Monday, April 27, 2009

Jem Teruk Pagi Isnin

Assalamulaikum ..

Lama dah rasanya tak post kat sini .. Hari ni nak cerita keunikan traffic kat KL ni. Pagi tadi saya bgn seperti biasa untuk pergi kerja. Biasanya traffic bergerak perlahan di 2 tempat sahaja, tapi pagi tadi traffic bergerak perlahan kira2 2km dari exit Seafield. Gambar di bawah menggambarkannya.



Saya nervous jugak kot2 la arini ada apa2 special sampai jem teruk mcm tu skali ... rupa2nya ada accident berlaku melibatkan beberapa buah kereta. Kereta2 tersebut telah pun berada di bahu jalan, tapi traffic still jugak perlahan. Maklum la, org kita ni perihatin nak tengok apa yang berlaku ... Hehe.

Anyway, last week problem VSA kereta saya telah dapat disolvekan. Terima kasih atas bantuan truemax menumpangkan saya pergi kerja. :-). Alhamdulillah dapat claim warranty lagi. Sensor VSA yang ditukar tu berharga RM2300.

Hari Sabtu hari tu pulak saya berkunjung ke Pesta Buku di PWTC. Kononnya nak drive pergi PWTC, sampai exit PWTC tu tengok kereta berderet dan jem teruk. So, saya patah balik ke KL Sentral dan parking di Brickfields kat area stesen Monorail untuk elak parking mahal KL Sentral. Hehe.

Till then, take care.

Wassalam.

regards,
aerobrain :: Pi

Saturday, April 25, 2009

Seminggu Sudah Berlalu - AZ

Assalamu'alaikum.

Seminggu sudah berlalu dari entri terakhir yang saya poskan. Maka adillah bagi saya untuk meluangkan diri mencoretkan sedikit kemas kini tentang saya dan keluarga pada hari ini.

Minggu yang sibuk, masa bagaikan kereta turbo yang berlalu laju, cuma tidak lah sebising ekzos kereta turbo itu kan.

Rutin biasa kami berjalan seperti biasa, saya ke pejabat setiap hari dan Azah ke sekolahnya, cuma Husna demam sejak hari Ahad baru ni. Pagi Ahadnya dia mula rasa tak sedap badan, namun digagahinya juga untuk pergi ke sekolah, hari itu ialah hari sukan sekolahnya. Dia mengambil bahagian dalam pertunjukkan taekwando. Pada hari Isnin malam, kami membawanya ke klinik untuk pemeriksaan dan mendapatkan ubat. Demam, Batuk dan Selsema, itu lah kombinasinya, mendapat antibioatik dan MC untuk hari beikutnya (Selasa). Pada hari Rabu malam, demamnya masih lagi belum pergi, cuma turun sekejap selepas makan ubat demam dan suhu badannya naik lagi selepas daripada itu. Apabila diperiksa, suhunya dalam lingkungan 38.2 C dan 38.4 C. Mujurlah Dr Abe Ja senang dihubungi, atas nasihat Dr Abe Ja, saya membawa Husna ke klinik pada malam itu. "..minta refer ke hospital.. Kalau nak try ubat pun boleh, tapi kena observe la", itu SMS dari Dr Abe Ja. Terima kasih Abe Ja.

Di klinik, doktor yang memeriksa mendapati suhunya 38.6 C. Akan tetapi dia tidak begitu risau dan memberi lagi ubat yang seakan sama, dan tiada antibiotik lain yang diberikan. "Habiskan antibiotik itu dulu" katanya, "dan bagi ubat deman setiap 4 jam". Ok itu samalah dengan yang Dr Abe Ja cakap dalam SMS tu. Kami pulang dan melaksanakan nasihat doktor-doktor tersebut. Alhamdulilah, paginya sudah bertambah baik. Husna MC satu hari lagi pada hari Khamis dan hari Jumaatnya dia sudah boleh ke sekolah. Alhamdulillah.

Azah pula sibuk dengan kegiatan Kejohanan Antara Teknik (KAT) di sekolahnya. Entah macam mana, sekolahnya menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Antara Sekolah-Sekolah Teknik itu. Tambahan lagi dia bertugas sebagai setiausaha ko-korurikulum di sekolah itu. Hmmm memang sibuk dengan sangat. Bukan sahaja perlu melaksanakan tugas-tugas tambahan itu, malah perlu melayan kerenah-kerenah guru-guru juga.

Saya? Hmmm saya seperti biasa mesyuarat sana sini (dalam kampus pejabat sahaja). Tapi yang saya sukanya, bila mesyuarat ada karipap :) . Ha memang saya amat suka karipap. Kalau karipap sardin lagi best.. biasanya saya beli karipap sardin 2 ringgit hampir setiap pagi hari Rabu. Tapi kalau dalam mesyuarat tu, karipap apa pun saya belasah saja. He he he.

Ok. Sekali lagi terima kasih Dr. Abe Ja. Dan kepada Ummi dan keluarga yang lain-lain, tak perlu risau ya. Kami sekeluarga ok saja di sini. Alhamdulillah.

Sekian, salam sayang dari kami.

Wassalam.
::truemax

Monday, April 20, 2009

Canada



Buat kali pertamanya saya merangka post di Ohana Kami. Saya ingin memberitahu beberapa universiti yang telah menawarkan saya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat undergraduate. Sebelum 28 Mei, saya perlu membuat keputusan, dan saya memohon agar mendapat yang terbaik buat saya. Di sini, saya memohon nasihat, pandangan, dan pendapat tentang universiti2 yang dinyatakan di bawah:
  • McGill University, Montreal
  • Queen's University, Kingston, Ontario
  • McMaster University, Hamilton, Ontario
  • Carleton University, Ottawa, Ontario
University of Toronto, Toronto akan mengumumkan admission pada pertengahan Mei.
Tolong doakan kecemerlangan saya.

Sunday, April 19, 2009

Rumah Amal Limpahan Kasih

Assalamualaikum

Hari ni (Ahad-19/April/2009) saya telah berkunjung ke rumah anak-anak yatim di Puchong iaitu Rumah Amal Limpahan Kasih. Sebenarnye officemate saya dan isterinya mengadakan majlis sambutan harijadi anak ke-2 mereka sambil meraikan anak-anak yatim kat sana.



