebih awal untuk semakan pada hari Khamis.

Dengan kesibukan harian yang sudah pun sedia amat sibuk, maka dengan perkara yang segera (tetapi tidak penting) ini, saya dan berberapa rakan terpaksa bertungkus lumus. Hari Selasa malamnya, saya tidur pada jam 4.30 pagi mengadap laporan tersebut. Pada siang hari waktu kerja, tidak banyak boleh dilakukan kerana banyak benda lain yang sedia ada perlu dilayani. Pada hari Rabu malamnya, dengan kepenatan kerja seperti biasa, saya tidur dahulu dan bangun pada jam 3.30 pagi untuk meneruskan tugasan itu. Alhamdulillah, berjaya juga disiapkan pada jam 7.30 pagi (lebih kurang lah) untuk penghantaran yang sepatutnya jam 9am. Tidak lah saya mengharap untuk memenangi apa-apa hadiah dalam penyertaan ini, cukuplah sebagai 'cukup syarat', iaitu 'Ya, saya sudah hantar'. Seharian di pejabat pada hari itu saya rasa macam keawangan, kepala yang berat dan sebagainya. Tengah harinya rasa sangat mengantuk, kalau duduk di kerusi akan mula lali dan terlelap. Jadi perlu untuk berjalan sana sini, mencari orang untuk perbincangan dan sebagainya.

Dalam minggu lepas juga, saya ada masalah dengan kereta saya. Air radiatornya cepat kering. Pada mulanya setiap 2 hari saya perlu memeriksa dan mengisi air kedalam radiator. Pada satu hari, selepas daripada itu, saya terpaksa berhenti di stesen minyak untuk mengisi air, ini ialah pada waktu pagi dalam perjalanan ke tempat kerja. Penunjuk suhu enjin sudah menunjukkan panas tahap hampir yang maksima, saya tidak mengisi air sebelum perjalanan dan mengharap baki air daripada hari sebelumnya. Jadi, dari tengah hari Khamis lagi, sebelum perjalanan saya perlu mengisi air kedalam radiator dahulu.. hmm canggih betul kereta saya ni kan. :)

Pagi tadi, alhamdulilah, diberikan kelapangan oleh Allah untuk menghantar kereta ke bengkel. Sebelum tu, sempat saya jogging juga, tetapi hari ni cuma 3.5 pusingan sahaja (sebelum ni 5), kurang semangat rasanya saya hari ni.

Jam 7 pm tadi makanik sudah telefon mengatakan sudah siap baik keretanya. Water-pump nya rosak dan perlu diganti. Dalam masa yang sama, perlu juga tukar penyerap hentak depan kereta, kedua-dua belah. Tukar dengan yang biasa sahaja, jadi tak lah mahal sangat.

Malam tadi, selepas solat isyak, kami ke pasaraya kegemaran kami, Giant. Dekat dan mudah, malam pun kami boleh pergi ke sana. Ke sana untuk beli barangan bekalan untuk Sakinah, ya, esok akan pergi melawatnya di asrama. Juga membeli barangan bekalan orang kat rumah ni. Kami di Giant tu sehinggalah pengguman di buat, pasaraya sudah mahu ditutup, iaitu pada pukul 10.45 pm.

11.30 malam, makanik menghantar kereta ke rumah, saya terpaksa menghantarnya balik ke bengkel. Kosnya RM700++, insyaAllah semua dah ok kereta tu.

Azah juga sibuk dengan tugas-tugasnya, sehingga perlu ke sekolah dia pagi tadi - walaupun hari ni hari Sabtu dan bukan ada apa-apa aktiviti rasmi.

Alhamdulillah, walaupun kami sibuk dengan sangat, syukur semuanya sihat dan berupaya untuk melakukanya.

