Friday, December 31, 2010

Tok Ayah - Lawatan ke KL/Selangor

Assalamu'alaikum,

Berikut sedikit gambar dari lawatan Tok Ayah (Hj. Ismail) ke rumah anak-anaknya di Kuala Lumpur & Selangor.

Lain kali sudilah lagi menjengok kami ya.




Wassalam.

::truemax
25 Muharam 1432H Jumaat

Thursday, December 30, 2010

Perkahwinan Huda & Adlan

Assalamu'alaikum,

Tahniah kepada Huda & Adlan, serentak dengan itu, selamat datang untuk Adlan ke keluarga kami.


Ini sedikit gambar yang terpilih dari kamera saya.. kenangan hari penting untuk mereka.



Wassalam.
::truemax
24 Muharam 1432H

Wednesday, October 13, 2010

Hari Jadi Yayang - Di Sebalik Tabir

Assalamu'alaikum,

Sudah lama saya tak menulis dan berkonsi di sini.. ini sedikit lagi gambar di sebalik tabir (atau "Behind The Scene") daripada entri yang sebelum ini :)

Aksi jurugambar profesional mengambil gambar kek harijadi:

Persiapan untuk memotong kek, pegang pisaunya betul-betul ya (maaf kerana posisi flash yang tak begitu baik)..

Eh, lepas potong kek biarkan pisau macam tu ke.. (?)

Kanak-kanak bermain dan juga orang dewasa "posing"..



Satu lagi aksi jurukamera :)


Sekian, wassalam.

::truemax
3 Zulkaedah 1341H


Sunday, October 10, 2010

Hari Jadi Yayang

Assalamualaikum

Pada 10.10.10 (10 oktober 2010), telah diadakan majlis sambutan harijadi Kak Yang (Acik Yang) secara sederhana tetapi meriah di rumah Truemax (Abg/Ayah Ili) di Putraheights. Terima kasih diucapkan kepada Abg Ili sekeluarga yang sudi menjadi hosts majlis ini dan menyediakan makanan yang begitu byk. (yang tapau tadi pun belum start makan lagi..)

Semoga Allah swt sentiasa mencucuri rahmat kebahagiaan di dunia dan di akhirat buat Kak Yang sekeluarga.

Berikut adalah sedikit gambar2 nya:

kek 2 bijik

adegan potong kek

gambar family Kak Yang (gaya bebas)

gambar ramai2

gambar juadah sebelum majlis bermula .. nyum2
(ade roti jala, nasi lemak, laksam, puding caramel)

Take care.
Wassalam.

aerobrain :: Ahmad Firdaus :: Pi

Aidilfitri. Hari Jadi. Merisik.

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah. Aidilfitri yang berlalu telah memberi peluang untuk beberapa events berlaku. Aidilfitri disambut secara sederhana tetapi meriah di kampung Kadok. Tambahan pula sambutan Hari Jadi Tok Ma pada 15-September-2010 dan juga diikuti dengan majlis merisik seseorang pada 16-September-2010.

Seperti biasa berikut adalah sedikit gambar2 pada Aidilfitri yang lepas:


Hari Jadi Tok Ma juga disambut dengan meriah pada 15-September-2010:

Diikuti dengan majlis merisik untuk menjadi bakal isteri Su Pi:

InsyaAllah Majlis Perkahwinan akan diadakan pada 3 & 4 Februari 2011. Semoga segalanya berjalan lancar dan diberkati Allah swt selalu. Ameen.

Take care.
Wassalam.

:: aerobrain :: Ahmad Firdaus :: Pi ::

Monday, August 9, 2010

Panjat Bukit Broga

Assalamualaikum ..

Pada 17-Julai dan 8-Ogos, kami telah beramai-ramai ke Bukit Broga.

Tema activiti ini adalah "Badan Cergas, Minda Cerdas"

Berikut adalah gambar2 pada 17-Julai-2010 ...







Berikut adalah gambar2 pada 8-Ogos-2010 pula ...





Activiti ini adalah sempena sebelum puasa. Kalau tak ada post lain sebelum puasa, saya bagi pihak OHANA KAMI ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga kita sama2 berusaha meningkatkan amal ibadat kita. Ameen.

Take care. Wassalam.

:: aerobrain :: Ahmad Firdaus :: Pi ::

Sunday, August 1, 2010

Update dari Kampung

Assalamualaikum ..

Berikut adalah sedikit update dari kampung ...

Ma di Pasar Besar Siti Khadijah, shopping utk hari raya

Rambutan sudah masak

Rambutan kuning pun sudah masak

Serati sudah ditambah

Itik sudah ditambah kepada 50 ekor berikutan permintaan telur

Ayam sudah gemuk bersedia untuk 'raya'

Sekian update dari kampung.

:: Ahmad Firdaus :: aerobrain :: pi :: ... terus dari kampung

Sunday, June 27, 2010

Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis pertunangan saya

Salam kepada semua ahli keluarga.

Genaplah seminggu lebih majlis pertunangan saya berlalu.

Pertama sekali, saya amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana majlis pertunangan telah berjalan dengan lancar, meskipun tanpa bekalan elektrik sewaktu tetamu hadir.

Kedua, ingin saya ekspresikan betapa saya amat berterima kasih kepada semua ahli keluarga yang sama-sama telah bertungkus lumus bagi menjayakan majlis pertunangan saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih tak terhingga kepada Abah, Ummi & adik-adik, Tokma, Ayah Ja, Ayah Ili, Acik Yang, Ayahsu Pi, Acik Jie, Acik Azah, Ayah Faizal dan sepupu-sepupuku.

Kepada adik-adik di perantauan, terima kasih atas doa dari jauh. Moga bulan 12 nanti menjanjikan 'reunion' kita satu family :D

Sama-samalah berdoa moga segala urusan dipermudahkanNya terutama agenda seterusnya, iaitu pernikahan dan walimah pula. InsyaAllah.

P/s: Terima kasih kepada Ayah Ili, Acik Azah & family atas pemberian hadiah berupa tuala dengan sulaman 'Selamat Bertunang'..I like!

Sedikit gambar suasana pada hari pertunangan:

Ekspesi Ayahsu Pi setelah mengunyah dan menelan daun sirih.
'Sirih's the best!' katanya.

Hadiah daripada Ayah Ili & family. So sweet..Thanks!

- Gambar kredit kepada Ayahsu Pi sebagai official photographer saya pada hari tersebut ;)

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Saya bagi pihak OHANA KAMI ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu di dalam keluarga kita, terutamanya kepada Bonda/Nenda tersayang Eshah binti Muhammad. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan doa. Sesungguhnya kami bertuah mempunyai role model seperti Ma/Tok Ma. Semoga Ma/Tok Ma sentiasa sihat wal'afiat dan sentiasa mendapat rahmat Allah swt. Hanya Allah yang dapat membalas jasa Ma/Tok Ma terhadap kami semua.



:: OHANA KAMI :: aerobrain :: pi ::