Majlis ini membuatkan saya terfikir sejenak betapa beruntungnya kita yang dibesarkan di rumah sendiri, mendapat segala keperluan dengan sempurna (dan kadang2 terlebih2). Kanak-kanak di rumah anak-anak yatim sudah pasti tidak mendapat perhatian yang sebegitu rapi. Bayangkan terdapat 70 org di rumah anak yatim ini dan sudah pasti cikgu/warden yang bertugas tidak dapat memberikan perhatian kepada setiap orang.

Namun, begitulah lumrah kehidupan, sebab itulah zakat diwajibkan oleh Allah swt. Supaya yang berada dapat menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Saya difahamkan oleh ustaz yang bertugas di rumah anak2 yatim ini, sebahagian besar keperluan anak2 yatim diberikan oleh individu2 yang perihatin. Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur di dalam hati ketika mendengarnya. Bagaimanapun Pusat Zakat Selangor dan juga Jabatan Kebajikan turut menyumbang tetapi tidaklah banyak disebabkan banyak lagi rumah2 anak yatim dan fakir miskin yang perlu dibantu.





Sama-samalah kita mengambil pengajaran:
  • Gunakan resource yang kita ada sebaiknya. Jangan dibazirkan.
  • Sentiasa ingat ada org yang lebih susah dari kita supaya kita sentiasa bersyukur dan ada niat untuk menolong orang lain.
  • Bayarlah zakat dan sentiasalah bersedekah. Sesungguhnya sedekah itu sebahagian dari amal jariah (amal yang mengalir walaupun kita sudah meninggalkan dunia yang fana ini)

Take care.
Wassalam.

regards,
Ahmad Firdaus :: Pi :: aerobrain

Saturday, April 18, 2009

Pesta Buku di PWTC - AZ

Assalamu'alaikum,

Sebagaimana dirancang hari ini saya dan keluarga telah pergi meramaikan lagi Pesta Buku Antarabangsa 2009 yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur (http://klbookfair.com/index.php/).

Semenjak dari minggu lepas lagi, kami sekeluarga merancang untuk menghadiri pesta buku tersebut. Al-maklumlah, sememangnya kami semua memang suka buku! Kebetulan pula, minggu ini ialah 'minggu balik kampung' untuk Sakinah, juga, adik kepada Azah, Suzie dan suaminya ada datang ke rumah. Suaminya Wan ada aktiviti bersama rakan-rakannya, jadi dia tidak boleh turut serta ke pesta buku.

Pada pagi hari tadi, Husna menyertai kelas taekwando seperti biasa, iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi. Oleh kerana dia telah pun mendapat tali pinggang hitam akhir tahun lepas, dia lebih banyak membantu melatih junior yang bertali pinggang putih, bukannya belajar teknik pukulan atau sepakan baru. Dia pulang dengan membawa sijil original dari Korea. Kakaknya Sakinah pun sudah tamat tali pinggang hitam tersebut 2 tahun lepas, dan sekarang adiknya pula,
abah dan mamanya amat berbangga sekali, alhamdulillah.

Kami bertolak dari rumah kira-kira jam 10.15am. Destinasi pertama ialah Putrajaya, mahu ambil adik Azah seorang lagi yang berkerja di situ, Seha. Selepas perbincangan ringkas, kami membuat keputusan untuk menaiki LRT untuk ke PWTC, bukannya memandu. Kereta di letakkan di Stadium Bukit Jalil, dengan bayaran hanya RM2 sahaja sekali masuk. Amat murah bagi kawasan Kuala Lumpur ni. Bayaran Star LRT dari Bukit Jalil ke PWTC pula ialah RM1.90 seorang, kami semua 6 orang, jadi jumlahnya RM11.40. Sudah amat lama kami sekeluarga, dan saya sendiri juga, tidak menaiki LRT atau mana-mana pengangkutan awam. Perjalanan kali agak 'adventurous' bagi kami :). Ketika menaiki LRT tersebut, memang boleh tengok betapa seronoknya kami, terutamanya Ruzana dan Husna.. ha ha ha.. kira macam tak pernah naik lagi lah sebelum ni.


Sampai di stesen PWTC kira-kira jam 12:10 tengah hari. Kami terus masuk ke bangunan PWTC menuju ke tempat pesta buku tersebut. Hmmm.. memang ramai sangat orang. Masuk adalah percuma. Nak masuk dewan tu pun dah sesak. Pintu yang sama digunakan untuk orang keluar dan masuk. Jadi redah saja lah. Saya sebenarnya tidak suka dengan keadaan kesesakan orang ramai sebegitu, tapi apa nak buat, tak boleh saya shoo shoo kan orang lain suruh mereka pulang dulu kan.


Kami berlegar-legar dikawasan itu, melihat-lihat buku yang maha banyak. Harganya amatlah murah. Barisan untuk bayar buku yang hendak dibeli juga amat panjang sekali. Saya mengintai-intai dari jauh buku-buku teknikal, engineering, elektronik, matematik.. tapi dari jauh saja, hmmm saya sudah cukup bahan bacaan, tak perlu cari yang lain dulu, saya memujuk diri sendiri di dalam hati.

Jam 1pm, ada majlis pelancaran buku baru tulisan Ain Maisarah. Secara jujurnya ini adalah kali pertama saya dengar namanya, tapi anak-anak saya telah pun habis membaca beberapa bukunya seperti "Aku mahu ke New York", "Aku mahu size S" dan "Aku mahu buli". Kira popular sangatlah orang ni rupanya.


Sakinah sedang menunggu-nunggu buku terbaru "Impiana 3" yang sepatutnya dilancarkan pada hari ini. Dewan tempat membuat pelancaran itu penuh. Kerusinya penuh, sehinggakan ramai yang duduk di atas lantai sahaja. Hmm.. pengalaman menarik bagi saya. Satu lagi yang menarik tentang Ain Maisara ini, dia juga melancarkan web page untuk sekolah maya Sek Sri Bangsar (untuk siri buku Buletin Sek Sri Bangsar). Ini ialah forum internet untuk pembaca-pembaca novel tulisan Ain Maisara yang mana mereka boleh berbincang tentang apa sahaja, malah boleh berinteraksi dengan watak-watak dalam Buletin Sek Sri Bangsar. Akan tetapi buku "Impaiana 3" itu belum lagi siap, baru 270 muka katanya. Tak mengapa, boleh tunggu.

