Alhamdululillah, kenduri Kak Huda episode II juga sudah selamat berlangsung dengan lancar. Untuk tujuan itu, Tok Ma datang untuk menghadirinya.
Berikut sedikit gambar yang sempat dirakami. Kamera saya yang rosak sebelum ni baru siap dibaiki sehari sebelum ketibaan Tok Ma di KLIA, yang mana Tok Ma sudah ketinggalan kapal terbang sehari sebelumnya akibat hujan lebat dan air membanjiri jalan-jalan di Kelantan. Walapun 4x4 Storm A-Ja tidak ada masalah untuk mengharunginya, kenderaan lain yang jem dan tersangkut oleh air telah menyebabkan kelewatan tersebut.
Walaubagaimana pun, syukur alhamdulillah, semuanya perjalan dan majlis berakhir dengan baik.
Wassalam
::truemax
12 Safar 1432H, Isnin