Showing posts with label AhmadZ. Show all posts
Showing posts with label AhmadZ. Show all posts

Tuesday, February 16, 2010

Gathering di Rumah Yayang

Assalamualaikum ...

Hari ini pada 16-Februari-2010, telah diadakan gathering secara kecil-kecilan di rumah Yayang berikutan hari ini adalah hari Tok Ma akan pulang semula ke kampung setelah beberapa minggu berada di Kajang.

Seperti biasa, agendanya adalah makan ... kali ini special sikit dengan kehadiran ayam bakar .. yum2 ..

Berikut adalah gambar2nya ...

Take care. Wassalam.

regards,
Ahmad Firdaus :: pi :: aerobrain

Sunday, October 18, 2009

Makan-makan Keluarga

Assalamualaikum ..

Hari ni 18 Oktober 2009 bersamaan dengan 29 Syawal 1430H, berlangsunglah makan2 kecil-kecilan di rumah Abg Pa berdekatan Rawang. Saya and Yayang sekeluarga tiba di rumah Abg Pa pada jam ~1.40pm manakala Truemax sampai lebih kurang sejam kemudian. Antara agenda menarik adalah makan2 (of course!), Rubik's Cube coaching session, RC Heli Simulator coaching session dan budak2 main kejar di taman sebelum majlis berakhir.

Berikut adalah sedikit gambar2:

Makanan .. nyum2


Sesi potong kek Carrot



Kek Carrot .. di bawa oleh Yayang


Myss and Muaz


Gambar family yang mana ada ... eh mana Myss?

Terima kasih banyak2 to the organizer, Abg Pa & Kak Iza & sekeluarga .. juga kek Carrot yang sedap di bawa oleh Yayang.

Take care. Wassalam.

regards,
Ahmad Firdaus :: Pi :: aerobrain

Saturday, October 10, 2009

Selamat Hari Jadi!

Assalamualaikum ..

Hari ini 10 Oktober 2009 & 21 Syawal 1430 ialah Hari Jadi untuk Yayang (10-Okt) dan juga Truemax (21-Syawal). Secara tidak plan, terjadilah sambutan kecil-kecilan di rumah Yayang di Kajang. Terima kasih kepada Truemax yang telah mensponsor kek Tiramisu pada kali ini .. Alhamdulillah .. sedap :)

Sama2 kita mendoakan semoga kedua-duanya sentiasa panjang umur dan mendapat rahmat Allah swt untuk terus berjaya di dunia dan di akhirat.

Berikut adalah sedikit gambar2:

Penunggu Kek .. :)


Gambar Family di Hadapan Kek


Upacara Potong Kek


Upacara Potong Kek .. close-up


Kek .. Close-Up


Truemax Makan Kek


Yayang Makan Kek


Makan Ramai-Ramai


Persediaan Gambar Family


Gambar Family yang mana ada ...

Wassalam.

regards,
Ahmad Firdaus :: Pi :: aerobrain

Tuesday, June 23, 2009

Training - Basikal - Berenang - AZ

Assalamu'alaikum,


Pada suatu hari, pada minggu lepas saya menghadiri training di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur. Ianya selama 3 hari, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Hmm.. makanan yang disediakan amat best, banyak betul saya makan. 3 hari saya melepaskan nafsu makan saya bertindak sesuka hati! Bila chek balik, rupa-rupanya sudah naik 1 kg berat badan saya. Nampaknya kenalah saya bekerja keras memenatkan badan dengan berjoging dan aktiviti riadah yang lain. Hari Jumaatnya, saya bersolat Jumaat di Masjid Al-Bukhari, naik monorail. Sungguh sesak monorail pada waktu itu. Takut juga saya bila teringatkan H1N1.


From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban


Hari terakhir training tersebut ada exam. Alhamdulillah, rasanya bolehlah jawab dan insyaAllah boleh lulus untuk dapat sijil juga.

Pada hari Ahadnya pula, pada pagi hari saya berriadah dengan menunggang basikal. Hari sebelumnya, si Husna dan Ruzana amat berminat untuk bermain basikal. Ada beberapa basikal yang sudah di beli kira-kira 5 tahun yang lalu, sekarang amat jarang sekali digunakan.


From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban


Rasanya basikal saya yang besar tu sudah setahun juga tidak dinaiki, entah-entah lebih lama dari itu. Jadi pada petang hari Sabtu, saya meluangkan sedikit masa untuk mencuba dan meletakkan pelincir pada basikal-basikal tersebut. Ya masih boleh digunakan. Ok, nak sambung semula cerita hari Ahad tu. Pagi tu dengan dengan begitu bersemangat, berpagi-pagianlah saya dan Husna dengan basikal. Bestnya.


From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban


Cuma saya tidak memakai sarung tangan, jadi tangan rasa sakit sedikit apabila menggenggam handle basikal dengan kuat. Lain kali kena pakai sarung tangan. Untuk menyihatkan lagi badan (dan sebab rasa bersalah kerana sudah makan begitu banyak pada hari-hari sebelumnya), saya teruskan dengan berjoging pula. Kemudian daripada itu, kami pergi membeli nasi lemak untuk sarapan, juga dengan menaiki basikal.

Kira-kira jam 11 pagi, kami bertolak ke Bukit Cerakah, sekolah Azah mengadakan perkhemahan pada minggu itu. Tiba di Bukit Cerakah, salah seorang dari cikgu sekolahnya telah dengan baik hati mengambil kami dengan kereta di pintu masuk. Alhamdulillah, kalau tidak penatlah kami kena berjalan. Sampai kawasan perkhemahan, saya meninjau-ninjau kolam renang yang ada di situ. Tanpa menunggu lama, Husna, Ruzana dan saya mempergunakan kolam renang itu sepuas hati. Agak lama juga saya tidak berenang, tetapi seperti naik basikal, saya masih ingat lagi macam mana mahu berenang.


From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban


Selepas itu, kira-kira jam 2.15pm, kami pergi melawat Sakinah di sekolahnya. Dengan berbekalkan donut, roti-roti dari kedai kek dan juga makanan dari Secret Resipi, kami berjumpa dan makan tengah hari bersama Sakinah. Hari tu makan istimewa sikit, untuk meraikan Hari Bapa untuk saya sekali.


From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban


Alhamdulillah. Kami semua sihat dan ceria. Semoga Allah teruskan kesihatan dan keselamatan kita semua, dunia dan akhirat.


