Assalamualaikum
Tajuk posting kali ini cuti sekolah, walau bagaimanapun ianya ditulis setelah berakhirnya cuti sekolah. Jadi, selamat bersekolah semula kepada yang bersekolah termasuk guru-gurunya sekali.
Sempena cuti sekolah ni, di kampung Tok Ma meriah seperti hariraya kerana semua orang balik ke kampung, walaupun tidak secara serentak.
Mendahului senarai balik ke kampung ialah Adli dan Adlan yang pertama kali terbang balik ke kampung. Adli muntah dalam kapalterbang, mungkin terkena 'airsickness', tapi tak lah teruk sangat.
Adli dan Adlan di atas Travellator, KLIA
Di dalam penerbangan
Selepas itu Ayah Pa dan keluarga menyusul, tanpa Kak Huda. Ammar memang la tak ada kat Malaysia. Selepas itu Ayah Ili dan Su Pi.
Pada hari Ayah Pa nak bertolak balik, Adli mengalami luka di lengan kanan. Lukanya besar dan dalam. Walau bagaimanapun, setelah dirawat, insya-Allah beliau akan sembuh dengan parut di lengan.
Tangan Adli, nampak jelas kesan jahitan.
Hari yang sama Ayah Pa bertolak balik ke Kuala Lumpur dan Cik Yang balik ke Kadok.
Dan mulai semalam, suasana di kampung sepi kembali, cuma tinggal keriuhan ayam dan itik, dan ikan-ikan yang tidak bersuara belaan Tok Ma.
Ikan Tok Ma dalam mangkuk, menunggu anak cucu balik ke kampung nanti.
Semoga semuanya akan selamat sejahtera dan dilindungi Allah sentiasa. Wassalam
9 UX Secrets
-
*1 Observe What People Create*
*2 Design For Mobile First*
*3 Fuel Your Design With Empathy*
*4 You Can’t Design Experiences*
*5 Your Baby Might Be Ugly*
...
8 years ago
Macam mane tangan adli jadi camtu yer???
ReplyDeleteYup, ammar tiada di Malaysia...hehe.. skarang dekat czech republic...
insyaALLAH esk bertolak balik...which means... back to school and back to work..hehe...
semoga semua org sihat sejahtera...and yg sakit2 tuh cepat sembuh...
May ALLAH bless you all...
Salam semua,
ReplyDeleteHarapnya tangan Adli sudah sembuh.