Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum....

Bulan Mei ini banyak betul hari yang disambut, tu tak termasuk hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu.. just joking.

Hari ni, 16 Mei merupakan Hari Guru atau Teacher's Day, dan mungkin disebut dengan bahasa-bahasa lain juga, tetapi makna dan pengertiannya tetap sama.

Guru merupakan seorang yang paling berjasa kepada kita semua. Secara formal, kita semua ke sekolah dan guru merupakan orang yang bertanggungjawab mengajar kita di sekolah, dari buta huruf kepada boleh membaca dan mengira. Yang tidak formal pula, mereka yang mengajar kita membuat sesuatu seperti bercucuk tanam, bermain, memasak dan sebagainya juga boleh dianggap sebagai guru.

Sesungguhnya kerjaya sebagai guru merupakan kerjaya yang paling mulia kerana tanpa mereka tidak akan ada sesiapa yang terpelajar di atas dunia.

Di dalam keluarga kita ini ramai yang menjadi guru dan juga pensyarah. Ayah Pa, Acik Iza, Acik Jie, Acik Azah dan Acik Yang semuanya guru dan pensyarah. Tok Ma dan Tok Ayah pun dulu bekas guru. Sesungguhnya jasa kalian amat besar kepada kami semua dan kepada negara amnya.

Selamat Hari Guru, cikgu!

5 comments:

  1. Selamat Hari Guru juga.. to all teachers..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Guru kepada semua .. tanpa disedari, saya juga mungkin seorang guru .. kita semua seorang guru secara tidak formalnya .. jadi marilah kita menunjukkan contoh yang baik. :-)

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan Su Pi. Su Pi guru dalam bidang IT dan digital fotografi.

    ReplyDelete
  4. Saya amat setuju dengan Abe Ja dan Pi juga.

    Selamat hari guru untuk semua guru, bekas guru, bakal guru sama ada secara formal atau tidak. :)

    Jasamu tetap dikenang.

    ReplyDelete
  5. betul2..slamat hari guru kpd semua! samada formal or informal.hehe.

    ReplyDelete