Kami bertolak pulang dari Kuala Lumpur kira kira jam 3pm, selepas makan tengah hari di The Mall. 14 buah buku sudah dibeli, tetapi semua buku yang murah-murah saja :)

Begitulah sedikit cerita tentang pesta buku yang kami hadiri hari ini.

Salam sayang dari Putra Heights.

Wassalam,
::truemax dan keluarga

Wednesday, April 15, 2009

Will be going for Heritage Studies in Padang

Salam, members of Ohana

Well just to inform you all that I will be going for Heritage Studies in Padang, West Sumatra, Indonesia this Sunday (19th April). The Heritage Studies a subject required to be taken this short semester.

There will be 28 of us going to Padang while the remaining batch will be going to Kedah (Malaysia) and China (depends of each and everyone’s budget la. hehe)

The estimated time of departure of our flight will be at 7.40 am, Sunday (19th April) and the estimated time of arrival will be at 10.40am, Saturday (2nd May). It’ll be a 13 days trip.

We’ll be visiting Universitas Bung-Hatta and there will be 6 students who will be assisting us throughout our project.

Well basically Heritage Studies is doing research, documentation, multimedia presentation and most important coming out with the report and measured drawings of the chosen heritage building. In our case, we’ll be doing The Rumah Gadang in Kampung Pariangan, Kabupaten Tanah Datar.

We’ll be staying there for more than a week to measure the houses in that kampung and document all the process. It’ll be like actually living there with the kampong folks and eating their kind of food and getting accustom to their way of life.

The lecturers said that the toilets are separated from the houses and usually the kampung people will take their bath at the surau (mandi ramai-ramai).

Hm..I don’t know..but it’ll be great experience to be living in an Indonesian kampung. Can’t wait.

Right now we are busy preparing for the trip such as doing research, tagging the equipment and other delegated work among team mates. Well I’m in the research team and kinda busy.

Anyway, do pray for our health and safety throughout our trip there. May Allah will make it easy for us to complete our work there and throughout the short sem once we reach our Uni.

p/s: help! i've not pack anything yet for the trip..

Monday, April 13, 2009

Sukan Tadika Adlan

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Baru hari ni ada kesempatan.. Hari Sabtu lepas (11/4/09) adalah hari sukan tahunan tadika Adlan iaitu Tadika Cahayaku Gemilang, Saujana Impian, Kajang. Adlan telah menyertai acara Terompah dan Junjung Bola. Sayang sekali hanya daddy yg boleh menemani dan menyaksikan adlan beraksi di sukan tersebut kerana Adli juga ada sukaneka di sekolahnya. SK Saujana Impian bersekolah ganti sempena cuti hari raya Aidilfitri nanti. Saya sendiri terpaksa ke sekolah kerana sekolah menengah turut mengadakan gantian sekolah pada hari tersebut. Jadi terpaksalah Mursyidah Adlina ke nursery sorang2.

1.30 tengahari, semuanya selesai dan kami makan tghari sambil menceritakan pengalaman masing2. Lepas tu kami gi Giant sambil basuh kete kecil warna merah tu. Balik rumah semua dah penat dan tido, kecuali mursyidah adlina sebab dia dah tido byk kat nursery kot (jadi mamanya pun terpaksalah melayan kerenah dia).

Jadi di sini disertakan gambar sukan Adlan utk tatapan semua.










Ok, jumpa lagi

Salam sayang dari kami semua.

Sunday, April 12, 2009

Solok Lada - Cubaan Pertama

Assalamu'alaikum,

Sudah agak lama isteri saya, Azah, mahu cuba membuat sendiri Solok Lada. Solok Lada ini ialah sememangnya makanan kegemaran saya dan Azah. Jika pulang ke kampung di Kelantan, kami akan cuba sempatkan untuk membeli dan memakan Solok Lada, masakan original orang Kelantan. Solok Lada yang didapati di Selangor ini amat berbeza kualiti dan rasanya, amat tidak memuaskan hati.

Oh sekarang di TV3 disiarkan Anugerah Bintang Popular 2008. Baru diumumkan Anugrah Penyanyi Popular Lelaki, dimenangi oleh Mawi manakala Penyayi Popular Wanita ialah Dato Siti Nurhaliza. Yang menariknya, Dato Siti Nurhaliza memakai tudung yang lengkap menutup aurat! Semuga dia terus diberi hidayah dan kekuatan oleh Allah.

Ok, berbalik semula kepada topik utama "Solok Lada". Mari saya cerita sedikit dari semalam lagi.

Semalam, saya dan keluarga (Azah, Husna dan Ruzana. Sakinah berada di asrama) pergi ke Jusco IOI Mall untuk membeli belah. Cili hijau yang besar untuk Solok Lada ini pun dibeli di sini lah. Selain daripada itu kami juga membeli buku cerita/novel, "Sayalah Puteri Raja" untuk Husna, "Salju Sakinah" dan sebuah buku Mr. Midnight untuk Sakinah. Sudah lama dia pesan untuk belikan buku cerita ini, sekarang baru sempat beli. Oh juga, Novel "Ayat Ayat Cinta" untuk Azah dan "The Gingerbread Man" untuk Ruzana.

Pagi tadi, kami ke pasar, membeli ikan untuk Solok Lada tersebut dan juga lauk-pauk yang lain. Balik dari pasar tersebut, saya memaksa diri untuk jogging. Walaupun sudah jam 9.30am lebih, saya perlu paksa dan denda diri ini, supaya lain kali tidak lewat lagi untuk berjogging. Alhamdulillah, kira-kira 2km. Oh, waktu keluar ke pasar tadi baru perasan bahawa tayar belakang sebelah kiri kereta Naza pancit! Hmm nanti kena tukar, letak tayar spare.

Selepas sarapan pagi, Azah mula sibuk didapur, resepi Solok Lada didapati daripada internet sahaja. Dia juga menyediakan ayam masak merah dan kerabu daun pegaga. Saya pula berhobi dengan RC Helikopter sekejap, hmm belum sempat lagi update blog rotormax tu.