::truemax

Blogged with the Flock Browser

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

Assalamu'alaikum,

Selamat hari bapa, untuk Abah, Ismail bin Mat Yusoff. Jasamu tetap dikenang.

Di sini, walaupun sudah malam hari 21-Jun, saya mahu juga membuat coretan ringkas, sambil masih berkesempatan untuk berbuat demikian.

Abah, hmmm dulu masa kecil memanggil dengan gelaran 'Daddy', tapi rasanya "Abah" lebih enak didengar. Terima kasih Abah, atas semua pengorbanan dalam membesarkan saya dari kecil sebagai baby sehingga dewasa. Abah tetap kebanggaan saya. Begitu banyak peristiwa dan kejadian yang tidak boleh dilupakan, antaranya:
- Peristiwa saya telah mengeksidenkan kereta baru abah di tengah malam pada waktu tingkatan satu. Terima kasih kerana abah dan ummi begitu cool dalam menghadapinya.
- Terima kasih abah dan ummi kerana telah membelikan sebuah PC pada waktu saya begitu tergilakan komputer, dengannya saya telah dapat mendahului ramai orang lain yang sezaman dengan saya dalam pembelajaraan komputer.
- Terima kasih abah kerana membenarkan saya dan meminjamkan kereta pada waktu saya mahu mengambil keputusan peperiksan SRP saya. Ia begitu bermakna buat saya kerana telah diberi kepercayaan untuk memandu sendirian begitu.

... dan lain lain lagi. Memang banyak sangat!

Di sini, saya mahu memohon kemaafan dari Abah, atas semua kesilapan, terkasar bahasa, kedegilan yang segaja dan tidak sengaja.

Semoga Abah sentiasa dalam keselamatan dan kebahagiaan, di dunia dan di akhirat.

Selamat hari bapa untuk Abah, juga semua bapa yang lain di dunia, yang telah banyak berkorban untuk keluarga dan anak-anak. Allah saja lah yang Maha Adil yang dapat membalas jasa-jasa tersebut.

Wassalam.

::truemax
Blogged with the Flock Browser

Monday, June 8, 2009

Gambar Gathering pada 1-June-2009

Assalamualaikum ...

Sepertimana post truemax kat bawah ni .. berikut adalah sedikit gambar yang dapat share di sini ...


Pertandingan Solve the Cube


Pertandingan Solve the Cube


Juadah yang terhidang sedap2 semuanya


Nyam.. nyam.. makan2 time


Video conference bersama Tok Ma & Kak Jie di kampung


Mengukur size solok lada yang sedap ini!


Budak kecik dan budak besar sikit :-)

Harap maaf atas kelewatan ini kerana saya baru aje berpindah rumah dan internet belum ada lagi ... tambahan pulak saya kena travel ke Penang last week. Anyway, terima kasih banyak2 kepada truemax yang menganjurkan majlis ini dengan jayanya!

regards,
aerobrain :: Ahmad Firdaus :: Pi

Wednesday, June 3, 2009

Terima Kasih Atas Kunjungan

Assalamu'alaikum,

Terima kasih atas kunjungan semua, aerobrain, a_ja, yayang dan abe pa sekeluarga ke rumah saya pada malam hari Isnin tempoh hari. Cukuplah 5 orang adik beradik, semua berjumpa dan berkumpul pada malam itu.

Highlights ringkas tentang apa yang telah berlaku:
- Ketibaan a_ja dan aerobrain
- Makanan kuih-kuih yang a_ja bawa dari Kuching
- Ketibaan abe pa sekeluarga dan kemudiannya yayang sekeluarga
- Makan makanan, nasi putih, tomato, ikan siakap sambal, solok lada gergasi dengan kurma ayam dan Satey Kajang Hj. Samuri (terus dari Kajang), juga spageti
- Permainan kiub, yang mana telah masa terpantas telah dicatat oleh Salman Faris (tak buat rematch).
- Sesi video conference dengan Tok Ma dan Cik Ji di Kadok, Kelantan.
- Gambar-gambar ada pada kamera canggih aerobrain.

Amat meriah dan menyeronokkan. Kita patut buat banyak kali lagi, kan kan kan.

Wassalam.
::truemax

Sunday, May 24, 2009

Lawatan Ke UTM Skudai - AZ

Assalamu’alaikum, salam untuk semua pembaca.

Amatlah lama sekali saya tidak mecoretkan apa-apa di sini. Kesibukan dunia yang menjadi-jadi, itu lah salah satu sebab yang saya persalahkan dalam hal ini. Sekarang, Alhamdulillah, saya boleh meluangkan sedikit masa untuk Ohana kita ini.
Pada minggu lepas, saya begitu sibuk sekali.. hmm berapa kali nak ulang perkataan sibuk ni ya. Sibuk sibuk sokmo. Hari Isnin dan Selasa, saya ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor, bersama dengan seorang rakan sekerja lagi. Saya cuma ‘pelakon tambahan’ sahaja dalam lawatan ini. Bertolak kira-kira jam 10am dari Sungai Besi, tiba di Skudai kira-kira jam 1.30pm, saya memandu.

Kami melawat ke Fakulti Pengajian Makanikal (FKM) dan Fakulti Kuliah Elektrikal (FKE). Sudah tentunya ia berkaitan dengan penggunaan Server Grid di pejabat saya. Jangan risau, saya tidak berhajat untuk mendetailkan perbincangan yang agak bosan itu di sini.

Perkara yang mengujakan saya dalam lawatan itu ialah betapa UTM ini ialah tempat pembuatan enjin buatan Malaysia yang pertama. Sekarang banyak lagi kajian-kajian diteruskan dalam bidang pembuatan enjin tersebut, termasuklah dalam pembuatan enjin helicopter. Oh, saya memang minat helicopter dengan sangat, jadi tentunya perkara ini amat mengujakan saya. Pada saat pertama masuk ke kawasan FKM tersebut, saya terus teruja dengan adanya 2 buah pesawat Skyhawk, ehsan dari TUDM. Pesawat yang ada itu termasuklah dengan enjin jet nya sekali. Kemudiannya, di dalam bangunan, saya ditunjukkan kepada ‘Wind Tunnel’, yang boleh menguji model-model kereta atau pesawat udara untuk kelajuan angin sehingga 80m/s. Oh saya amat teruja sekali.