Pengajaran hidup:
1. Kalau dah jadi bos, jangan push orang tentang perkara yang kurang penting, kesian orang kena kerja siang malam
2. Gunalah waktu terluang sebaiknya, kalau dah sibuk, harap boleh bernafas saja lah.
3. Kereta ni memang kena budget untuk dibaiki. Ade je nanti yang nak kena buat.

Allahu'a'lam.

Salam sayang dari kami,
::truemax dan keluarga
Putra Heights, Subang Jaya

Monday, April 27, 2009

Jem Teruk Pagi Isnin

Assalamulaikum ..

Lama dah rasanya tak post kat sini .. Hari ni nak cerita keunikan traffic kat KL ni. Pagi tadi saya bgn seperti biasa untuk pergi kerja. Biasanya traffic bergerak perlahan di 2 tempat sahaja, tapi pagi tadi traffic bergerak perlahan kira2 2km dari exit Seafield. Gambar di bawah menggambarkannya.



Saya nervous jugak kot2 la arini ada apa2 special sampai jem teruk mcm tu skali ... rupa2nya ada accident berlaku melibatkan beberapa buah kereta. Kereta2 tersebut telah pun berada di bahu jalan, tapi traffic still jugak perlahan. Maklum la, org kita ni perihatin nak tengok apa yang berlaku ... Hehe.

Anyway, last week problem VSA kereta saya telah dapat disolvekan. Terima kasih atas bantuan truemax menumpangkan saya pergi kerja. :-). Alhamdulillah dapat claim warranty lagi. Sensor VSA yang ditukar tu berharga RM2300.

Hari Sabtu hari tu pulak saya berkunjung ke Pesta Buku di PWTC. Kononnya nak drive pergi PWTC, sampai exit PWTC tu tengok kereta berderet dan jem teruk. So, saya patah balik ke KL Sentral dan parking di Brickfields kat area stesen Monorail untuk elak parking mahal KL Sentral. Hehe.

Till then, take care.

Wassalam.

regards,
aerobrain :: Pi

Thursday, April 9, 2009

Seminggu di Bukit Jalil

Assalamualaikum

Nampak cam senyap aje blog ni 2-3 hari ni. Meh nak cerita pasal routine harian yang dah berubah.

Masa kerja Flextronics Shah Alam last month, bangun kol 8.10 am pun sempat lagi. Pastu kerja pun relax aje takde la pack sangat. So sempat la check internet selalu.

Hari ni masuk hari ke-7 (tolak weekend) kerja kat Bukit Jalil. So, routine harian bangun kol 6.30 am, solat subuh, iron baju (kat Flextonics pakai T-shirt aje) and buat air. Turun dari rumah 7.45 am dengan bawak segelas air untuk minum dalam kereta (sebab ade 2-3 tempat traffic agak slow). Ada bawak roti jugak sebijik utk makan dalam kereta. :-)

Kat office pulak memang busy habis, tak sempat nak baca news kat Internet. Memang jauh berbeza. Tapi pikirkan umur masih muda dan byk lagi yang perlu dipelajari, jadi tak salah berkerja keras sedikit.

Kalau bab time balik pulak, kat Flextronics, most of the time memang balik kol 5.30pm. Kat tempat kerja baru ni, lepas maghrib baru balik. Average kol 8pm la. Kalau dulu balik petang tu sempat lagi cycling ke main game ke. Skarang ni balik pk nak tido aje dah. Mungkin bila dah lama2 sikit makin terbiasa.

Anyway sebagai pengajaran:
  1. Rancanglah masa sehari-hari supaya tak kekalutan. Time tidur dan bangun pagi tu sangat penting.
  2. Walau sesibuk mana pun kita sehari2, luangkan lah masa untuk membaca at least sepotong ayat Al-Quran. Dalam erti kata lain biar dalam satu hari tu ada masa kita spend utk betol2 kita ingat Allah swt. "Ingatlah Allah swt, pasti hati akan tenang."

