Assalamualaikum ...
Dah lama tak post kat sini. Banyak perkara berlaku sejak last post. Paling significant ialah accident yang saya alami pada hari Sabtu, 1-Ogos-2009. Jadi, hari ini ialah hari ke-10 selepas kejadian tersebut. Semalam, di Kadok, adalah hari pertama saya memandu semula. Alhamdulillah semuanya berjalan baik. Hari ni pula saya memandu Qaswa (kereta Truemax) disebabkan dia terpaksa mengambil EL (Emergency Leave) berikutan sedikit kerosakan pada kereta satu lagi.
Biarlah saya mula cerita apa yang terjadi kepada kereta Civic saya terlebih dahulu. Berikutan ada bunyi di dalam enjin, saya terpaksa menghantar kereta saya untuk Warranty Claim. Alhamdulillah Honda masih lagi mahu membiayai segala kos untuk problem kereta itu. Namun berikutan saya telah melanggar divider dan frame bawahnya rosak, saya terpaksa membuat police report untuk claim insurans.
Berikutan kereta saya berada di bengkel, Yayang dengan baik hatinya telah meminjamkan Kelisa untuk saya gunakan sementara kerete saya berada di bengkel. Namun, dengan takdir Allah swt, pada suatu tengah hari yang cerah, accident telah berlaku menyebabkan Kelisa itu juga terpaksa berada di bengkel sekarang. Alhamdulillah pemandunya iaitu saya tidak mengalami kecederaan yang serius. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yayang sekeluarga kerana cool dan positive dalam hal ini. Juga kepada Abg Ja yang sepantas kilat berada di tempat kejadian dan temankan pergi buat police report. Juga kepada Truemax yang menumpangkan rumah dan kereta utk pergi kerja sehari-hari. Juga kepada Abg Pa, Ma dan semua ahli2 keluarga yang sentiasa mendoakan keselamatan saya.
Saya dengan rasa penuh yakin percaya bahawa ada hikmah di sebalik kejadian. Dengan sokongan semua, saya dapat menerima dugaan dan cubaan ini dengan penuh positive.
Berikut adalah pengajaran yang dapat dikongsi bersama:
- Berhati-hati di jalan raya, jangan lupa pakai seatbelt dan berdoa
- Banyak2 berdoa kepada Allah swt, kalau mendapat rezeki mesti bersyukur ...
- Kalau mendapat musibah dan kesusahan janga putus asa ...
- Apa yang berlaku ada hikmahnya, ambil pengajaran dengan positive dan terus maju
Take care.
Wassalam.
Note: Sorry tiada gambar untuk post ini. Biarlah gambarnya tersimpan dalam talipon sahaja.regards,
aerobrain :: Ahmad Firdaus :: Pi