Saturday, April 25, 2009

Seminggu Sudah Berlalu - AZ

Assalamu'alaikum.

Seminggu sudah berlalu dari entri terakhir yang saya poskan. Maka adillah bagi saya untuk meluangkan diri mencoretkan sedikit kemas kini tentang saya dan keluarga pada hari ini.

Minggu yang sibuk, masa bagaikan kereta turbo yang berlalu laju, cuma tidak lah sebising ekzos kereta turbo itu kan.

Rutin biasa kami berjalan seperti biasa, saya ke pejabat setiap hari dan Azah ke sekolahnya, cuma Husna demam sejak hari Ahad baru ni. Pagi Ahadnya dia mula rasa tak sedap badan, namun digagahinya juga untuk pergi ke sekolah, hari itu ialah hari sukan sekolahnya. Dia mengambil bahagian dalam pertunjukkan taekwando. Pada hari Isnin malam, kami membawanya ke klinik untuk pemeriksaan dan mendapatkan ubat. Demam, Batuk dan Selsema, itu lah kombinasinya, mendapat antibioatik dan MC untuk hari beikutnya (Selasa). Pada hari Rabu malam, demamnya masih lagi belum pergi, cuma turun sekejap selepas makan ubat demam dan suhu badannya naik lagi selepas daripada itu. Apabila diperiksa, suhunya dalam lingkungan 38.2 C dan 38.4 C. Mujurlah Dr Abe Ja senang dihubungi, atas nasihat Dr Abe Ja, saya membawa Husna ke klinik pada malam itu. "..minta refer ke hospital.. Kalau nak try ubat pun boleh, tapi kena observe la", itu SMS dari Dr Abe Ja. Terima kasih Abe Ja.

Di klinik, doktor yang memeriksa mendapati suhunya 38.6 C. Akan tetapi dia tidak begitu risau dan memberi lagi ubat yang seakan sama, dan tiada antibiotik lain yang diberikan. "Habiskan antibiotik itu dulu" katanya, "dan bagi ubat deman setiap 4 jam". Ok itu samalah dengan yang Dr Abe Ja cakap dalam SMS tu. Kami pulang dan melaksanakan nasihat doktor-doktor tersebut. Alhamdulilah, paginya sudah bertambah baik. Husna MC satu hari lagi pada hari Khamis dan hari Jumaatnya dia sudah boleh ke sekolah. Alhamdulillah.

Azah pula sibuk dengan kegiatan Kejohanan Antara Teknik (KAT) di sekolahnya. Entah macam mana, sekolahnya menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Antara Sekolah-Sekolah Teknik itu. Tambahan lagi dia bertugas sebagai setiausaha ko-korurikulum di sekolah itu. Hmmm memang sibuk dengan sangat. Bukan sahaja perlu melaksanakan tugas-tugas tambahan itu, malah perlu melayan kerenah-kerenah guru-guru juga.

Saya? Hmmm saya seperti biasa mesyuarat sana sini (dalam kampus pejabat sahaja). Tapi yang saya sukanya, bila mesyuarat ada karipap :) . Ha memang saya amat suka karipap. Kalau karipap sardin lagi best.. biasanya saya beli karipap sardin 2 ringgit hampir setiap pagi hari Rabu. Tapi kalau dalam mesyuarat tu, karipap apa pun saya belasah saja. He he he.

Ok. Sekali lagi terima kasih Dr. Abe Ja. Dan kepada Ummi dan keluarga yang lain-lain, tak perlu risau ya. Kami sekeluarga ok saja di sini. Alhamdulillah.

Sekian, salam sayang dari kami.

Wassalam.
::truemax

5 comments:

  1. alhamdulillah segalanya baik .. begitulah nampaknya, masa berlalu sangat pantas .. lots of things to do, so little time

    ReplyDelete
  2. Yep yep.. so many things, so little time.

    Semoga kita tak tersalah pilih which to do first.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, Husna dah sihat semula. Bagi nasihat ikut telefon ni tak berapa tepat sebab tak tengok sendiri pesakit, sbb tu Abe Ja suruh gi klinik jugak.

    ReplyDelete
  4. Abe Ja,
    Setuju tu.. at least dapat tau sama ada perlu pegi klinik ke tidak. Kalau tak, nanti buat macam biasa sahaja walaupun keadaan dia bahaya.

    ReplyDelete
  5. ok mcm baru tau ayah ili suke mkn karipap.yum..saye pun suke sgt karipap especially karipap sardin.mmg bes.hehe

    ReplyDelete