Monday, April 6, 2009

Rutin Hari Ahad - AZ

Assalamu'alaikum.

Berikut ini adalah serba sedikit tentang rutin hari Ahad saya dan keluarga.

Pagi bangun, solat Subuh. Sarapan pagi, bergantung kepada keadaan, sama ada Azah masak di rumah atau beli nasi lemak. Tetapi semalam kami ke Pasar Tani Mega di kawasan Stadium Shah Alam. Rupa-rupanya Su Pi juga ke sana semalam, tetapi kami tidak bertembung, agaknya kerana kami sampai lebih lambat. Kami bersarapan nasi lemak di sana. Membeli sedikit sayuran dan lauk pauk. Sedikit gambaran susana di sana.





Juga, tujuan utama kali ini ialah untuk membeli Orkid! Azah sekarang tengah minat menanam pokok bunga Orkid.

Pulang dari Pasar Tani itu, aktiviti bebas.
Saya teruskan aktiviti saya berinternet, dan kemudianya sambung dengan hobi saya Radio Controlled Helicopter (http://rotormax.blogspot.com). Azah terus menumpukan perhatian kepada kebun bunganya, di bantu oleh Sakinah, manakala Husna dan Ruzana dengan aktiviti sendiri, sama ada menonton TV atau berinternet.

Selepas solat Zuhur kami sudah mula sibuk untuk menyiapkan barang-barang Sakinah untuk ke asrama. Dia perlu masuk ke asrama selewat-lewatnya jam 6pm. Pelbagai barangan perlu disediakan, termasuklah kain baju, buku-buku sekolah yang dibawa balik untuk menyiapkan kerja rumah dan juga ulang kaji, air mineral, makanan dan lain-lain.

Sebaik selesai solat Asar, kami bertolak dari rumah, singgah sebentar di Pasaraya Giant untuk membeli beberapa barang keperluan dan makanan untuk Sakinah di asramanya. Tiba di sekolahnya kira kira jam 5.45pm.

Kira-kira 6.30pm sampai semula di rumah. Kadang-kadang, dalam perjalanan balik, kami akan singgah dulu di pasaraya untuk membeli barangan keperluan rumah, dan akan sampai hanya selepas Maghrib ataupun lebih lewat daripada itu.

Sekian dahulu untuk kali ini. Begitulah lebih kurang aktiviti hari Ahad kami.

Pengajaran hidup:
1. Semua orang ada 24 jam sehari. Hendaklah gunakan dengan sebaiknya.
2. Pastikan tidak ada melakukan maksiat dalam kehidupan seharian. Berseronok dan bersantai dengan batas-batas agama.
3. Solat 5 waktu, hendaklah dijaga, walau sesibuk mana sekalipun.

Salam sayang dari kami sekeluarga untuk semua.
Wassalam.

::truemax

1 comment:

  1. saya pergi bfast kat sana kol 8 am, kol 10.30am dah sampai rumah balik. :-)

    ReplyDelete