Untuk UTM itu, saya ‘terpaksa’ memandu kereta turbo kesayangan saya, namanya ‘Qaswa’, sempena nama unta tunggangan Rasulullah s.a.w. Sebenarnya, Skudai ini adalah tempat yang paling jauh saya memandunya semenjak saya menukarkan enjinnya kepada enjin turbo 3 tahun yang lalu. Sepanjang perjalanan, Alhamdulillah, tiada masalah. Cuma dalam perjalanan pulang, Qaswa mengalami masalah aircond nya. Sesuatu dalam system aircond sudah tercabut atau pecah. Akan tetapi kami boleh meneruskan perjalanan, cuma terpaksa berpanas dan berbising, kerana terpaksa membuka tingkap kereta dalam perjalanan itu.

Nota:
- Sekarang, saya berada di kampong isteri saya, Parit Pulai, Muar. Ayahanda mertua agak tenat. Semoga Allah memberikan kita semua keselamatan dan kemudahan dalam menghadapi hidup kita dan mati kita.

Wassalam,
::truemax

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu!

Assalamu'alaikum,

Selamat Hari Ibu, untuk Ummi, Ma atau Tok Ma, Eshah bt. Muhammad.

Maaf kepada yang lain kerana mencuri sedikit ruang di sini. Tiba-tiba tergerak hati saya untuk menulis sedikit di sini, apa-apa yang sempat disampaikan.

Terima kasih Ma kerana telah menjadi emak yang cemerlang bagi kami semua. Kami 5 orang anak Ma yang cemerlang ni telah dikandung, dilahirkan, dijaga dan didik oleh Ma dengan penuh kasih sayang dari kecil lagi. Kami amat menghargai jasa-jasa Ma tersebut, walaupun tidak kami nyatakan, payah untuk kami gambarkan, ya, kami amat menghargainya. Tiadalah caranya untuk kami membalas semula jasa-jasa tersebut!

Saya, anak ketiga, agaknya yang paling malas, paling degil & paling bermasalah (dan mungkin beberapa paling lagi), tetap mendapat kecemerlangan hidup berkat sabar, usaha dan restu doa daripada Ma!

Terima kasih Ma dan Abah, saya pada waktu darjah 5 atau 6, bagun di pagi hari saya termimpi dan mahukan sebuah basikal. Teresak-esak pagi tu saya menangis kerana Abah tidak mahu melayan kehendak saya. Ma telah memujuk abah untuk membelinya.

Terima kasih Ma dan Abah, pada masa saya tingkatan 1, saya memandu kereta baru abah DK8877 (kereta yang penuh kenangan) ditengah malam, merosakkannya dengan melanggar tiang (maaf perkara terperinci tidak akan diberitahu!). Tidak tahu apa yang saya boleh katakan pada masa tu, amatlah saya menyesal daripada perbuatan bodoh tersebut. Jika tidak dengan kesabaran Ma dan Abah sudah tentunya saya dipukul separuh mati. Tapi Ma dan Abah begitu cool, menjadikan itu sebagai pengajaran yang amat penting dalam hidup saya.

Terima kasih Ma dan Abah, kerana terus merestui pilihan hati saya tanpa soal walau pun asal dia amat jauh sehinggakan bahasanya juga berbeza (Jawa daaa). Dengan restu Ma dan Abah kami berbahagia sehingga sekarang.

... dan banyak lagi kejadian sepanjang hidup saya.

Tiada ungkapan yang boleh merangkumi semua itu. Saya percaya Abg Pa, Abg Za, Yang dan Pi juga sependapat dengan saya. Setiap dari kami amat menghargai semua pengorbanan Ma, dan mesti banyak perngorbanan Ma yang kami tidak tahu. Terima kasih atas semua pengorbanan tersebut. Allah sajalah yang boleh membalas semua jasa dan pengorbanan Ma itu.

Di sini, kami menyusun kesepuluh jari kami, memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan kami, sengaja atau tidak, yang terang atau tersembunyi. Diwaktu dulu, saya memang ingat, banyak kali saya tidak mahu mengikut apa yang Ma suruh, alpa dan tidak ikut pesanan Ma bila berjauhan malah ada juga saya membantah apa yang Ma cakap. Ma, maaf kan kami ya.







Selamat Hari Ibu.
Jasa mu tetap dirasa; Bakti mu lekat di hati.

Wassalam.

Salam hari ibu dari kami,
5 orang anak dari ibu cemerlang.

Kesibukan Yang Amat - AZ

Assalamu'alaikum.

Sudah menjadi takdir, minggu yang lepas amat lah sibuk bagi saya. Saya perlu menyiapkan satu kertas laporan untuk Anugerah Implementasi Projeck ICT. Bukan saya sahaja, malah beberapa orang lain juga yang telah dinamakan untuk menghantar bagi projek mereka. Laporan tersebut perlu dihantar pada hari Jumaat (semalam), tetapi sebelum itu perlu dihantar lebih awal untuk semakan pada hari Khamis.

Dengan kesibukan harian yang sudah pun sedia amat sibuk, maka dengan perkara yang segera (tetapi tidak penting) ini, saya dan berberapa rakan terpaksa bertungkus lumus. Hari Selasa malamnya, saya tidur pada jam 4.30 pagi mengadap laporan tersebut. Pada siang hari waktu kerja, tidak banyak boleh dilakukan kerana banyak benda lain yang sedia ada perlu dilayani. Pada hari Rabu malamnya, dengan kepenatan kerja seperti biasa, saya tidur dahulu dan bangun pada jam 3.30 pagi untuk meneruskan tugasan itu. Alhamdulillah, berjaya juga disiapkan pada jam 7.30 pagi (lebih kurang lah) untuk penghantaran yang sepatutnya jam 9am. Tidak lah saya mengharap untuk memenangi apa-apa hadiah dalam penyertaan ini, cukuplah sebagai 'cukup syarat', iaitu 'Ya, saya sudah hantar'. Seharian di pejabat pada hari itu saya rasa macam keawangan, kepala yang berat dan sebagainya. Tengah harinya rasa sangat mengantuk, kalau duduk di kerusi akan mula lali dan terlelap. Jadi perlu untuk berjalan sana sini, mencari orang untuk perbincangan dan sebagainya.