Jam 2.30pm kami bertolak ke sekolah berasrama Sakinah. Tiba 3 minit sebelum jam 3, hujan dari rumah, sepanjang perjalanan. Di sekolahnya, Sakinah sudah pun menunggu. Alhamdulillah Sakinah ok. Hari sebelumnya dia ada telefon mengatakan kepalanya terhantuk. Tetapi tidak luka.

Kami menyantap makan tengah hari. Ya, ya, baca doa makan dulu. Hmm Solok Lada nya begitu memuaskan hati. Saiznya amat lah besar, makan satu sahaja pun sudah kenyang. Cuma kalau lebih pedas sikit mesti lagi best. Saya memang suka makan pedas. Very good for the first try!

Bertolak pulang dari situ jam 6.00 petang, sampai di rumah kira kira 6.20pm. Entah mengapa, rasa sangat mengantuk dan penat. Terus flat, tido.

Makan malam tadi pun dengan Solok Lada tu jaga. Alhamdulillah. Dapat makan solok lada puas-puas.

Ok, cukup sampai di sini dulu ya. Sekejap lagi nak tukar tayar Naza pula. Lepas tu kalau masih 'rajin' nak update 2 lagi blog saya. He he he, best juga tulis blog ni. Siapa yang belum cuba tu, cuba lah. :)

Pengajaran hidup:
1. Jangan takut untuk cuba sesuatu yang baru. Cuba sebaik mungkin, insyaAllah berjaya.
2. Cobaan Allah di mana sahaja. Nasib baik tayar pancit masa parking kat rumah. Boleh postpone and ambil masa sendiri untuk tukar tayar.

Salam sayang dari Putra Heights.

Wassalam.
::truemax

Weekend outing-visiting my brothers

Salam from myss to all dear Ohana.

What a day.
Actually it's been a long 2 days of weekend holidays.

Yesterday was just staying at home in the morning enjoying breakfast and movies.
Then in the afternoon my family (parents+me+Salman) went to Jeram, Klang to visit my brother Muaz. Hmm..It’s been a while going there. I mean I've been busy with my project the whole semester that this semester I haven't had a chance to visit him. Well the journey was a long one (1 hour plus). I kinda forgot about the long journey part. I felt grateful that now they've improve the road so it took lesser time to reach there. If not, it will feel like a long journey to the kampung with all the traffic jam. Before this I remembered going there after Zohor and reaching home at Maghrib.

Alhamdulillah this time I got to visit him. He's fit and good in shape, enjoying his life at school, I guess which is good. May Allah make it easy for him to become a Hafiz. Amin.

Then, after visiting Muaz, as it was still early-5.30pm so we stopped by Tesco Selayang as Mum wanna do some groceries. We prayed Asar there and bought the things needed. Then we reached home at Maghrib.

It was tiring. I mean the journey was tiring. It’s a good thing I wasn’t the one driving. hehe.

Today, at 11.30 we went to visit Zubair. Well initially the plan was going to Zubair’s school, pick him up and go for outing with him. On the way, Abah called Anas and asked if he wanted to join us. Well he said he wasn’t busy. So, after fetching Zubair we went to Anas’s Casa and picked him up as well. (It was convenient that their schools near)

Again, it’s been a while since I’ve seen my two bros, Zubair and Anas. Well like I’ve said, I’ve been busy the whole sem with my architecture project and been missing visiting my kid bros and also family outings such as when Dad and the guys went to Genting and left me out (ok I have to admit that I was busy so I couldn’t come along..poor me)

After fetching Anas, we decided to go to Sunway Pyramid. (Yeay!)

Well I wanted to go there just to see people ice skating. And of course Zubair wanted to buy things such as kapur kasut (em don’t know what it is in English..shoe whitener? hehe) and things to munch on at the hostel. You know, chips and such.

Anas busied himself trying all the freebies. Drinking the mini testers-all types of yogurt drink, juice, new milo product and indulging in pastas served in small cups n miniature plates of nasi lemak (I forgot what product was that) they even give 2 toothpicks to be used as chopsticks. (imagine how small it is. well if they give it in bigger size, than can’t cater all customers la) Well Anas said, you have to take lots of the sample, if not you’ll still feel hungry. Well that’s my kid bro as he is. haha

Then we went to the skating atrium just to had a look at people ice skating. Well it seemed like loads of fun. (ok, in our family, only Ammar has been ice skating there). I enjoyed looking at the people down there: some in groups, some with family, some with their partners and with different level of skills. Some are newbies, some seemed already pros, skating very fast and even doing figures on the ice rink. Wow..very cool! I thought to myself.hm..well I do wish to go ice skating one day..hehe

Besides that, it was pure joy taking in all the elements of the shopping complex. As I had designed a shopping complex this semester, I still have this passion in shopping complex like seeing the all the spaces (retail, food court, concourse, atrium and all others), the placing of columns, the structure, the fire escape routes, the services, the positioning of the escalator and lifts, the interior, lighting used, finishes and furniture especially the floor patterns and finishes. Hehe. Well there’s this sense of wonder that I feel each time I go to a shopping complex, feeling the sense of awe as I witness all elements that made up a shopping complex and that can determine whether it is a successful one or not. I really loved Sunway Pyramid. All parts of it. It’s a pity that I didn’t get a chance to go there before designing my shopping complex.

After Zohor prayer at the very small surau in Jusco, we had lunch at the Jusco food court. The food was ok I guess.

Then it was bye-bye to my two bros. First Anas, then Zubair. Zubair seemed happy with his school. I guess he loved being school representative for takraw and other sports. Heard that maybe he’ll become a prefect next yeat. Wah..what an achievement. My lil bro..am so proud.

Off to home. Finally.

Ok suddenly there was this request to stop at Selayang Mall coz my only bro left in the car, Salman wanted to by a birthday gift for his friend (haiya-kenapa tak cakap awal-awal? Should have bought at Jusco just now.)

So had to go to Selayang Mall and spent an hour there. I had to force myself to window shop looking around at all the retail outlets, trying on shoes and stuff while Mum went to her favorite shop-the bookstore and Abah went with Salman.

Finally, we got to go home. Coz it was already late, we cancelled our plan to go swimming at the club.

What a day. What a weekend. So tiring~!

But it was worth it spending quality time with family.

