Sudah agak lama isteri saya, Azah, mahu cuba membuat sendiri Solok Lada. Solok Lada ini ialah sememangnya makanan kegemaran saya dan Azah. Jika pulang ke kampung di Kelantan, kami akan cuba sempatkan untuk membeli dan memakan Solok Lada, masakan original orang Kelantan. Solok Lada yang didapati di Selangor ini amat berbeza kualiti dan rasanya, amat tidak memuaskan hati.
Oh sekarang di TV3 disiarkan Anugerah Bintang Popular 2008. Baru diumumkan Anugrah Penyanyi Popular Lelaki, dimenangi oleh Mawi manakala Penyayi Popular Wanita ialah Dato Siti Nurhaliza. Yang menariknya, Dato Siti Nurhaliza memakai tudung yang lengkap menutup aurat! Semuga dia terus diberi hidayah dan kekuatan oleh Allah.
Ok, berbalik semula kepada topik utama "Solok Lada". Mari saya cerita sedikit dari semalam lagi.
Semalam, saya dan keluarga (Azah, Husna dan Ruzana. Sakinah berada di asrama) pergi ke Jusco IOI Mall untuk membeli belah. Cili hijau yang besar untuk Solok Lada ini pun dibeli di sini lah. Selain daripada itu kami juga membeli buku cerita/novel, "Sayalah Puteri Raja" untuk Husna, "Salju Sakinah" dan sebuah buku Mr. Midnight untuk Sakinah. Sudah lama dia pesan untuk belikan buku cerita ini, sekarang baru sempat beli. Oh juga, Novel "Ayat Ayat Cinta" untuk Azah dan "The Gingerbread Man" untuk Ruzana.
Pagi tadi, kami ke pasar, membeli ikan untuk Solok Lada tersebut dan juga lauk-pauk yang lain. Balik dari pasar tersebut, saya memaksa diri untuk jogging. Walaupun sudah jam 9.30am lebih, saya perlu paksa dan denda diri ini, supaya lain kali tidak lewat lagi untuk berjogging. Alhamdulillah, kira-kira 2km. Oh, waktu keluar ke pasar tadi baru perasan bahawa tayar belakang sebelah kiri kereta Naza pancit! Hmm nanti kena tukar, letak tayar spare.
Selepas sarapan pagi, Azah mula sibuk didapur, resepi Solok Lada didapati daripada internet sahaja. Dia juga menyediakan ayam masak merah dan kerabu daun pegaga. Saya pula berhobi dengan RC Helikopter sekejap, hmm belum sempat lagi update blog rotormax tu.
Jam 2.30pm kami bertolak ke sekolah berasrama Sakinah. Tiba 3 minit sebelum jam 3, hujan dari rumah, sepanjang perjalanan. Di sekolahnya, Sakinah sudah pun menunggu. Alhamdulillah Sakinah ok. Hari sebelumnya dia ada telefon mengatakan kepalanya terhantuk. Tetapi tidak luka.
Kami menyantap makan tengah hari. Ya, ya, baca doa makan dulu. Hmm Solok Lada nya begitu memuaskan hati. Saiznya amat lah besar, makan satu sahaja pun sudah kenyang. Cuma kalau lebih pedas sikit mesti lagi best. Saya memang suka makan pedas. Very good for the first try!
Bertolak pulang dari situ jam 6.00 petang, sampai di rumah kira kira 6.20pm. Entah mengapa, rasa sangat mengantuk dan penat. Terus flat, tido.

Makan malam tadi pun dengan Solok Lada tu jaga. Alhamdulillah. Dapat makan solok lada puas-puas.
Ok, cukup sampai di sini dulu ya. Sekejap lagi nak tukar tayar Naza pula. Lepas tu kalau masih 'rajin' nak update 2 lagi blog saya. He he he, best juga tulis blog ni. Siapa yang belum cuba tu, cuba lah. :)
Pengajaran hidup:
1. Jangan takut untuk cuba sesuatu yang baru. Cuba sebaik mungkin, insyaAllah berjaya.
2. Cobaan Allah di mana sahaja. Nasib baik tayar pancit masa parking kat rumah. Boleh postpone and ambil masa sendiri untuk tukar tayar.
Salam sayang dari Putra Heights.
Wassalam.
::truemax
Nanti boleh buat hok lain pulak... Nasi dagang, nasi kerabu. Telur jeruk tok ma ada lagi nie...
ReplyDeleteInsyaAllah, boleh boleh.. saya makan saja, orang yang buat tu penatnya :)
ReplyDeletetahniah kpd acik azah kerana berjaya menyediakan solok lada yg best.hehe
ReplyDeletewah fmly ini mmg suke membaca ye.bagus2.saya pun suke membaca juga.
wah lagi.ayah ili suke denda dirinya exercise rupanye.sungguh berdisiplin.keep it up!
novel "Ayat-ayat Cinta" tu best jugak. Sempat baca time kerja kat Penang last year. Pinjam dari kenalan kat Penang. :-)
ReplyDeletemyss,
ReplyDeletehmmm memang membaca amalan mulia.. kalau perasan saya tak ada beli buku kan.. he he he.. saya suka bacaan teknikal, biasanya download dari internet. Kalau tak pun, baca kisah hidup orang kat blog-blog. :)
-pi,
Saya mencari-cari novel apakah yang terbaik dan paling sesuai. Jadi jumpalah tajuk-tajuk yang ni, yang Islamik sesuai untuk bacaan kita, semoga mendapat faedah juga. Cuba cari "Di atas Sejadah Cinta" tapi tidak ada, hampir beli "Tika Cinta Bertasbih". Tapi kesudahannya belikan "Ayat-Ayat Cinta" dan "Salju Sakinah" dahulu. InsyaAllah, umur panjang, nanti boleh yang lain pula.
Yup .. "Ayat-ayat Cinta" byk jugak selit ayat2 Quran. Saya ada download movie dia jugak. Tapi buku dia lagi detail, movie dia terlalu simplified.
ReplyDeleteSetuju.. itu lah antara sebabnya.
ReplyDeleteKalau tak silap movie dia ada lagi dalam recorder saya. Kalau Pi dah ada boleh lah saya padam yang ni. :)
ayat2 cinta ni best sesangat ke? kisah dia pasal apa? ni nak kena cari gak ni... dah lama tak baca novel, kalau baca pun jarang habis.. ingat ke myss ngan pi je yg baca buku camtu..he he
ReplyDeletekisah seorang lelaki yang ramai perempuan minat kat dia .. tapi lelaki ni kira alim la .. camtu la lebih kurang .. tapi byk selit ayat2 quran sepanjang cerita dia .. boleh la kalu nak baca memenuhi masa lapang :-)
ReplyDeletehaha.bukan ke cite ayat2 cinta tu da lama ke? hm dlu ade pinjam kat kawan jugak.mmg bes la ble baca.novel yg penuh dgn nasihat dan pengajaran dalam bentuk cerita. tp x suke tgk ble dia da wat jadi muvi.cite tu jadi x best n macam da x suci da.
ReplyDelete