Dalam minggu lepas juga, saya ada masalah dengan kereta saya. Air radiatornya cepat kering. Pada mulanya setiap 2 hari saya perlu memeriksa dan mengisi air kedalam radiator. Pada satu hari, selepas daripada itu, saya terpaksa berhenti di stesen minyak untuk mengisi air, ini ialah pada waktu pagi dalam perjalanan ke tempat kerja. Penunjuk suhu enjin sudah menunjukkan panas tahap hampir yang maksima, saya tidak mengisi air sebelum perjalanan dan mengharap baki air daripada hari sebelumnya. Jadi, dari tengah hari Khamis lagi, sebelum perjalanan saya perlu mengisi air kedalam radiator dahulu.. hmm canggih betul kereta saya ni kan. :)

Pagi tadi, alhamdulilah, diberikan kelapangan oleh Allah untuk menghantar kereta ke bengkel. Sebelum tu, sempat saya jogging juga, tetapi hari ni cuma 3.5 pusingan sahaja (sebelum ni 5), kurang semangat rasanya saya hari ni.

Jam 7 pm tadi makanik sudah telefon mengatakan sudah siap baik keretanya. Water-pump nya rosak dan perlu diganti. Dalam masa yang sama, perlu juga tukar penyerap hentak depan kereta, kedua-dua belah. Tukar dengan yang biasa sahaja, jadi tak lah mahal sangat.

Malam tadi, selepas solat isyak, kami ke pasaraya kegemaran kami, Giant. Dekat dan mudah, malam pun kami boleh pergi ke sana. Ke sana untuk beli barangan bekalan untuk Sakinah, ya, esok akan pergi melawatnya di asrama. Juga membeli barangan bekalan orang kat rumah ni. Kami di Giant tu sehinggalah pengguman di buat, pasaraya sudah mahu ditutup, iaitu pada pukul 10.45 pm.

11.30 malam, makanik menghantar kereta ke rumah, saya terpaksa menghantarnya balik ke bengkel. Kosnya RM700++, insyaAllah semua dah ok kereta tu.

Azah juga sibuk dengan tugas-tugasnya, sehingga perlu ke sekolah dia pagi tadi - walaupun hari ni hari Sabtu dan bukan ada apa-apa aktiviti rasmi.

Alhamdulillah, walaupun kami sibuk dengan sangat, syukur semuanya sihat dan berupaya untuk melakukanya.

Pengajaran hidup:
1. Kalau dah jadi bos, jangan push orang tentang perkara yang kurang penting, kesian orang kena kerja siang malam
2. Gunalah waktu terluang sebaiknya, kalau dah sibuk, harap boleh bernafas saja lah.
3. Kereta ni memang kena budget untuk dibaiki. Ade je nanti yang nak kena buat.

Allahu'a'lam.

Salam sayang dari kami,
::truemax dan keluarga
Putra Heights, Subang Jaya

Saturday, May 2, 2009

Ke Sana dan Ke Sini - AZ

Assalamu'alaikum semua,

Alhamdulillah, masih saya berkesempatan untuk mencoretkan beberapa perenggan kisah pendek saya dan keluarga untuk hari-hari yang terkebelakang ini.

Hari Ahad minggu lepas, saya dan keluarga (kecuali Sakinah, kerana dia di asramanya) ke Ipoh. Kami menginap ni Hotel Sri Malaysia Ipoh, tempat yang sama Azah dikehendaki berkursus tentang satu sistem baru, Aplikasi Pencapaian Ko-Korikulum Sekolah-sekolah Teknik. Saya mengambil cuti 2 hari, iaitu pada Isnin dan Selasa, menjadi driver dan juga sura-hotel (lebih kurang macam suri-rumah, tapi kat hotel).

Tak banyak aktiviti yang saya lakukan di Ipoh, tapi sempatlah kami melawat dan makan malam di Dataran Ipoh yang agak terkenal dengan Char Kue Tiow/Kue Tiow Goreng nya, itu ialah pada malam hari Isnin. Terima kasih kepada kawan-kawan di plurk (www.plurk.com) yang memberikan cadangan untuk ke tempat itu.

Hari Selasa tengah hari, kursus itu sudah tamat, bertolak pulang ke Subang Jaya kira-kira jam 12.15 tengah hari, dan sampai di Shah Alam Sekeyen 27 kira kira jam 1430. Singgah untuk makan tengah hari dulu di Restoran PERKID di Seksyen 27 Shah Alam itu, sebelum terus balik ke rumah. Sampai di rumah, dengan perasaan yang amat penat, saya berehat dan tidur, bangun sekejap apabila waktu asar menjelam untuk solat asar dan sambung lagi tidurnya sehingga maghrib, membalas dendamlah kiranya tu.

Hari Rabu dan Khamis, adalah hari berkerja. Sakinah pulang ke rumah pada hari Khamisnya. Jumaat adalah hari pekerja, cuti. Kami mengambil keputusan untuk balik ke kampung Azah di Parit Pulai, Johor. Akibat perancangan dan perlaksanaan yang tidak begitu teratur, kami bertolak agak lewat, jam 1120. Jalannya (lebuhraya!) agak jem, bergerak dengan perlahan dari persimpangan merge dari KLIA-NILAI, saya mencuri-curi memotong sebelah kiri di beberapa tempat, juga qada' kan kelajuan apabila jalan sudah clear, selepas persimpangan Port Dickson. Al-maklumlah, sebab mahu dapat solat Jumaat di kampung Parit Pulai. Alhamdulilah sampai di Parit Pulai 1322, semasa Imam baru mula berkhutbah.

Di sini, untuk internetnya saya menggunakan Celcom 3G saya, akan tetapi hanyalah dengan connection GPRS sahaja. Ianya amatlah perlahan, agaknya seperti kura-kura yang patah kakinya. Setakat ini aktiviti utama di sini ialah main Badminton, petang semalam dan pagi ni sudah main dengan jayanya. Alhamdulillah.. semoga boleh sihat, dan turun berat badan juga. Alhamdulillah sekali lagi, kecederaan teruk di kaki saya dulu (yang mengabil masa 2 bulan untuk sembuh dan berjalan seperti biasa) sudah pulih sepenuhnya. Saya sekarang boleh beraktiviti seperti tidak pernah cedera pun sebelum ni. Betapa Maha Kuasa Allah s.w.t. dialah yang menyembuhkan, menghidupkan dan mematikan. Semoga kita semua dipermudahkan dalam segala urusan kita, dunia dan akhirat.