It’s been a while. And I enjoyed every second of it ;)

Friday, April 10, 2009

Cerita Masa di Kota Kinabalu

Assalamualaikum,

Baru-baru ini berkesempatan ke Kota Kinabalu dari 5 hingga 9 April 2009. Kak Jie @ Cik @ Dr Aziah ada workshop di Shangri-La Rasa Ria Resort, Pantai Dalit, Tuaran, Sabah. Perjalanan dari bandar KK ke resort ini mengambil masa lebih 40 mins dengan jarak lebihkurang 35 km.

Sebab jarak yang jauh, memang tak sempat nak pergi berjalan la sebab tak ada transport. Hari ketiga dan keempat baru boleh berjalan-jalan ke bandar KK dengan meminjam kereta kawan. Kawan ni dulu kerja di Kelantan, sekarang dah balik kerja di Pangkalan TLDM Teluk Sepangar, KK. Kereta dia pub beli kat Kelantan dulu. (Lesson 1: Bagus ada ramai kawan)

Di Sabah, waktu subuh lebih awal sebab terletak lebih timur dari semenanjung Malaysia. So, kena bangun awal untuk solat, tapi boleh tidur balik kan...

Hari keempat, pergi ke pasar kraftangan atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipin di KK. Macam-macam ada, biasanya orang beli mutiara dan yang serupa dengannya, atau pun kraftangan lain macam kain alas meja dan keychain, janji ada buah tangan untuk dibawa balik. Ikan kering dan kuih cincin pun ada jugak.

Kami membeli banyak la jugak, jadi lupa nak kira dengan detail, cuma bila keluar dari pasar tu dan sampai di 1 Borneo (satu shopping complex yang dikatakan terbesar di Malaysia Timur -- memang besar pun, lebih besar dari KB Mall ni), baru la otak ni mengira-ngira apa yang dibeli. Baru la terperasan yang penjual tu silap kira dengan perbezaan lebih RM100! Bila kami balik ke kedai tu, dah tutup (masa tu pukul 8.00 malam). Esok dah kesuntukan masa.

Esoknya, hari terakhir, shuttle bus ke airport bertolak pukul 2.45 ptg dari resort dan sampai hampir pukul 4.00 ptg. Penerbangan pukul 5.30 ptg. Jadi kami ambil teksi dari airport ke bandar lebihkurang 10min perjalanan dan sempat ke kedai yang semalam tu. Alhamdulillah, dapat balik duit tu, tapi kena perabis la jugak RM40 untuk duit teksi... sambil pusing-pusing bandar KK. (Lesson 2: Bila beli barang, kena check balik, betul ke apa yang dibeli dengan apa yang dibayar, kalau tak jadi macam kami!).

Flight delay dalam 30 min dari KK, tapi sempat la dengan penerbangan ke Kota Bharu pukul 10.30 malam. Sampai di KLIA pukul 9.00 malam, dan baru dapat tahu barisan menteri kabinet secara detail.

Last lesson for this time: Ketahui tempat kita nak pegi dan buat perancangan awal-awal. Contohnya, tempat tu kat mana dan berapa jauh dari town; dan telefon kawan lebih awal untuk dapatkan bantuan...

Till next time...

Thursday, April 9, 2009

Seminggu di Bukit Jalil

Assalamualaikum

Nampak cam senyap aje blog ni 2-3 hari ni. Meh nak cerita pasal routine harian yang dah berubah.

Masa kerja Flextronics Shah Alam last month, bangun kol 8.10 am pun sempat lagi. Pastu kerja pun relax aje takde la pack sangat. So sempat la check internet selalu.

Hari ni masuk hari ke-7 (tolak weekend) kerja kat Bukit Jalil. So, routine harian bangun kol 6.30 am, solat subuh, iron baju (kat Flextonics pakai T-shirt aje) and buat air. Turun dari rumah 7.45 am dengan bawak segelas air untuk minum dalam kereta (sebab ade 2-3 tempat traffic agak slow). Ada bawak roti jugak sebijik utk makan dalam kereta. :-)

Kat office pulak memang busy habis, tak sempat nak baca news kat Internet. Memang jauh berbeza. Tapi pikirkan umur masih muda dan byk lagi yang perlu dipelajari, jadi tak salah berkerja keras sedikit.

Kalau bab time balik pulak, kat Flextronics, most of the time memang balik kol 5.30pm. Kat tempat kerja baru ni, lepas maghrib baru balik. Average kol 8pm la. Kalau dulu balik petang tu sempat lagi cycling ke main game ke. Skarang ni balik pk nak tido aje dah. Mungkin bila dah lama2 sikit makin terbiasa.

Anyway sebagai pengajaran:
  1. Rancanglah masa sehari-hari supaya tak kekalutan. Time tidur dan bangun pagi tu sangat penting.
  2. Walau sesibuk mana pun kita sehari2, luangkan lah masa untuk membaca at least sepotong ayat Al-Quran. Dalam erti kata lain biar dalam satu hari tu ada masa kita spend utk betol2 kita ingat Allah swt. "Ingatlah Allah swt, pasti hati akan tenang."

Take care.
Wassalam.

regards,
Ahmad Firdaus :: Pi :: aerobrain

Tuesday, April 7, 2009

MURSYIDAH ADLINA DAH BOLEH JALAN!!

Hujung bulan ni, umur anak perempuan saya dah setahun, skrg dia dah boleh jalan. Gigi dia dah ada 4 batang. Tapi belum boleh lepas luar rumah lagi. Malam tadi dia tak lena tidur, kurang sihat, selsema. Jadi yg tak cukup tidonya mama ngan dady nya lah, it's ok tanggungjawab kita.. Kalau pk2 balik, riuh rendah anak2 kecil ni sekejap je. Pejam celik anak besar, kita mungkin rindu balik saat riuh rendah yg kadangkala membingitkan skrg ni. Mcm anak admin kita yg sulung dah masuk asrama. Tak rasa kosong ke satu ruang kat umah tu? Ulas sikit admin. Ok. saya nak kena meneruskan tugas murni (frasa yg selalu di gunakan kat skolah ni) kembali. Jumpa lagi, salam sayang utk semua.
----Yayang----

Monday, April 6, 2009

Panduan untuk Accept Invitation

Assalamalaikum ...

Saya sebagai co-admin blog ini [harap admin tak kesah :-)] terasa terpanggil untuk menulis panduan ini kerana bukan semua ahli keluarga kita ada account google/gmail.

