Tuesday, August 25, 2009

Gambar di KLIA

Assalamualaikum ...

Pada 20-Ogos-2009 yang lalu, Tok Ma telah selamat berlepas dan sampai di Saudi Arabia untuk mengerjakan umrah di bulan Ramadhan. Saya dan Truemax sempat meninggalkan office pada waktu lunch untuk berjumpa dengan Tok Ma di KLIA.

Berikut adalah sedikit gambar semasa di KLIA:




Sama2 lah kita berdoa semoga Tok Ma sentiasa sihat dan dapat beribadat dengan selesa.

Disamping itu juga, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Sama2 lah kita mengambil kesempatan ini untuk memperbanyakkan ibadat di bulan 'bonus' ini.

Walaupun ada kejadian yang tak diingini (sedikit sahaja, don't worry) berlaku pada 1-Ramadhan, tapi Alhamdulillah semuanya positive dan banyak pengajaran yang boleh diambil. Anyway, hidup ini memang penuh cabaran dan dugaan, bergantunglah kepada kita bagaimana hendak menghadapinya.

Akhir kata, salam Ramadhan untuk semua. Semoga ibadat kita diterima oleh Allah swt.

Wassalam.

regards,
aerobrain :: Ahmad Firdaus :: Pi

Wednesday, August 19, 2009

11 Teknik Menyiram Pokok Berkesan

Beberapa hari atau minggu lepas, aktiviti menyiram dijalankan di Saujana Templer. Pada masa itu kurang hujan, sejak dua tiga hari ni asyik hujan aje. Pakar siram tanah air cuba mengajar beberapa teknik siraman yang berjaya.

Tetapi awas! Ada tiga perkara yang perlu diambil perhatian:

1. Penjaga diperlukan (ditakuti banjir)


2. Kawasan persekitaran mesti dibersihkan sebelum basah


3. Pastikan anda benar2 bersedia untuk basah (tujuan kecergasan) / juga etika pemakaian yang baik (kalis air dan peluru):


Baiklah, sekiranya anda bersetuju mengikut terms & conditions yang ditetapkan, maka berikut ialah teknik2 berkesan menyiram pokok.

Monday, August 10, 2009

10 Hari Selepas Accident

Assalamualaikum ...

Dah lama tak post kat sini. Banyak perkara berlaku sejak last post. Paling significant ialah accident yang saya alami pada hari Sabtu, 1-Ogos-2009. Jadi, hari ini ialah hari ke-10 selepas kejadian tersebut. Semalam, di Kadok, adalah hari pertama saya memandu semula. Alhamdulillah semuanya berjalan baik. Hari ni pula saya memandu Qaswa (kereta Truemax) disebabkan dia terpaksa mengambil EL (Emergency Leave) berikutan sedikit kerosakan pada kereta satu lagi.

Biarlah saya mula cerita apa yang terjadi kepada kereta Civic saya terlebih dahulu. Berikutan ada bunyi di dalam enjin, saya terpaksa menghantar kereta saya untuk Warranty Claim. Alhamdulillah Honda masih lagi mahu membiayai segala kos untuk problem kereta itu. Namun berikutan saya telah melanggar divider dan frame bawahnya rosak, saya terpaksa membuat police report untuk claim insurans.

Berikutan kereta saya berada di bengkel, Yayang dengan baik hatinya telah meminjamkan Kelisa untuk saya gunakan sementara kerete saya berada di bengkel. Namun, dengan takdir Allah swt, pada suatu tengah hari yang cerah, accident telah berlaku menyebabkan Kelisa itu juga terpaksa berada di bengkel sekarang. Alhamdulillah pemandunya iaitu saya tidak mengalami kecederaan yang serius. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yayang sekeluarga kerana cool dan positive dalam hal ini. Juga kepada Abg Ja yang sepantas kilat berada di tempat kejadian dan temankan pergi buat police report. Juga kepada Truemax yang menumpangkan rumah dan kereta utk pergi kerja sehari-hari. Juga kepada Abg Pa, Ma dan semua ahli2 keluarga yang sentiasa mendoakan keselamatan saya.

Saya dengan rasa penuh yakin percaya bahawa ada hikmah di sebalik kejadian. Dengan sokongan semua, saya dapat menerima dugaan dan cubaan ini dengan penuh positive.

Berikut adalah pengajaran yang dapat dikongsi bersama:
  • Berhati-hati di jalan raya, jangan lupa pakai seatbelt dan berdoa
  • Banyak2 berdoa kepada Allah swt, kalau mendapat rezeki mesti bersyukur ...
  • Kalau mendapat musibah dan kesusahan janga putus asa ...
  • Apa yang berlaku ada hikmahnya, ambil pengajaran dengan positive dan terus maju

Take care.
Wassalam.

Note: Sorry tiada gambar untuk post ini. Biarlah gambarnya tersimpan dalam talipon sahaja.

regards,
aerobrain :: Ahmad Firdaus :: Pi

Saturday, August 1, 2009

Kuru-kuru, koro-koro, dan kuri-kuri

Hari ini, saya sekadar mengisi ruang yang ada di ohana kami, ingin menceritakan secara ringkas tentang tiga kura-kura yang menjadi permanent residence di bilik Zubair.



Kuri-kuri (atau nama lainnya kura-kuri) namanya diberikan oleh Kak Huda manakala yang lain hanya direka oleh penulis artikel ini.

Dibeli sempena hari jadi Salman, kuru-kuru, koro-koro dan kuri-kuri sentiasa diberi makan. Tapi, sejak kebelakangan ini, mereka hanya kelihatan tidur sepanjang masa. Apakah kerana simpton H1N1?