InsyaAllah, esok pagi akan bertolak pulang ke Subang Jaya.

Sekian, wassalam.

::truemax, di Parit Pulai, Johor.

Saturday, April 25, 2009

Seminggu Sudah Berlalu - AZ

Assalamu'alaikum.

Seminggu sudah berlalu dari entri terakhir yang saya poskan. Maka adillah bagi saya untuk meluangkan diri mencoretkan sedikit kemas kini tentang saya dan keluarga pada hari ini.

Minggu yang sibuk, masa bagaikan kereta turbo yang berlalu laju, cuma tidak lah sebising ekzos kereta turbo itu kan.

Rutin biasa kami berjalan seperti biasa, saya ke pejabat setiap hari dan Azah ke sekolahnya, cuma Husna demam sejak hari Ahad baru ni. Pagi Ahadnya dia mula rasa tak sedap badan, namun digagahinya juga untuk pergi ke sekolah, hari itu ialah hari sukan sekolahnya. Dia mengambil bahagian dalam pertunjukkan taekwando. Pada hari Isnin malam, kami membawanya ke klinik untuk pemeriksaan dan mendapatkan ubat. Demam, Batuk dan Selsema, itu lah kombinasinya, mendapat antibioatik dan MC untuk hari beikutnya (Selasa). Pada hari Rabu malam, demamnya masih lagi belum pergi, cuma turun sekejap selepas makan ubat demam dan suhu badannya naik lagi selepas daripada itu. Apabila diperiksa, suhunya dalam lingkungan 38.2 C dan 38.4 C. Mujurlah Dr Abe Ja senang dihubungi, atas nasihat Dr Abe Ja, saya membawa Husna ke klinik pada malam itu. "..minta refer ke hospital.. Kalau nak try ubat pun boleh, tapi kena observe la", itu SMS dari Dr Abe Ja. Terima kasih Abe Ja.

Di klinik, doktor yang memeriksa mendapati suhunya 38.6 C. Akan tetapi dia tidak begitu risau dan memberi lagi ubat yang seakan sama, dan tiada antibiotik lain yang diberikan. "Habiskan antibiotik itu dulu" katanya, "dan bagi ubat deman setiap 4 jam". Ok itu samalah dengan yang Dr Abe Ja cakap dalam SMS tu. Kami pulang dan melaksanakan nasihat doktor-doktor tersebut. Alhamdulilah, paginya sudah bertambah baik. Husna MC satu hari lagi pada hari Khamis dan hari Jumaatnya dia sudah boleh ke sekolah. Alhamdulillah.

Azah pula sibuk dengan kegiatan Kejohanan Antara Teknik (KAT) di sekolahnya. Entah macam mana, sekolahnya menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Antara Sekolah-Sekolah Teknik itu. Tambahan lagi dia bertugas sebagai setiausaha ko-korurikulum di sekolah itu. Hmmm memang sibuk dengan sangat. Bukan sahaja perlu melaksanakan tugas-tugas tambahan itu, malah perlu melayan kerenah-kerenah guru-guru juga.

Saya? Hmmm saya seperti biasa mesyuarat sana sini (dalam kampus pejabat sahaja). Tapi yang saya sukanya, bila mesyuarat ada karipap :) . Ha memang saya amat suka karipap. Kalau karipap sardin lagi best.. biasanya saya beli karipap sardin 2 ringgit hampir setiap pagi hari Rabu. Tapi kalau dalam mesyuarat tu, karipap apa pun saya belasah saja. He he he.

Ok. Sekali lagi terima kasih Dr. Abe Ja. Dan kepada Ummi dan keluarga yang lain-lain, tak perlu risau ya. Kami sekeluarga ok saja di sini. Alhamdulillah.

Sekian, salam sayang dari kami.

Wassalam.
::truemax

Saturday, April 18, 2009

Pesta Buku di PWTC - AZ

Assalamu'alaikum,

Sebagaimana dirancang hari ini saya dan keluarga telah pergi meramaikan lagi Pesta Buku Antarabangsa 2009 yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur (http://klbookfair.com/index.php/).

Semenjak dari minggu lepas lagi, kami sekeluarga merancang untuk menghadiri pesta buku tersebut. Al-maklumlah, sememangnya kami semua memang suka buku! Kebetulan pula, minggu ini ialah 'minggu balik kampung' untuk Sakinah, juga, adik kepada Azah, Suzie dan suaminya ada datang ke rumah. Suaminya Wan ada aktiviti bersama rakan-rakannya, jadi dia tidak boleh turut serta ke pesta buku.

Pada pagi hari tadi, Husna menyertai kelas taekwando seperti biasa, iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi. Oleh kerana dia telah pun mendapat tali pinggang hitam akhir tahun lepas, dia lebih banyak membantu melatih junior yang bertali pinggang putih, bukannya belajar teknik pukulan atau sepakan baru. Dia pulang dengan membawa sijil original dari Korea. Kakaknya Sakinah pun sudah tamat tali pinggang hitam tersebut 2 tahun lepas, dan sekarang adiknya pula,
abah dan mamanya amat berbangga sekali, alhamdulillah.

Kami bertolak dari rumah kira-kira jam 10.15am. Destinasi pertama ialah Putrajaya, mahu ambil adik Azah seorang lagi yang berkerja di situ, Seha. Selepas perbincangan ringkas, kami membuat keputusan untuk menaiki LRT untuk ke PWTC, bukannya memandu. Kereta di letakkan di Stadium Bukit Jalil, dengan bayaran hanya RM2 sahaja sekali masuk. Amat murah bagi kawasan Kuala Lumpur ni. Bayaran Star LRT dari Bukit Jalil ke PWTC pula ialah RM1.90 seorang, kami semua 6 orang, jadi jumlahnya RM11.40. Sudah amat lama kami sekeluarga, dan saya sendiri juga, tidak menaiki LRT atau mana-mana pengangkutan awam. Perjalanan kali agak 'adventurous' bagi kami :). Ketika menaiki LRT tersebut, memang boleh tengok betapa seronoknya kami, terutamanya Ruzana dan Husna.. ha ha ha.. kira macam tak pernah naik lagi lah sebelum ni.