Sekiranya anda menerima email invitation untuk blog ini dan anda tidak mempunyai account google/gmail, anda boleh mengikut langkah2 berikut:
  1. Click kat link invitation, page login/create google account akan keluar
  2. Sekiranya anda ada gmail, anda boleh login dengan gmail anda pada page ini. Sebaliknya, anda boleh click "Create your account now"
  3. Isi semua maklumat yang perlu. Anda boleh menggunakan mana2 email address untuk process registration ini.
  4. Setelah itu, anda boleh login dan mula posting kat blog ni.
  5. Untuk start posting, anda boleh click "New Post" kat atas screen dalam page web browser anda (paling atas, di sebelah email anda).

Diharap semua ahli keluarga dapat memeriahkan blog ini. Ingin saya mengulangi hasrat murni tujuan blog ini adalah untuk kita sama2 mengikuti perkembangan semasa ahli2 keluarga. Anda tak perlu membuat karangan yang panjang, 2-3 ayat pon dah ok actually. Jika tiada orang yang support, maka matlamat tidak akan tercapai.

Apa2 pertanyaan boleh diajukan kepada admin (tanya saya pon boleh jugak .. hehe).

Take Care, Wassalam.

regards,
Ahmad Firdaus :: Pi :: aerobrain

Rutin Hari Ahad - AZ

Assalamu'alaikum.

Berikut ini adalah serba sedikit tentang rutin hari Ahad saya dan keluarga.

Pagi bangun, solat Subuh. Sarapan pagi, bergantung kepada keadaan, sama ada Azah masak di rumah atau beli nasi lemak. Tetapi semalam kami ke Pasar Tani Mega di kawasan Stadium Shah Alam. Rupa-rupanya Su Pi juga ke sana semalam, tetapi kami tidak bertembung, agaknya kerana kami sampai lebih lambat. Kami bersarapan nasi lemak di sana. Membeli sedikit sayuran dan lauk pauk. Sedikit gambaran susana di sana.





Juga, tujuan utama kali ini ialah untuk membeli Orkid! Azah sekarang tengah minat menanam pokok bunga Orkid.

Pulang dari Pasar Tani itu, aktiviti bebas.
Saya teruskan aktiviti saya berinternet, dan kemudianya sambung dengan hobi saya Radio Controlled Helicopter (http://rotormax.blogspot.com). Azah terus menumpukan perhatian kepada kebun bunganya, di bantu oleh Sakinah, manakala Husna dan Ruzana dengan aktiviti sendiri, sama ada menonton TV atau berinternet.

Selepas solat Zuhur kami sudah mula sibuk untuk menyiapkan barang-barang Sakinah untuk ke asrama. Dia perlu masuk ke asrama selewat-lewatnya jam 6pm. Pelbagai barangan perlu disediakan, termasuklah kain baju, buku-buku sekolah yang dibawa balik untuk menyiapkan kerja rumah dan juga ulang kaji, air mineral, makanan dan lain-lain.

Sebaik selesai solat Asar, kami bertolak dari rumah, singgah sebentar di Pasaraya Giant untuk membeli beberapa barang keperluan dan makanan untuk Sakinah di asramanya. Tiba di sekolahnya kira kira jam 5.45pm.

Kira-kira 6.30pm sampai semula di rumah. Kadang-kadang, dalam perjalanan balik, kami akan singgah dulu di pasaraya untuk membeli barangan keperluan rumah, dan akan sampai hanya selepas Maghrib ataupun lebih lewat daripada itu.

Sekian dahulu untuk kali ini. Begitulah lebih kurang aktiviti hari Ahad kami.

Pengajaran hidup:
1. Semua orang ada 24 jam sehari. Hendaklah gunakan dengan sebaiknya.
2. Pastikan tidak ada melakukan maksiat dalam kehidupan seharian. Berseronok dan bersantai dengan batas-batas agama.
3. Solat 5 waktu, hendaklah dijaga, walau sesibuk mana sekalipun.

Salam sayang dari kami sekeluarga untuk semua.
Wassalam.

::truemax

Sunday, April 5, 2009

Sabtu & Ahad yang padat

Assalamualaikum

Weekend kali ni agak padat bagi saya.

Hari Sabtu saya pegi Honda Service Center kat Glenmarie utk service kereta. Saya sampai di tempat service kereta tu dalam jam 8.30 am, ingatkan dah awal. Rupa2nya diorg ada system appointment. So dah ade 64 org buat appointment prior to the day. So hasrat saya untuk check VSA (Vehicle Stability Assist) tak kesampaian. Walaubagaimanapon sempat buat regular service sebab previous owner dah lama tak service kat Honda. Regular service pon take me 4 hours to wait there, sit, watch tv, drink some free coffee and do nothing. Should bring laptop next time at least can do something. Saya sempat buat appointment next week utk check VSA. Luckily org kat Honda Service ckp, kereta tu kira under warranty lagi, so maybe kalau ada sensor damage, boleh replace free.

After service kereta, saya pergi office utk continue buat design. Baru hari ke 3 kerja dah kena siapkan design. Sebab boss nampak terlalu high expectation, saya pikir2 baik cuba siapkan dengan cepat dulu awal2 kerja ni. Nanti dah lama sikit dah paham system dia macamana, mungkin boleh argue dengan schedule. Hehe. So saya stay office sampai lepas solat maghrib jugak la. Tu pun, tak siap2 lagi jugak.

Hari Ahad ... bangun pagi2, pergi breakfast kat pasar pagi Stadium Shah Alam. Makan nasik berlauk ala2 kelantan style. Lepas tu jalan2 sikit sambil exercise pusing2 tengok bende2 pelik org jual kat situ. Tengah hari pulak, pergi office lagi. Alhamdulillah at least 90% concept dah settle. So sempat solat asar berjemaah kat masjid TTDI jaya before pergi klinik and dinner. Oh .. pergi klinik sebab dah lama rasa gatal2 mata and malam2 bersin. Doktor ckp maybe allergic to something so dapat la ubat titik mata and antihistamine.

Malam ni ada 2-3 jam lagi before tido and esok kerja. Well sebagai renungan bersama berikut pengajaran yang ingin di kongsi bersama:
  1. Jangan anggap sesuatu yang kita rancang sentiasa tepat pada waktunya. Especially kalau bende tu kita tak pernah buat. So, always buffer your time and expect worst case.
  2. Appreciate waktu senang before datangnya waktu busy. Sama jugak appreciate waktu muda before tua. Jadi kalau ada masa terluang, ingatlah kita always ada kerja dengan Allah swt, utk beribadat kepada-Nya.

