Monday, April 27, 2009

Jem Teruk Pagi Isnin

Assalamulaikum ..

Lama dah rasanya tak post kat sini .. Hari ni nak cerita keunikan traffic kat KL ni. Pagi tadi saya bgn seperti biasa untuk pergi kerja. Biasanya traffic bergerak perlahan di 2 tempat sahaja, tapi pagi tadi traffic bergerak perlahan kira2 2km dari exit Seafield. Gambar di bawah menggambarkannya.



Saya nervous jugak kot2 la arini ada apa2 special sampai jem teruk mcm tu skali ... rupa2nya ada accident berlaku melibatkan beberapa buah kereta. Kereta2 tersebut telah pun berada di bahu jalan, tapi traffic still jugak perlahan. Maklum la, org kita ni perihatin nak tengok apa yang berlaku ... Hehe.

Anyway, last week problem VSA kereta saya telah dapat disolvekan. Terima kasih atas bantuan truemax menumpangkan saya pergi kerja. :-). Alhamdulillah dapat claim warranty lagi. Sensor VSA yang ditukar tu berharga RM2300.

Hari Sabtu hari tu pulak saya berkunjung ke Pesta Buku di PWTC. Kononnya nak drive pergi PWTC, sampai exit PWTC tu tengok kereta berderet dan jem teruk. So, saya patah balik ke KL Sentral dan parking di Brickfields kat area stesen Monorail untuk elak parking mahal KL Sentral. Hehe.

Till then, take care.

Wassalam.

regards,
aerobrain :: Pi

2 comments:

  1. Jem amat menguji kesabaran.. tapi kalau kereta baru tak kisah lama sikit kan he he he :)

    Semoga ceria selalu.

    Wassalam
    ::truemax

    ReplyDelete
  2. yup .. memang betul2 menguji kesabaran .. tambah pulak kalu dah lambat ke ofis ... hehe

    ReplyDelete