Sampai di stesen PWTC kira-kira jam 12:10 tengah hari. Kami terus masuk ke bangunan PWTC menuju ke tempat pesta buku tersebut. Hmmm.. memang ramai sangat orang. Masuk adalah percuma. Nak masuk dewan tu pun dah sesak. Pintu yang sama digunakan untuk orang keluar dan masuk. Jadi redah saja lah. Saya sebenarnya tidak suka dengan keadaan kesesakan orang ramai sebegitu, tapi apa nak buat, tak boleh saya shoo shoo kan orang lain suruh mereka pulang dulu kan.


Kami berlegar-legar dikawasan itu, melihat-lihat buku yang maha banyak. Harganya amatlah murah. Barisan untuk bayar buku yang hendak dibeli juga amat panjang sekali. Saya mengintai-intai dari jauh buku-buku teknikal, engineering, elektronik, matematik.. tapi dari jauh saja, hmmm saya sudah cukup bahan bacaan, tak perlu cari yang lain dulu, saya memujuk diri sendiri di dalam hati.

Jam 1pm, ada majlis pelancaran buku baru tulisan Ain Maisarah. Secara jujurnya ini adalah kali pertama saya dengar namanya, tapi anak-anak saya telah pun habis membaca beberapa bukunya seperti "Aku mahu ke New York", "Aku mahu size S" dan "Aku mahu buli". Kira popular sangatlah orang ni rupanya.


Sakinah sedang menunggu-nunggu buku terbaru "Impiana 3" yang sepatutnya dilancarkan pada hari ini. Dewan tempat membuat pelancaran itu penuh. Kerusinya penuh, sehinggakan ramai yang duduk di atas lantai sahaja. Hmm.. pengalaman menarik bagi saya. Satu lagi yang menarik tentang Ain Maisara ini, dia juga melancarkan web page untuk sekolah maya Sek Sri Bangsar (untuk siri buku Buletin Sek Sri Bangsar). Ini ialah forum internet untuk pembaca-pembaca novel tulisan Ain Maisara yang mana mereka boleh berbincang tentang apa sahaja, malah boleh berinteraksi dengan watak-watak dalam Buletin Sek Sri Bangsar. Akan tetapi buku "Impaiana 3" itu belum lagi siap, baru 270 muka katanya. Tak mengapa, boleh tunggu.

Kami bertolak pulang dari Kuala Lumpur kira kira jam 3pm, selepas makan tengah hari di The Mall. 14 buah buku sudah dibeli, tetapi semua buku yang murah-murah saja :)

Begitulah sedikit cerita tentang pesta buku yang kami hadiri hari ini.

Salam sayang dari Putra Heights.

Wassalam,
::truemax dan keluarga

Sunday, April 12, 2009

Solok Lada - Cubaan Pertama

Assalamu'alaikum,

Sudah agak lama isteri saya, Azah, mahu cuba membuat sendiri Solok Lada. Solok Lada ini ialah sememangnya makanan kegemaran saya dan Azah. Jika pulang ke kampung di Kelantan, kami akan cuba sempatkan untuk membeli dan memakan Solok Lada, masakan original orang Kelantan. Solok Lada yang didapati di Selangor ini amat berbeza kualiti dan rasanya, amat tidak memuaskan hati.

Oh sekarang di TV3 disiarkan Anugerah Bintang Popular 2008. Baru diumumkan Anugrah Penyanyi Popular Lelaki, dimenangi oleh Mawi manakala Penyayi Popular Wanita ialah Dato Siti Nurhaliza. Yang menariknya, Dato Siti Nurhaliza memakai tudung yang lengkap menutup aurat! Semuga dia terus diberi hidayah dan kekuatan oleh Allah.

Ok, berbalik semula kepada topik utama "Solok Lada". Mari saya cerita sedikit dari semalam lagi.

Semalam, saya dan keluarga (Azah, Husna dan Ruzana. Sakinah berada di asrama) pergi ke Jusco IOI Mall untuk membeli belah. Cili hijau yang besar untuk Solok Lada ini pun dibeli di sini lah. Selain daripada itu kami juga membeli buku cerita/novel, "Sayalah Puteri Raja" untuk Husna, "Salju Sakinah" dan sebuah buku Mr. Midnight untuk Sakinah. Sudah lama dia pesan untuk belikan buku cerita ini, sekarang baru sempat beli. Oh juga, Novel "Ayat Ayat Cinta" untuk Azah dan "The Gingerbread Man" untuk Ruzana.

Pagi tadi, kami ke pasar, membeli ikan untuk Solok Lada tersebut dan juga lauk-pauk yang lain. Balik dari pasar tersebut, saya memaksa diri untuk jogging. Walaupun sudah jam 9.30am lebih, saya perlu paksa dan denda diri ini, supaya lain kali tidak lewat lagi untuk berjogging. Alhamdulillah, kira-kira 2km. Oh, waktu keluar ke pasar tadi baru perasan bahawa tayar belakang sebelah kiri kereta Naza pancit! Hmm nanti kena tukar, letak tayar spare.

Selepas sarapan pagi, Azah mula sibuk didapur, resepi Solok Lada didapati daripada internet sahaja. Dia juga menyediakan ayam masak merah dan kerabu daun pegaga. Saya pula berhobi dengan RC Helikopter sekejap, hmm belum sempat lagi update blog rotormax tu.

Jam 2.30pm kami bertolak ke sekolah berasrama Sakinah. Tiba 3 minit sebelum jam 3, hujan dari rumah, sepanjang perjalanan. Di sekolahnya, Sakinah sudah pun menunggu. Alhamdulillah Sakinah ok. Hari sebelumnya dia ada telefon mengatakan kepalanya terhantuk. Tetapi tidak luka.

Kami menyantap makan tengah hari. Ya, ya, baca doa makan dulu. Hmm Solok Lada nya begitu memuaskan hati. Saiznya amat lah besar, makan satu sahaja pun sudah kenyang. Cuma kalau lebih pedas sikit mesti lagi best. Saya memang suka makan pedas. Very good for the first try!

Bertolak pulang dari situ jam 6.00 petang, sampai di rumah kira kira 6.20pm. Entah mengapa, rasa sangat mengantuk dan penat. Terus flat, tido.

Makan malam tadi pun dengan Solok Lada tu jaga. Alhamdulillah. Dapat makan solok lada puas-puas.