Till then. Take care. Wassalam.

regards,
Ahmad Firdaus :: PI :: aerobrain

Sabtu Yang Padat

Assalamu'alaikum,

Sedikit update dari saya tentang aktiviti hari Sabtu semalam. Biasanya tidak lah sebegitu padat, tetapi semalam tidak seperti hari-hari Sabtu yang lain.

Mula daripada pagi, jam 7:15am saya menghantar isteri ke Kota Kemuning, ada aktiviti sekolahnya, "Perkembangan Staff", di sana. Kenapa saya perlu hantar.. kerana saya suami yang penyayang.. ho ho. Bukan itu sahaja, sebenarnya saya perlukan kereta kerana saya mahu menghantar kereta wira saya untuk dibaiki. Ya ada kerosakan dengan aircond compressor dan radiator yang bocor.

Kemudian berkejar balik ke rumah untuk menghantar Husna ke kelas taekwandonya yang sepatutnya bermula jam 8:00am. Keretanya laju, jadi on time saja. Alhamdulillah.

Pulang ke rumah, mula call makanik kereta, tapi tak dapat pula. Agaknya masih terlalu awal masa tu. Jadi selepas kira kira jam 10 pagi baru lah pergi ke bengkel yang berdekatan. Tiinggalkan kereta itu, mengikut penjelasan makanik itu, hmm agak menyeramkan, akan kena banyak tu.

Ok, balik ke rumah semula. Aktiviti seterusnya ialah membawa Sakinah ke Klinik Gigi. Ya, gigi nya ada 2 yang sudah bergoyang, sejak 2 minggu lalu rasanya. Sampai di klinik, ramai pula orang menunggu, 6 orang! Di pendekkan cerita, tengah harinya selepas mengambil Azah di Kota Kemuning dan makan tengah hari, sekali lagi kami pergi ke klinik gigi tersebut. 2 batang gigi berjaya dicabut selepas menunggu kira kira 1 jam.

Petangnya ada jemputan doa selamat di rumah jiran, begitu juga selepas solat Isya.

Oh satu lagi, petangnya kereta wira saya sudah siap dibaiki. RM700 kosnya. Harapnya tak mudah rosak lagi.

Begitulah hari Sabtu yang padat.

Pengajaran hidup:
1. Ramai orang sakit gigi, kalau pergi klinik gigi mesti ada orang menunggu. Syukurlah kita dianugrahi kesihatan oleh Allah swt.
2. Selaju-laju kereta turbo pun, perlu masuk kebengkel juga. Begitu juga dengan kita, jangan lupa pengisian hati dan rohani dengan menghadari majlis ilmu dan juga dengan membaca Al-Quran.


Allahu'a'lam.

Saturday, April 4, 2009

Sports Day!!

Pada hari sabtu minggu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan sports day!!. Rumah kuning telah juara seperti tahun lepas..!! Cuba teka saya rumah sukan apa.. Rumah Kuning laa!!!...

Saya telah menyumbangkan 3 perak kepada rumah sukan saya, iaitu untuk acara lumba lari 100 meter, acara lumba lari 200 meter dan juga lompat jauh. Saya juga adalah antara pelari yang darjah lima yang mendapat tempat yang kedua kerana orang yang dapat nombor pertama ialah seorang yang darjah enam. Dia juga telah menjadi olahragawan tahun ini.

Saya telah bekerja keras untuk mendapatkan tempat pertama dan juga untuk menjadi olahragawan pada tahun hadapan. Doalah saya untuk berjaya.

Kereta Baru Seseorang Itu

Assalamu'alaikum.

Ok, ni sudah agak tengah malam, tetapi saya tidak mahu melepaskan peluang ini untuk post kan gambar terbaru, gambar seseorang itu bersama keretanya. :)

Ya, tidak lain dan tidak bukan lagi, dia ialah Su Pi!


Dan ini pula saya, saja mahu tumpang sekaki dan menyibuk dengan aura kereta baru itu.. ha ha ha


Gambar diambil di tempat letak kereta MIMOS, ketika kami mahu pulang dari kerja kira-kira jam 8pm tadi.

Wassalam.

Friday, April 3, 2009

Jalan-jalan Kuching

Assalamualaikum ...

Pada 28-30 Mac
yang lepas, saya dan Ma (Tok Ma) telah pergi bercuti di Kuching. Kami bertolak pada awal pagi (earliest flight) dari LCCT on 28-Mac. Abg Ili (truemax) telah menghantar dan mengambil kami di LCCT.

Program cuti-cuti Kuching ni sebenarnya adhoc plan. Nak dijadikan ceritanya, kawan A
bg Ja (Helmi) telah mengajak saya jalan2 ke Kuching sebab tiket murah (RM80 return). Tapi sebab beli lambat sikit so mahal sikit la around RM140 return. So segala makan minum memang ditaja oleh kawan Abg Ja sepanjang kami berada di sana. :)

Macam2 activity dibuat, antaranya visit Sarawak Cultural Village, ticket dia mahal sket, tapi ok kot sebab ade Cultural Performance skali. Ada jugak buat activity masuk gua and kena panjat sikit2.

Sini ade gambar2 sikit utk dihayati bersama. Sorry lambat post, 2-3 hari ni busy uruskan kereta dan mula kerja baru.



























Nanti ada masa akan post gambar2 lagi kat website.
Take care. Wassalam.

regards,
Ahmad Firdaus :: PI :: aerobrain

TM Services in Kadok

Alhamdulillah, telefon di rumah telah pulih semalam (2/4/09), selepas 30 hari (ya..... exactly 30 hari) mengalami kerosakan akibat kabel dipotong dan dicuri.

Sejak dari bulan Oktober 2008, sejumlah 91 hari telefon tidak dapat digunakan. Bermakna internet pun out la jugak. Tiada apa-apa tindakan ke dari pihak TM untuk mengatasi masalah ini? Kita cuma jaga yang dalam rumah kita aje kan......

Anyway, Alhamdulillah dah boleh guna semula, tak tahu la tahan berapa hari. Susah woooo kalau tak ada internet ni.

