Thursday, April 2, 2009

Siapa Kata Kerja Guru Senang?

Assalamu'alaikum.

Malam tadi saya kepenatan, selepas makan malam saya menonton cerita 'The Increadible" di Desney Channel bersama anak-anak. Tapi mula tengok itu pun dah lebih dari separuh ceritanya. Jadi sekejap sahaja pun sudah tamat. Selepas tu ada cerita "Matrix". Ini adalah movie kesukaan saya sejak dulu. Amat teruja saya untuk menontonnya. Tetapi belum 30 minit menonton, saya sudah tewas dan terlelap.. kepenatan.

Kami sekeluarga tidur dahulu. Azah ada kerja yang perlu disiapkan pada malam ini. Perlu siapkan senarai pelajar Kokurikulum untuk tingkatan 4. Pada masa itu saya belum lagi solat Isyak, akan solat bila bangun malam/pagi nanti.

Kira-kira jam 1am loceng handphone berbunyi. Saya bangun bersolat Isyak.

Kemudian mulalah duduk dimeja mengadap laptop menolong Azah. Kami menggunakan applikasi MS Acess dan Excel. Sekolah sudah ada sistem pengkalan data yang mempunyai maklumat yang dikehendaki. Kami perlu extrackkan data dan cetakkan senarai KoKurikulum mengikut kelas, dan juga mengikut kelab, persatuan dan sukan.

Selepas data dipindahkan dari MS Access ke Excel, kami dapati ada pelajar yang tidak mempunyai aktiviti kokurikulum yang betul. Tambahan lagi, taburan agihan untuk persatuan, kelab dan sukan tidak rata, sesetengah aktiviti mempunyai hingga 78 orang yang telah mendaftar manakala ada setengahnya cuma mempunyai 6 orang ahli. Jadi kami terpaksa reassignkan dengan seadil yang boleh.

Di pendekkan cerita, Alhamdulillah, dengan menggunakan tonner yang baru dibeli semalam, kami siap mencetak semua senarai tersebut, agaknya lebih 30 muka surat, pada kira kira jam 3.30 pagi.

Begitulah, siapa kata kerja seorang guru senang? Renungkan kembali. Suaminya pun terpaksa berjaga sama :)

Haa, ada satu lagi yang menarik berlaku pada hari ini. Tengah hari tadi saya sempat cuba pandu kereta Honda Civic 1.8, yang baru dibeli oleh seseorang dari keluarga kita. :) Kereta nya nampak sungguh anggun. Pecutannya boleh tahan, i-VTEC lagi pun. Ok cukup dampai disini dahulu ya.

Wassalam.

2 comments:

  1. Sama2lah kita mengenang jasa2 guru2 kita.

    ReplyDelete
  2. Ya, guru-guru harus di hormati dan jasanya perlu di kenang.

    Pelajar pelajar sekarang kurang menghormati guru, dan sesetengah ibu-bapa juga amat menyebelahi anak-anak mereka walaupun anak-anak mereka tu bukannya baik sangat.

    Suatu cobaan juga ni.

    ReplyDelete