Tuesday, July 21, 2009

Lawatan ke Lembah Kelang

Assalamualaikum semua.

Disebabkan Ili ada sebut pasal saya dalam postingnya terdahulu, saya nak jelaskan lah di sini apa tujuan saya berada di Lembah Kelang ni selama 5 minggu.

Program rasminya ialah menghadiri taklimat di Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya, iaitu mendengar taklimat yang disampaikan oleh pegawai-pegawai di kementerian mengenai fungsi dan tugas setiab bahagian, cawangan dan unit di kementerian. Ini adalah sebahagian dari program dalam penagajian Masters in Community Medicine (Sarjana Perubatan Masyarakat).

Di samping itu, kami juga dapat melihat bagaimana bilik gerakan dijalankan dalam menghadapi ancaman wabak penyakit H1N1 dan juga demam denggi. Kami juga melawat ke Kem PLKN Setia Ikhlas, Semenyih untuk membuat penilaian kesihatan persekitaran di situ.

Kem PLKN

Saya tinggal di kuarters Hospital Serdang, kebetulan ada kekosongan di situ, dan jaraknya pulak tak jauh dari Putrajaya.

Krts Hosp Serdang

Saya juga dah pergi ke rumah Ayah Pa, Yayang dan Su Pi. Ili dan famili dah jumpa hari tu masa Tok Ma ada di Lembah Kelang.

Cik Jie ada transit di sini baru-baru ini dari KBR - PEN - KBR, dan sempatlah pergi jalan-jalan ke KLIA dengan menaiki KLIA Transit dari Putrajaya bersama Adli. Oh ya..tangan Adli dah sembuh tapi ada parutlah, insya-Allah parut tu akan 'mengecil' bila seseorang itu membesar sebab sel-sel parut tak ikut membesar.

To KLIA

Sambil-sambil tu saya sempat juga buat 'locum' di klinik kawan di Puchong Indah, 2 - 3 kali dalam seminggu.

Hingga jumpa lagi...

Saturday, July 18, 2009

Pejam Celik - AZ

Assalamu'alaikum,

Pejam-celik pejam-celik sudah hampir sebulan saya tidak mengutus di sini.

Hmmm apalah alasan yang saya nak bagi ni.. mungkin sebab banyak sangat yang berlaku.. kesibukan yang banyak dalam hal-hal keduniaan, itu lah yang saya persalahkan.

Baiklah, saya mahu mangambil sedikit masa di sini untuk letakkan kemas kini secara ringkas beberapa 'peristiwa' yang telah berlaku.

Pertama, perkara yang telah menyibukkan saya ialah majlis pelancaran MyIdea oleh MOSTI. Alhamdulillah majlis itu telah berjalan dengan lancar pada 8-Jul, bertempat di Tingkat 4 bangunan Pejabat Perdana Menteri, dihadiri oleh PM, TPM dan semua menteri-menteri kabinet. Berdebar-debar betul lah saya. Saya bertugas untuk 'menjaga' sambungan network dan display supaya jangan buat hal, terutamanya dihadapan orang nombor satu negara. Diringkaskan cerita, pada hari tersebut, kami menunggu dari pagi, 8.45am memastikan semuanya sudah sedia, majlis ringkas itu bermula dari jam 2pm hingga 3pm. Ok, jadi dapat lah saya bersalam dengan PM.

Kedua, pada hari yang sama, balik saja ke office, dapat satu berita yang menggerunkan. Tapi keadaan terkawal, Alhamdulillah. Impactnya, extra effort nak kena spend lagi untuk pejabat. Maaf yang ni tak boleh cerita kat sini - classified :)

Ketiga, saya dalam process untuk menerbangkan semula helicopter Ptitsa saya. Hmm yang ni pun mencuri banyak masa saya juga. Cerita terperinci tentang ini boleh diikuti di blog saya yang satu lagi, http://rotormax.blogspot.com.

Dalam pada itu, ada kunjungan dari Ummi dari kampung ke rumah Yayang. Yayang baru saja masuk rumah barunya, tengah mengemas lagi katanya dan masih 'kenjoh-kenjoh' jadi buat masa ni 'no-entry', jangan datang dulu :)

Dalam kesibukan itu sempat saya sekeluarga bermakan malam bersama Ummi, Aerobrain dan juga A_Ja. Oh yaaa, A_Ja juga ada di KL ini, kerana membuat 'practical' di Hospital Serdang. (betul kot ni, kalau salah sila beritahu).

Ini gambar yang terbaik saya rasa.. tak rancang sangat dan tak snap banyak photo pula malam tu.



Terima kasih Ummi untuk kiraman telur itik kegemaran saya.

Ok. Itu saja dulu.

Wassalam.

::truemax