Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri dari Australia


Kami, Huda & Adlan ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, selamat meraikan hari kemenangan dalam kesyukuran. Mohon maaf zahir dan batin.

Kami rindu pada Abah, Ummi, adik-adik - Ammar, Anas, Muaz, Zubair, Salman, nenda kami - Tokma, pak sedara mak sedara - Ayah Ja & Acik Ji, Ayah Ili & Acik Azah, Acik Yang & Ayah Faizal, Ayah Supi & Ciksu dan sepupu2 semua yang berada di Malaysia.

Salam sayang dari kami di perantauan :')

P/s: Kami belum raya lagi hari ni

Thursday, August 25, 2011

Berbuka Puasa Gathering

Pada 13hb Ogos bersamaan 13 Ramadhan yang lepas, Abg Pa telah mengadakan majlis berbuka puasa secara sederhana tetapi meriah. Walaupun sederhana, terdapat 3 jenis akok disediakan oleh tuan rumah dan juga tetamu.

Berikut adalah sedikit gambar2 yang sempat diambil. Gambar sangat sedikit berikut photographer juga ingin makan. :))



InsyaAllah semoga kita berjumpa lagi di kampung pada Aidilfitri ini. Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadhan diterima Allah swt, dan semoga Ramadhan berjaya memberi sedikit sebanyak tarbiah rohani dan jasmani kepada kita. 

Take care. Wassalam.
(sorry atas kelewatan upload gambar)

Ahmad Firdaus :: Pi :: aerobrain