Friday, May 1, 2009

Motor Jaguh Putus Rantai

Hari ni Jumaat, 1 Mei 2009. Hari Pekerja. Di Kelantan cuma cuti 2 hari macam biasa iaitu Jumaat dan Sabtu, cuti hujung minggu katakan. Sementara di negeri-negeri di mana cuti hujung minggunya jatuh pada hari Ahad, bolehlah bercuti selama 3 hari (sebab tu Su Pi sempat balik ke Kadok!). Dulu saya pernah menghantar email kepada KSN (Ketua Setiausaha Negara) mencadangkan agar sekiranya cuti hujung minggu jatuh pada hari Jumaat, boleh diganti pada hari Ahad untuk negeri-negeri yang bercuti pada hari Jumaat, dan jika jatuh pada hari Ahad, digantikan pada hari Jumaat sebelumnya lagi bagi negeri-negeri yang berhujung minggu pada hari Ahad. Jadi, konsep 1Malaysia (masa belum timbul pun pasal 1Malaysia ni!) boleh diperkuatkan apabila kita bercuti bersama-sama. Malangnya tiada apa-apa jawapan dari KSN.

Jadi, apa kaitan dengan tajuk di atas? Hari ini saya pergi ke majlis aqiqah pensyarah saya di Cherang Ruku, Pasir Puteh. Sesiapa yang tak tahu di mana Cherang Ruku ni, balik nanti kita bawa gi jalan-jalan ke Pantai Bisikan Bayu dan Tok Bali.

Saya pergi sebelum solat Jumaat lagi, selepas makan terus pergi solat Jumaat di Masjid Kg Lembah, berhampiran dengan rumah beliau. Selepas solat, jam 2 petang, bertolak dari situ untuk ke tempat kerja (shif mula pukul 3 petang), sampai di simpang untuk ke Tok Bali, tiba-tiba saja rantai motor putus, dan tayar belakang terus terkunci. Alhamdulillah, tak jatuh dan terus tolak motor ke tepi jalan dengan sedikit kepayahan.

Alhamdulillah juga, ada kedai kopi dekat simpang itu, dan ada hamba Allah yang sudi menolong, pergi mencari peralatan dan rantai untuk diganti. Saya juga menghubungi kawan yang bekerja di Pangkalan Udara Gong Kedak dan beliau juga datang membantu. Disebabkan kerosakan dah di'diagnosis'kan lebih awal, kerja menjadi lebih mudah. Walau bagaimanapun, terpaksa menghabiskan masa lebihkurang 2 jam di situ.

Alhamdulillah sampai di tempat kerja pukul 5.15pm. Nasib baik hari ni locum (public holiday) kalau shif biasa, kena ganti atau kena potong gaji!

Moral of the story: Kalau pakai kenderaan, kena tahu dan reti serba sedikit tentang kenderaan kita, jadi senang untuk meminta bantuan. Dan, macam biasa, berkawan dengan ramai orang, bermusuh jangan sekali.

Itu saja untuk kali ini... Selamat Hari Pekerja dan berhati-hati di jalanraya.

4 comments:

  1. alhamdulillah segalanya ok .. nasib baik rakyat malaysia kita saling bantu-membantu :-)

    ReplyDelete
  2. jalan, berhati-hati sket...setiap ujian perlu dihadapi dengan senyuman.he3

    ReplyDelete
  3. Salam Abe Ja,

    Alhamdulillah, walaupun tayarnya 'locked' akibat rantai putus itu, tidak ada kejadian yang tak diingini berlaku. Memang bahaya jika perkara seperti itu berlaku sewaktu dalam perjalanan.

    'diagnosis' tu macam check penyakit kat hospital je bunyinya :)

    Wassalam.
    ::truemax

    ReplyDelete
  4. Ya la.. bila kita tahu apa penyakit dia, senang nak rujuk ke doktor mana. Macam motor atau kereta jugak, kalau tahu masalah dia senang la nak minta tolong orang. Kalau cakap 'motor rosak la, tak tahu sebab apa', orang nak tolong pun susah, kan..kan..kan (kan3)

    ReplyDelete