Assalamualaikum,
Baru-baru ini berkesempatan ke Kota Kinabalu dari 5 hingga 9 April 2009. Kak Jie @ Cik @ Dr Aziah ada workshop di Shangri-La Rasa Ria Resort, Pantai Dalit, Tuaran, Sabah. Perjalanan dari bandar KK ke resort ini mengambil masa lebih 40 mins dengan jarak lebihkurang 35 km.
Sebab jarak yang jauh, memang tak sempat nak pergi berjalan la sebab tak ada transport. Hari ketiga dan keempat baru boleh berjalan-jalan ke bandar KK dengan meminjam kereta kawan. Kawan ni dulu kerja di Kelantan, sekarang dah balik kerja di Pangkalan TLDM Teluk Sepangar, KK. Kereta dia pub beli kat Kelantan dulu. (Lesson 1: Bagus ada ramai kawan)
Di Sabah, waktu subuh lebih awal sebab terletak lebih timur dari semenanjung Malaysia. So, kena bangun awal untuk solat, tapi boleh tidur balik kan...
Hari keempat, pergi ke pasar kraftangan atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipin di KK. Macam-macam ada, biasanya orang beli mutiara dan yang serupa dengannya, atau pun kraftangan lain macam kain alas meja dan keychain, janji ada buah tangan untuk dibawa balik. Ikan kering dan kuih cincin pun ada jugak.
Kami membeli banyak la jugak, jadi lupa nak kira dengan detail, cuma bila keluar dari pasar tu dan sampai di 1 Borneo (satu shopping complex yang dikatakan terbesar di Malaysia Timur -- memang besar pun, lebih besar dari KB Mall ni), baru la otak ni mengira-ngira apa yang dibeli. Baru la terperasan yang penjual tu silap kira dengan perbezaan lebih RM100! Bila kami balik ke kedai tu, dah tutup (masa tu pukul 8.00 malam). Esok dah kesuntukan masa.
Esoknya, hari terakhir, shuttle bus ke airport bertolak pukul 2.45 ptg dari resort dan sampai hampir pukul 4.00 ptg. Penerbangan pukul 5.30 ptg. Jadi kami ambil teksi dari airport ke bandar lebihkurang 10min perjalanan dan sempat ke kedai yang semalam tu. Alhamdulillah, dapat balik duit tu, tapi kena perabis la jugak RM40 untuk duit teksi... sambil pusing-pusing bandar KK. (Lesson 2: Bila beli barang, kena check balik, betul ke apa yang dibeli dengan apa yang dibayar, kalau tak jadi macam kami!).
Flight delay dalam 30 min dari KK, tapi sempat la dengan penerbangan ke Kota Bharu pukul 10.30 malam. Sampai di KLIA pukul 9.00 malam, dan baru dapat tahu barisan menteri kabinet secara detail.
Last lesson for this time: Ketahui tempat kita nak pegi dan buat perancangan awal-awal. Contohnya, tempat tu kat mana dan berapa jauh dari town; dan telefon kawan lebih awal untuk dapatkan bantuan...
Till next time...
Tanggungjawab Penghantar Mesej
-
Assalamu'alaikum,
Di sini saya mahu ketengahkan tentang etika dan cara yang betul dalam
menghantar mesej (sama ada 'send' atau forward') yang kita dapati.
...
6 years ago
sounds macam adventures aje :-)
ReplyDeleteSelamat pulang Abe Ja.. kalau ada gambar lagi best ni. Bawa kemera tak?
ReplyDeleteTak reti nak upload gambar kat sini. Tak banyak pun ambil gambarnya.
ReplyDelete