Ok, cukup sampai di sini dulu ya. Sekejap lagi nak tukar tayar Naza pula. Lepas tu kalau masih 'rajin' nak update 2 lagi blog saya. He he he, best juga tulis blog ni. Siapa yang belum cuba tu, cuba lah. :)

Pengajaran hidup:
1. Jangan takut untuk cuba sesuatu yang baru. Cuba sebaik mungkin, insyaAllah berjaya.
2. Cobaan Allah di mana sahaja. Nasib baik tayar pancit masa parking kat rumah. Boleh postpone and ambil masa sendiri untuk tukar tayar.

Salam sayang dari Putra Heights.

Wassalam.
::truemax

Monday, April 6, 2009

Rutin Hari Ahad - AZ

Assalamu'alaikum.

Berikut ini adalah serba sedikit tentang rutin hari Ahad saya dan keluarga.

Pagi bangun, solat Subuh. Sarapan pagi, bergantung kepada keadaan, sama ada Azah masak di rumah atau beli nasi lemak. Tetapi semalam kami ke Pasar Tani Mega di kawasan Stadium Shah Alam. Rupa-rupanya Su Pi juga ke sana semalam, tetapi kami tidak bertembung, agaknya kerana kami sampai lebih lambat. Kami bersarapan nasi lemak di sana. Membeli sedikit sayuran dan lauk pauk. Sedikit gambaran susana di sana.





Juga, tujuan utama kali ini ialah untuk membeli Orkid! Azah sekarang tengah minat menanam pokok bunga Orkid.

Pulang dari Pasar Tani itu, aktiviti bebas.
Saya teruskan aktiviti saya berinternet, dan kemudianya sambung dengan hobi saya Radio Controlled Helicopter (http://rotormax.blogspot.com). Azah terus menumpukan perhatian kepada kebun bunganya, di bantu oleh Sakinah, manakala Husna dan Ruzana dengan aktiviti sendiri, sama ada menonton TV atau berinternet.

Selepas solat Zuhur kami sudah mula sibuk untuk menyiapkan barang-barang Sakinah untuk ke asrama. Dia perlu masuk ke asrama selewat-lewatnya jam 6pm. Pelbagai barangan perlu disediakan, termasuklah kain baju, buku-buku sekolah yang dibawa balik untuk menyiapkan kerja rumah dan juga ulang kaji, air mineral, makanan dan lain-lain.

Sebaik selesai solat Asar, kami bertolak dari rumah, singgah sebentar di Pasaraya Giant untuk membeli beberapa barang keperluan dan makanan untuk Sakinah di asramanya. Tiba di sekolahnya kira kira jam 5.45pm.

Kira-kira 6.30pm sampai semula di rumah. Kadang-kadang, dalam perjalanan balik, kami akan singgah dulu di pasaraya untuk membeli barangan keperluan rumah, dan akan sampai hanya selepas Maghrib ataupun lebih lewat daripada itu.

Sekian dahulu untuk kali ini. Begitulah lebih kurang aktiviti hari Ahad kami.

Pengajaran hidup:
1. Semua orang ada 24 jam sehari. Hendaklah gunakan dengan sebaiknya.
2. Pastikan tidak ada melakukan maksiat dalam kehidupan seharian. Berseronok dan bersantai dengan batas-batas agama.
3. Solat 5 waktu, hendaklah dijaga, walau sesibuk mana sekalipun.

Salam sayang dari kami sekeluarga untuk semua.
Wassalam.

::truemax

Sunday, April 5, 2009

Sabtu Yang Padat

Assalamu'alaikum,

Sedikit update dari saya tentang aktiviti hari Sabtu semalam. Biasanya tidak lah sebegitu padat, tetapi semalam tidak seperti hari-hari Sabtu yang lain.

Mula daripada pagi, jam 7:15am saya menghantar isteri ke Kota Kemuning, ada aktiviti sekolahnya, "Perkembangan Staff", di sana. Kenapa saya perlu hantar.. kerana saya suami yang penyayang.. ho ho. Bukan itu sahaja, sebenarnya saya perlukan kereta kerana saya mahu menghantar kereta wira saya untuk dibaiki. Ya ada kerosakan dengan aircond compressor dan radiator yang bocor.

Kemudian berkejar balik ke rumah untuk menghantar Husna ke kelas taekwandonya yang sepatutnya bermula jam 8:00am. Keretanya laju, jadi on time saja. Alhamdulillah.

Pulang ke rumah, mula call makanik kereta, tapi tak dapat pula. Agaknya masih terlalu awal masa tu. Jadi selepas kira kira jam 10 pagi baru lah pergi ke bengkel yang berdekatan. Tiinggalkan kereta itu, mengikut penjelasan makanik itu, hmm agak menyeramkan, akan kena banyak tu.

Ok, balik ke rumah semula. Aktiviti seterusnya ialah membawa Sakinah ke Klinik Gigi. Ya, gigi nya ada 2 yang sudah bergoyang, sejak 2 minggu lalu rasanya. Sampai di klinik, ramai pula orang menunggu, 6 orang! Di pendekkan cerita, tengah harinya selepas mengambil Azah di Kota Kemuning dan makan tengah hari, sekali lagi kami pergi ke klinik gigi tersebut. 2 batang gigi berjaya dicabut selepas menunggu kira kira 1 jam.

Petangnya ada jemputan doa selamat di rumah jiran, begitu juga selepas solat Isya.

Oh satu lagi, petangnya kereta wira saya sudah siap dibaiki. RM700 kosnya. Harapnya tak mudah rosak lagi.

Begitulah hari Sabtu yang padat.

Pengajaran hidup:
1. Ramai orang sakit gigi, kalau pergi klinik gigi mesti ada orang menunggu. Syukurlah kita dianugrahi kesihatan oleh Allah swt.
2. Selaju-laju kereta turbo pun, perlu masuk kebengkel juga. Begitu juga dengan kita, jangan lupa pengisian hati dan rohani dengan menghadari majlis ilmu dan juga dengan membaca Al-Quran.


Allahu'a'lam.

Saturday, April 4, 2009

Kereta Baru Seseorang Itu

Assalamu'alaikum.

Ok, ni sudah agak tengah malam, tetapi saya tidak mahu melepaskan peluang ini untuk post kan gambar terbaru, gambar seseorang itu bersama keretanya. :)

Ya, tidak lain dan tidak bukan lagi, dia ialah Su Pi!


Dan ini pula saya, saja mahu tumpang sekaki dan menyibuk dengan aura kereta baru itu.. ha ha ha


Gambar diambil di tempat letak kereta MIMOS, ketika kami mahu pulang dari kerja kira-kira jam 8pm tadi.

