Showing posts with label Yayang. Show all posts
Showing posts with label Yayang. Show all posts

Sunday, October 10, 2010

Hari Jadi Yayang

Assalamualaikum

Pada 10.10.10 (10 oktober 2010), telah diadakan majlis sambutan harijadi Kak Yang (Acik Yang) secara sederhana tetapi meriah di rumah Truemax (Abg/Ayah Ili) di Putraheights. Terima kasih diucapkan kepada Abg Ili sekeluarga yang sudi menjadi hosts majlis ini dan menyediakan makanan yang begitu byk. (yang tapau tadi pun belum start makan lagi..)

Semoga Allah swt sentiasa mencucuri rahmat kebahagiaan di dunia dan di akhirat buat Kak Yang sekeluarga.

Berikut adalah sedikit gambar2 nya:

kek 2 bijik

adegan potong kek

gambar family Kak Yang (gaya bebas)

gambar ramai2

gambar juadah sebelum majlis bermula .. nyum2
(ade roti jala, nasi lemak, laksam, puding caramel)

Take care.
Wassalam.

aerobrain :: Ahmad Firdaus :: Pi

Tuesday, February 16, 2010

Gathering di Rumah Yayang

Assalamualaikum ...

Hari ini pada 16-Februari-2010, telah diadakan gathering secara kecil-kecilan di rumah Yayang berikutan hari ini adalah hari Tok Ma akan pulang semula ke kampung setelah beberapa minggu berada di Kajang.

Seperti biasa, agendanya adalah makan ... kali ini special sikit dengan kehadiran ayam bakar .. yum2 ..

Berikut adalah gambar2nya ...

Take care. Wassalam.

regards,
Ahmad Firdaus :: pi :: aerobrain

Friday, February 5, 2010

Namanya "Muhammad Hazim Khairullah"



Muhammad Hazim Khairullah
Assalamualaikum ..

Pada hari ini, 4-February-2010, telah diadakan Majlis Bercukur baby baru di rumah Yayang. Baby baru ini jugak telah diberi nama "Muhammad Hazim Khairullah".

Majlis dimulakan dengan upacara memberi makan manisan dan air zam-zam kepada baby dan diikuti dengan upacara menggunting beberapa helai rambut baby (bercukur). Selepas itu, membaca selawat beramai-ramai dan diikuti dengan doa selamat. Upacara kemuncak ialah makan (seperti biasa). :)

Berikut adalah sedikit gambar2 nya:


Tahniah buat Yayang sekeluarga. Semoga kehadiran Hazim akan lebih menceriakan dan membahagiakan kehidupan dunia dan akhirat. Ameen.

Take care.

regards,
Ahmad Firdaus :: pi :: aerobrain

Sunday, January 31, 2010

Visiting New Born Baby

Assalamualaikum ..

Pada 30-Jan-2010, telah diadakan gathering kecil-kecilan di rumah Yayang sempena melawat baby barunya yang nama belum diputuskan. Majlis yang disambut sederhana tetapi meriah ini dipenuhi dengan makanan (seperti biasa) dan juga sesi 'brainstorming' nama untuk baby baru.

Berikut adalah sedikit gambar2 nya:

Wassalam.

Take care.

regards,
Ahmad Firdaus :: pi :: aerobrain

Wednesday, January 27, 2010

Welcoming A New Family Member .. A Baby Boy!

Assalamualaikum ...

Pada 5.58pm tadi, Yayang telah selamat melahirkan anak ke-4 setelah overdue 6 hari..

Saya bagi pihak seluruh OHANA KAMI, ingin mengucapkan tahniah di atas kurniaan Allah swt ini. Semoga dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata akan lebih menambahkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Berikut adalah sedikit gambar2 sekitar visit tadi di Hospital An-Nur, Bangi:

Take Care.
Wassalam.

regards,
Ahmad Firdaus :: pi :: aerobrain

Sunday, October 18, 2009

Makan-makan Keluarga

Assalamualaikum ..

Hari ni 18 Oktober 2009 bersamaan dengan 29 Syawal 1430H, berlangsunglah makan2 kecil-kecilan di rumah Abg Pa berdekatan Rawang. Saya and Yayang sekeluarga tiba di rumah Abg Pa pada jam ~1.40pm manakala Truemax sampai lebih kurang sejam kemudian. Antara agenda menarik adalah makan2 (of course!), Rubik's Cube coaching session, RC Heli Simulator coaching session dan budak2 main kejar di taman sebelum majlis berakhir.

Berikut adalah sedikit gambar2:

Makanan .. nyum2


Sesi potong kek Carrot



Kek Carrot .. di bawa oleh Yayang


Myss and Muaz


Gambar family yang mana ada ... eh mana Myss?

Terima kasih banyak2 to the organizer, Abg Pa & Kak Iza & sekeluarga .. juga kek Carrot yang sedap di bawa oleh Yayang.

Take care. Wassalam.

regards,
Ahmad Firdaus :: Pi :: aerobrain

Saturday, October 10, 2009

Selamat Hari Jadi!

Assalamualaikum ..

Hari ini 10 Oktober 2009 & 21 Syawal 1430 ialah Hari Jadi untuk Yayang (10-Okt) dan juga Truemax (21-Syawal). Secara tidak plan, terjadilah sambutan kecil-kecilan di rumah Yayang di Kajang. Terima kasih kepada Truemax yang telah mensponsor kek Tiramisu pada kali ini .. Alhamdulillah .. sedap :)

Sama2 kita mendoakan semoga kedua-duanya sentiasa panjang umur dan mendapat rahmat Allah swt untuk terus berjaya di dunia dan di akhirat.

Berikut adalah sedikit gambar2:

Penunggu Kek .. :)


Gambar Family di Hadapan Kek


Upacara Potong Kek


Upacara Potong Kek .. close-up


Kek .. Close-Up


Truemax Makan Kek


Yayang Makan Kek


Makan Ramai-Ramai


Persediaan Gambar Family


Gambar Family yang mana ada ...

Wassalam.

regards,
Ahmad Firdaus :: Pi :: aerobrain