Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri dari Australia


Kami, Huda & Adlan ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, selamat meraikan hari kemenangan dalam kesyukuran. Mohon maaf zahir dan batin.

Kami rindu pada Abah, Ummi, adik-adik - Ammar, Anas, Muaz, Zubair, Salman, nenda kami - Tokma, pak sedara mak sedara - Ayah Ja & Acik Ji, Ayah Ili & Acik Azah, Acik Yang & Ayah Faizal, Ayah Supi & Ciksu dan sepupu2 semua yang berada di Malaysia.

Salam sayang dari kami di perantauan :')

P/s: Kami belum raya lagi hari ni

Thursday, August 25, 2011

Berbuka Puasa Gathering

Pada 13hb Ogos bersamaan 13 Ramadhan yang lepas, Abg Pa telah mengadakan majlis berbuka puasa secara sederhana tetapi meriah. Walaupun sederhana, terdapat 3 jenis akok disediakan oleh tuan rumah dan juga tetamu.

Berikut adalah sedikit gambar2 yang sempat diambil. Gambar sangat sedikit berikut photographer juga ingin makan. :))



InsyaAllah semoga kita berjumpa lagi di kampung pada Aidilfitri ini. Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadhan diterima Allah swt, dan semoga Ramadhan berjaya memberi sedikit sebanyak tarbiah rohani dan jasmani kepada kita. 

Take care. Wassalam.
(sorry atas kelewatan upload gambar)

Ahmad Firdaus :: Pi :: aerobrain

Sunday, June 12, 2011

Cuti Sekolah Jun 2011

Assalamu'alaikum,

Setelah sekian lama saya tidak balik ke kampung halaman di Kelantan, alhamdulillah cuti sekolah baru ni saya berkesempatan walaupun cuma dapat mengamabil cuti 2 hari sahaja.

Sempat saya mengambil beberapa gambar..

Rz menemani Tokma ke reban itik..


Rutin harian tokma bersama itik-itik peliharaannya:

Makan malam bersama-sama, akan tetapi tak semua orang ada dalam gambar n..



Esoknya kami ke Pantai Irama, Bachok, Kelantan..



Makan pelbagai makanan di situ termasuklah pulut pauh dan pulut durian..


Kemudiannya, sessi 'bermain air' pun bermula..




Esoknya, pagi-pagi lagi Tokma ke warung berdekatan, kepunyaan Imam Hassan, untuk membeli 'Nasi Berlauk' untuk keluarga..


Lebih kurang jam 10 pagi, keluarga Yang bertolak kembali ke Selangor..


Keluarga saya bertolak lebih kurang jam 3.30pm, singgah di Masjid Raub untuk solat dan makan malam..


Wassalam.

Truemax
10 Rejab 1432H (Ahad)

Friday, March 25, 2011

A_Ja & K_G ke Umrah

Assalamu'alaikum,

Ini sedikit gambaran pada waktu A_Ja & K_G bertolak untuk mengerjakan Umrah pada 9 Mac 2011 dan kembali pada 21 Mac 2011.

Semoga Ibadat Umrahnya dan ibadat yang lain lain mendapat ganjaran berlipat kali ganda dari Allah s.w.t.

Saya biarkan gambar gambar ini bercerita lebih lanjut..


Terima kasih.

Truemax
19 RabiulAkhir 1432H, Jumaat

Tuesday, March 22, 2011

Perkahwinan Aerobrain & Beep, Feb 2011

Assalamu'alaikum,

Saya mahu kongsikan juga sedikit gambaran daripada majlis perkahwinan tersebut..

Dengan ucapan semoga ceria selalu dan berbahagia di dunia dan akhirat.


Wassalam.

Truemax
16 RabiulAkhir 1432H, Selasa

Tuesday, March 8, 2011

Majlis Perkahwinan

Pada 3 & 4 Februari yang lepas telah berlangsung majlis perkahwinan saya (aerobrain). Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada semua ahli keluarga yang telah membantu menjayakan majlis yang disambut sederhana tetapi meriah ini.

Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa kalian.

Berikut adalah sedikit gambar2 dari photographer (Helmy & Nisa):



Can't see the slideshow? Click here to go to the album: My Wedding

Wassalam.

Take care.

aerobrain :: Ahmad Firdaus :: Pi

Monday, January 17, 2011

Wedding Kak Huda Episode II & Tok Ma Visit

Salam untuk semua,

Alhamdululillah, kenduri Kak Huda episode II juga sudah selamat berlangsung dengan lancar. Untuk tujuan itu, Tok Ma datang untuk menghadirinya.

Berikut sedikit gambar yang sempat dirakami. Kamera saya yang rosak sebelum ni baru siap dibaiki sehari sebelum ketibaan Tok Ma di KLIA, yang mana Tok Ma sudah ketinggalan kapal terbang sehari sebelumnya akibat hujan lebat dan air membanjiri jalan-jalan di Kelantan. Walapun 4x4 Storm A-Ja tidak ada masalah untuk mengharunginya, kenderaan lain yang jem dan tersangkut oleh air telah menyebabkan kelewatan tersebut.

Walaubagaimana pun, syukur alhamdulillah, semuanya perjalan dan majlis berakhir dengan baik.



Wassalam
::truemax
12 Safar 1432H, Isnin