Sunday, June 27, 2010

Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis pertunangan saya

Salam kepada semua ahli keluarga.

Genaplah seminggu lebih majlis pertunangan saya berlalu.

Pertama sekali, saya amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana majlis pertunangan telah berjalan dengan lancar, meskipun tanpa bekalan elektrik sewaktu tetamu hadir.

Kedua, ingin saya ekspresikan betapa saya amat berterima kasih kepada semua ahli keluarga yang sama-sama telah bertungkus lumus bagi menjayakan majlis pertunangan saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih tak terhingga kepada Abah, Ummi & adik-adik, Tokma, Ayah Ja, Ayah Ili, Acik Yang, Ayahsu Pi, Acik Jie, Acik Azah, Ayah Faizal dan sepupu-sepupuku.

Kepada adik-adik di perantauan, terima kasih atas doa dari jauh. Moga bulan 12 nanti menjanjikan 'reunion' kita satu family :D

Sama-samalah berdoa moga segala urusan dipermudahkanNya terutama agenda seterusnya, iaitu pernikahan dan walimah pula. InsyaAllah.

P/s: Terima kasih kepada Ayah Ili, Acik Azah & family atas pemberian hadiah berupa tuala dengan sulaman 'Selamat Bertunang'..I like!

Sedikit gambar suasana pada hari pertunangan:

Ekspesi Ayahsu Pi setelah mengunyah dan menelan daun sirih.
'Sirih's the best!' katanya.

Hadiah daripada Ayah Ili & family. So sweet..Thanks!

- Gambar kredit kepada Ayahsu Pi sebagai official photographer saya pada hari tersebut ;)