Alhamdulillah ..
Pada 2-Disember-2011, telah diadakan majlis bercukur dan aqiqah ahli keluarga baru kita. Hari ini juga merupakan hari ke-7 umurnya.
Majlis bercukur yang bermula pada 8 pagi itu disambut secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ahli keluarga kedua-dua belah Tok Ma's dan ahli kariah Batu 10 dan juga Padang Kala (tempat Tok Ayahnya memberi kuliah). Seekor kambing turut tumbang pada hari sebelumnya untuk persediaan makan-makan pada hari tersebut.
Mari sama-sama kita memanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt atas kurniaan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ummi Qamarina yang telah berjuang melahirkannya. Juga sama-sama kita mengingati pengorbanan ibu-ibu kita melahirkan kita semua. Semoga Qamarina membesar sebagai muslimah solehah. Itulah namanya
Qamarina binti Ahmad Firdaus. :)
Terima kasih banyak-banyak juga kepada ahli-ahli keluarga yang membantu menjayakan majlis ini, tidak lupa juga ahli-ahli keluarga di KL yang telah datang melawat Qamarina sejurus selepas melihat dunia ini. Juga kepada Tok Ma yang telah menjaga Qamarina di KL selama 5 hari sebelum pulang ke kampung. Terima kasih.
Take care.
Wassalam.
:: Ahmad Firdaus :: Pi :: aerobrain ::
alahai cute nyer.....
ReplyDelete