Thursday, April 2, 2009

New Job... But Not Really New

Assalamualaikum,

Mulai 1 April 2009 (sama dengan Su Pi), saya mula bekerja sepenuh masa di KPJ Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu. Sebenarnya ini kali kedua, kali pertama pada 2 Jan 2007 hingga 31 Jul 2007. Selepas itu, hanya mengambil upah sebagai 'locum' doctor aje.

Selepas membuat pelbagai pertimbangan dan membuat solat istikharah, saya telah membuat keputusan untuk kembali ke hospital ini.

This is not a really new job, but a new responsibilities.

All the best to Su Pi jugak.

Salam dari Kelantan.

Siapa Kata Kerja Guru Senang?

Assalamu'alaikum.

Malam tadi saya kepenatan, selepas makan malam saya menonton cerita 'The Increadible" di Desney Channel bersama anak-anak. Tapi mula tengok itu pun dah lebih dari separuh ceritanya. Jadi sekejap sahaja pun sudah tamat. Selepas tu ada cerita "Matrix". Ini adalah movie kesukaan saya sejak dulu. Amat teruja saya untuk menontonnya. Tetapi belum 30 minit menonton, saya sudah tewas dan terlelap.. kepenatan.

Kami sekeluarga tidur dahulu. Azah ada kerja yang perlu disiapkan pada malam ini. Perlu siapkan senarai pelajar Kokurikulum untuk tingkatan 4. Pada masa itu saya belum lagi solat Isyak, akan solat bila bangun malam/pagi nanti.

Kira-kira jam 1am loceng handphone berbunyi. Saya bangun bersolat Isyak.

Kemudian mulalah duduk dimeja mengadap laptop menolong Azah. Kami menggunakan applikasi MS Acess dan Excel. Sekolah sudah ada sistem pengkalan data yang mempunyai maklumat yang dikehendaki. Kami perlu extrackkan data dan cetakkan senarai KoKurikulum mengikut kelas, dan juga mengikut kelab, persatuan dan sukan.

Selepas data dipindahkan dari MS Access ke Excel, kami dapati ada pelajar yang tidak mempunyai aktiviti kokurikulum yang betul. Tambahan lagi, taburan agihan untuk persatuan, kelab dan sukan tidak rata, sesetengah aktiviti mempunyai hingga 78 orang yang telah mendaftar manakala ada setengahnya cuma mempunyai 6 orang ahli. Jadi kami terpaksa reassignkan dengan seadil yang boleh.

Di pendekkan cerita, Alhamdulillah, dengan menggunakan tonner yang baru dibeli semalam, kami siap mencetak semua senarai tersebut, agaknya lebih 30 muka surat, pada kira kira jam 3.30 pagi.

Begitulah, siapa kata kerja seorang guru senang? Renungkan kembali. Suaminya pun terpaksa berjaga sama :)

Haa, ada satu lagi yang menarik berlaku pada hari ini. Tengah hari tadi saya sempat cuba pandu kereta Honda Civic 1.8, yang baru dibeli oleh seseorang dari keluarga kita. :) Kereta nya nampak sungguh anggun. Pecutannya boleh tahan, i-VTEC lagi pun. Ok cukup dampai disini dahulu ya.

Wassalam.

Wednesday, April 1, 2009

Start Kerja di Bukit Jalil

Assalamulaikum

Pada hari ini, 1-April-2009, saya telah mula kerja di MIMOS, Bukit Jalil. Bertolak dari rumah 7.45am sampai di MIMOS ngam2 8.30am.

Macam biasa, first day, ade sign2 form sikit then duduk kat ofis tak buat apa2 until almost 12pm, boss panggil utk bagi short briefing. Lepas tu dia ada suruh try2 assemble product.

After lunch, around 3pm, boss dah panggil join project meeting dengan department lain.

So far, still energetic and look forward to go to office tomorrow.

Wassalam.

regards,
Pi

Pengenalan Keluarga Saya - AZ

Assalamu'alaikum.

Hari saya biasa sahaja. Bermula dengan solat subuh di pagi hari. Kemudian bersiap untuk menghantar Husna ke sekolah. Selalunya Azah menghantar Husna ke sekolah dan saya menghantar Ruzana ke tadika kira kira jam 8. Tetapi pada hari Rabu (hari ini) Azah akan ke sekolah lebih lewat kerana dia akan mengajar di kelas pada sebelah petang, jadi jadual penghantaran diterbalikkan.

Hmm.. agaknya, lebih baik saya perkenalkan dulu keluarga saya, baru lah cerita ini semua dapat difahami dengan mudah.

Nama saya AhmadZ, tinggal di Subang Jaya, Selangor. Isteri saya Azah, guru di Sek. Men. Teknik. Anak sulung saya, Nur Sakinah, sekarang belajar di SM Agama Tengku Ampuan Jamaah, di Shah Alam (di asrama). Nur Husna ialah anak kedua, dalam darjah 4 di SK Alam Megah 3 dan yang bongsu Nur Ruzana, 5 Tahun, belajar di Tadika IIUM Montessori.

Ok, sekarang lebih jelas bukan? Saya sambung ceritanya. Saya bertolak dari rumah agak awal dari biasa iaitu 7.50am, mahu sampai jam 8.30am di tempat kerja. Walaubagaimanapun, kesesakan yang teruk berlaku di Puchong sebelum memasuki KESAS highway. Hanya jam 8.45am baru saya tiba di pejabat. Biasanya perjalanan ke tempat kerja mengambil masa lebih kurang 25 ke 35 minit, kali ni hampir satu jam. Tetapi tidak ada masalah, cuma lewat sedikit sahaja.

Waktu tengah harinya saya ke Bandar Kinrara untuk membayar loan kereta di bank dan juga singgah di sebuah kedai komputer di situ untuk membeli tonner printer saya yang sudah hampir habis. Berpeluh-peluh saya, tengah hari yang terik dan kereta saya pula aircondnya sudah lama rosak, berlum lagi dibaiki.

Ada sesuatu berlaku di sekolah Sakinah tadi, dia telefon Azah. Kalau ada kesempatan di lain kali saya cerita.

Sekarang jam 7.36pm saya masih di pejabat. Akan segera pulang selepas selesai Solat Maghrib.

Wassalam.