Monday, August 9, 2010

Panjat Bukit Broga

Assalamualaikum ..

Pada 17-Julai dan 8-Ogos, kami telah beramai-ramai ke Bukit Broga.

Tema activiti ini adalah "Badan Cergas, Minda Cerdas"

Berikut adalah gambar2 pada 17-Julai-2010 ...







Berikut adalah gambar2 pada 8-Ogos-2010 pula ...





Activiti ini adalah sempena sebelum puasa. Kalau tak ada post lain sebelum puasa, saya bagi pihak OHANA KAMI ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga kita sama2 berusaha meningkatkan amal ibadat kita. Ameen.

Take care. Wassalam.

:: aerobrain :: Ahmad Firdaus :: Pi ::

Sunday, August 1, 2010

Update dari Kampung

Assalamualaikum ..

Berikut adalah sedikit update dari kampung ...

Ma di Pasar Besar Siti Khadijah, shopping utk hari raya

Rambutan sudah masak

Rambutan kuning pun sudah masak

Serati sudah ditambah

Itik sudah ditambah kepada 50 ekor berikutan permintaan telur

Ayam sudah gemuk bersedia untuk 'raya'

Sekian update dari kampung.

:: Ahmad Firdaus :: aerobrain :: pi :: ... terus dari kampung

Sunday, June 27, 2010

Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis pertunangan saya

Salam kepada semua ahli keluarga.

Genaplah seminggu lebih majlis pertunangan saya berlalu.

Pertama sekali, saya amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana majlis pertunangan telah berjalan dengan lancar, meskipun tanpa bekalan elektrik sewaktu tetamu hadir.

Kedua, ingin saya ekspresikan betapa saya amat berterima kasih kepada semua ahli keluarga yang sama-sama telah bertungkus lumus bagi menjayakan majlis pertunangan saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih tak terhingga kepada Abah, Ummi & adik-adik, Tokma, Ayah Ja, Ayah Ili, Acik Yang, Ayahsu Pi, Acik Jie, Acik Azah, Ayah Faizal dan sepupu-sepupuku.

Kepada adik-adik di perantauan, terima kasih atas doa dari jauh. Moga bulan 12 nanti menjanjikan 'reunion' kita satu family :D

Sama-samalah berdoa moga segala urusan dipermudahkanNya terutama agenda seterusnya, iaitu pernikahan dan walimah pula. InsyaAllah.

P/s: Terima kasih kepada Ayah Ili, Acik Azah & family atas pemberian hadiah berupa tuala dengan sulaman 'Selamat Bertunang'..I like!

Sedikit gambar suasana pada hari pertunangan:

Ekspesi Ayahsu Pi setelah mengunyah dan menelan daun sirih.
'Sirih's the best!' katanya.

Hadiah daripada Ayah Ili & family. So sweet..Thanks!

- Gambar kredit kepada Ayahsu Pi sebagai official photographer saya pada hari tersebut ;)

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Saya bagi pihak OHANA KAMI ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu di dalam keluarga kita, terutamanya kepada Bonda/Nenda tersayang Eshah binti Muhammad. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan doa. Sesungguhnya kami bertuah mempunyai role model seperti Ma/Tok Ma. Semoga Ma/Tok Ma sentiasa sihat wal'afiat dan sentiasa mendapat rahmat Allah swt. Hanya Allah yang dapat membalas jasa Ma/Tok Ma terhadap kami semua.



:: OHANA KAMI :: aerobrain :: pi ::

Tuesday, February 16, 2010

Gathering di Rumah Yayang

Assalamualaikum ...

Hari ini pada 16-Februari-2010, telah diadakan gathering secara kecil-kecilan di rumah Yayang berikutan hari ini adalah hari Tok Ma akan pulang semula ke kampung setelah beberapa minggu berada di Kajang.

Seperti biasa, agendanya adalah makan ... kali ini special sikit dengan kehadiran ayam bakar .. yum2 ..

Berikut adalah gambar2nya ...

Take care. Wassalam.

regards,
Ahmad Firdaus :: pi :: aerobrain

Friday, February 5, 2010

Ketibaan Parcel ke Kanada

Keratan Label Xpresspost

Memasukkan dlm tupperware sambil2 tgk ape yang ada

Namanya "Muhammad Hazim Khairullah"



Muhammad Hazim Khairullah
Assalamualaikum ..

Pada hari ini, 4-February-2010, telah diadakan Majlis Bercukur baby baru di rumah Yayang. Baby baru ini jugak telah diberi nama "Muhammad Hazim Khairullah".

Majlis dimulakan dengan upacara memberi makan manisan dan air zam-zam kepada baby dan diikuti dengan upacara menggunting beberapa helai rambut baby (bercukur). Selepas itu, membaca selawat beramai-ramai dan diikuti dengan doa selamat. Upacara kemuncak ialah makan (seperti biasa). :)

Berikut adalah sedikit gambar2 nya:


Tahniah buat Yayang sekeluarga. Semoga kehadiran Hazim akan lebih menceriakan dan membahagiakan kehidupan dunia dan akhirat. Ameen.

Take care.

regards,
Ahmad Firdaus :: pi :: aerobrain