Wassalam.

Thursday, April 2, 2009

Siapa Kata Kerja Guru Senang?

Assalamu'alaikum.

Malam tadi saya kepenatan, selepas makan malam saya menonton cerita 'The Increadible" di Desney Channel bersama anak-anak. Tapi mula tengok itu pun dah lebih dari separuh ceritanya. Jadi sekejap sahaja pun sudah tamat. Selepas tu ada cerita "Matrix". Ini adalah movie kesukaan saya sejak dulu. Amat teruja saya untuk menontonnya. Tetapi belum 30 minit menonton, saya sudah tewas dan terlelap.. kepenatan.

Kami sekeluarga tidur dahulu. Azah ada kerja yang perlu disiapkan pada malam ini. Perlu siapkan senarai pelajar Kokurikulum untuk tingkatan 4. Pada masa itu saya belum lagi solat Isyak, akan solat bila bangun malam/pagi nanti.

Kira-kira jam 1am loceng handphone berbunyi. Saya bangun bersolat Isyak.

Kemudian mulalah duduk dimeja mengadap laptop menolong Azah. Kami menggunakan applikasi MS Acess dan Excel. Sekolah sudah ada sistem pengkalan data yang mempunyai maklumat yang dikehendaki. Kami perlu extrackkan data dan cetakkan senarai KoKurikulum mengikut kelas, dan juga mengikut kelab, persatuan dan sukan.

Selepas data dipindahkan dari MS Access ke Excel, kami dapati ada pelajar yang tidak mempunyai aktiviti kokurikulum yang betul. Tambahan lagi, taburan agihan untuk persatuan, kelab dan sukan tidak rata, sesetengah aktiviti mempunyai hingga 78 orang yang telah mendaftar manakala ada setengahnya cuma mempunyai 6 orang ahli. Jadi kami terpaksa reassignkan dengan seadil yang boleh.

Di pendekkan cerita, Alhamdulillah, dengan menggunakan tonner yang baru dibeli semalam, kami siap mencetak semua senarai tersebut, agaknya lebih 30 muka surat, pada kira kira jam 3.30 pagi.

Begitulah, siapa kata kerja seorang guru senang? Renungkan kembali. Suaminya pun terpaksa berjaga sama :)

Haa, ada satu lagi yang menarik berlaku pada hari ini. Tengah hari tadi saya sempat cuba pandu kereta Honda Civic 1.8, yang baru dibeli oleh seseorang dari keluarga kita. :) Kereta nya nampak sungguh anggun. Pecutannya boleh tahan, i-VTEC lagi pun. Ok cukup dampai disini dahulu ya.

Wassalam.

Wednesday, April 1, 2009

Pengenalan Keluarga Saya - AZ

Assalamu'alaikum.

Hari saya biasa sahaja. Bermula dengan solat subuh di pagi hari. Kemudian bersiap untuk menghantar Husna ke sekolah. Selalunya Azah menghantar Husna ke sekolah dan saya menghantar Ruzana ke tadika kira kira jam 8. Tetapi pada hari Rabu (hari ini) Azah akan ke sekolah lebih lewat kerana dia akan mengajar di kelas pada sebelah petang, jadi jadual penghantaran diterbalikkan.

Hmm.. agaknya, lebih baik saya perkenalkan dulu keluarga saya, baru lah cerita ini semua dapat difahami dengan mudah.

Nama saya AhmadZ, tinggal di Subang Jaya, Selangor. Isteri saya Azah, guru di Sek. Men. Teknik. Anak sulung saya, Nur Sakinah, sekarang belajar di SM Agama Tengku Ampuan Jamaah, di Shah Alam (di asrama). Nur Husna ialah anak kedua, dalam darjah 4 di SK Alam Megah 3 dan yang bongsu Nur Ruzana, 5 Tahun, belajar di Tadika IIUM Montessori.

Ok, sekarang lebih jelas bukan? Saya sambung ceritanya. Saya bertolak dari rumah agak awal dari biasa iaitu 7.50am, mahu sampai jam 8.30am di tempat kerja. Walaubagaimanapun, kesesakan yang teruk berlaku di Puchong sebelum memasuki KESAS highway. Hanya jam 8.45am baru saya tiba di pejabat. Biasanya perjalanan ke tempat kerja mengambil masa lebih kurang 25 ke 35 minit, kali ni hampir satu jam. Tetapi tidak ada masalah, cuma lewat sedikit sahaja.

Waktu tengah harinya saya ke Bandar Kinrara untuk membayar loan kereta di bank dan juga singgah di sebuah kedai komputer di situ untuk membeli tonner printer saya yang sudah hampir habis. Berpeluh-peluh saya, tengah hari yang terik dan kereta saya pula aircondnya sudah lama rosak, berlum lagi dibaiki.

Ada sesuatu berlaku di sekolah Sakinah tadi, dia telefon Azah. Kalau ada kesempatan di lain kali saya cerita.

Sekarang jam 7.36pm saya masih di pejabat. Akan segera pulang selepas selesai Solat Maghrib.

Wassalam.

Tuesday, March 31, 2009

Selamat Datang - OHANA KAMI

Assalamu'alaikum semua.

Mari kita berkongsi maklumat tentang keluarga kita di blog ini.

Selepas Allah dan Rasul, dan ibu bapa, keluarga lah yang kita patut kita utamakan. Semoga blog ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara kita, sebagai mana yang di tuntut oleh agama kita sendiri.

Tajuk blog ini di ambil sebagai OHANA KAMI, ohana itu bermaksud keluarga, jadi "Keluarga Kami" ialah keluarga kita semua.

Untuk menjaga privasi kita, blog ini akan disetkan sebagai private. Hanya ahli keluarga kita sahaja yang boleh mencapai (access/view) dan kemaskinikan (update) blog ini. Dengan itu, kita tidak perlu risau jika orang luar yang tidak berkenaan menyalahgunakan informasi atau status kita yang kita updatekan di sini.

Jika ada ahli keluarga yang masih belum dapat mencapai blog ini, sila hubungi saya melalui email seperti di bawah.

"Ohana means family and family means nobody gets left behind. Or forgotten" - Disney Lilo & Stitch

Allahu'a'alam.
- truemagix@gmail.com
4 Rabiul Akhir 1430