Take care.
Wassalam.

regards,
Ahmad Firdaus :: Pi :: aerobrain

Thursday, April 2, 2009

New Job... But Not Really New

Assalamualaikum,

Mulai 1 April 2009 (sama dengan Su Pi), saya mula bekerja sepenuh masa di KPJ Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu. Sebenarnya ini kali kedua, kali pertama pada 2 Jan 2007 hingga 31 Jul 2007. Selepas itu, hanya mengambil upah sebagai 'locum' doctor aje.

Selepas membuat pelbagai pertimbangan dan membuat solat istikharah, saya telah membuat keputusan untuk kembali ke hospital ini.

This is not a really new job, but a new responsibilities.

All the best to Su Pi jugak.

Salam dari Kelantan.

Siapa Kata Kerja Guru Senang?

Assalamu'alaikum.

Malam tadi saya kepenatan, selepas makan malam saya menonton cerita 'The Increadible" di Desney Channel bersama anak-anak. Tapi mula tengok itu pun dah lebih dari separuh ceritanya. Jadi sekejap sahaja pun sudah tamat. Selepas tu ada cerita "Matrix". Ini adalah movie kesukaan saya sejak dulu. Amat teruja saya untuk menontonnya. Tetapi belum 30 minit menonton, saya sudah tewas dan terlelap.. kepenatan.

Kami sekeluarga tidur dahulu. Azah ada kerja yang perlu disiapkan pada malam ini. Perlu siapkan senarai pelajar Kokurikulum untuk tingkatan 4. Pada masa itu saya belum lagi solat Isyak, akan solat bila bangun malam/pagi nanti.

Kira-kira jam 1am loceng handphone berbunyi. Saya bangun bersolat Isyak.

Kemudian mulalah duduk dimeja mengadap laptop menolong Azah. Kami menggunakan applikasi MS Acess dan Excel. Sekolah sudah ada sistem pengkalan data yang mempunyai maklumat yang dikehendaki. Kami perlu extrackkan data dan cetakkan senarai KoKurikulum mengikut kelas, dan juga mengikut kelab, persatuan dan sukan.

Selepas data dipindahkan dari MS Access ke Excel, kami dapati ada pelajar yang tidak mempunyai aktiviti kokurikulum yang betul. Tambahan lagi, taburan agihan untuk persatuan, kelab dan sukan tidak rata, sesetengah aktiviti mempunyai hingga 78 orang yang telah mendaftar manakala ada setengahnya cuma mempunyai 6 orang ahli. Jadi kami terpaksa reassignkan dengan seadil yang boleh.

Di pendekkan cerita, Alhamdulillah, dengan menggunakan tonner yang baru dibeli semalam, kami siap mencetak semua senarai tersebut, agaknya lebih 30 muka surat, pada kira kira jam 3.30 pagi.

Begitulah, siapa kata kerja seorang guru senang? Renungkan kembali. Suaminya pun terpaksa berjaga sama :)

Haa, ada satu lagi yang menarik berlaku pada hari ini. Tengah hari tadi saya sempat cuba pandu kereta Honda Civic 1.8, yang baru dibeli oleh seseorang dari keluarga kita. :) Kereta nya nampak sungguh anggun. Pecutannya boleh tahan, i-VTEC lagi pun. Ok cukup dampai disini dahulu ya.

Wassalam.

Wednesday, April 1, 2009

Start Kerja di Bukit Jalil

Assalamulaikum

Pada hari ini, 1-April-2009, saya telah mula kerja di MIMOS, Bukit Jalil. Bertolak dari rumah 7.45am sampai di MIMOS ngam2 8.30am.

Macam biasa, first day, ade sign2 form sikit then duduk kat ofis tak buat apa2 until almost 12pm, boss panggil utk bagi short briefing. Lepas tu dia ada suruh try2 assemble product.

After lunch, around 3pm, boss dah panggil join project meeting dengan department lain.

So far, still energetic and look forward to go to office tomorrow.

Wassalam.

regards,
Pi