Showing posts with label announcement. Show all posts
Showing posts with label announcement. Show all posts

Sunday, June 27, 2010

Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis pertunangan saya

Salam kepada semua ahli keluarga.

Genaplah seminggu lebih majlis pertunangan saya berlalu.

Pertama sekali, saya amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana majlis pertunangan telah berjalan dengan lancar, meskipun tanpa bekalan elektrik sewaktu tetamu hadir.

Kedua, ingin saya ekspresikan betapa saya amat berterima kasih kepada semua ahli keluarga yang sama-sama telah bertungkus lumus bagi menjayakan majlis pertunangan saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih tak terhingga kepada Abah, Ummi & adik-adik, Tokma, Ayah Ja, Ayah Ili, Acik Yang, Ayahsu Pi, Acik Jie, Acik Azah, Ayah Faizal dan sepupu-sepupuku.

Kepada adik-adik di perantauan, terima kasih atas doa dari jauh. Moga bulan 12 nanti menjanjikan 'reunion' kita satu family :D

Sama-samalah berdoa moga segala urusan dipermudahkanNya terutama agenda seterusnya, iaitu pernikahan dan walimah pula. InsyaAllah.

P/s: Terima kasih kepada Ayah Ili, Acik Azah & family atas pemberian hadiah berupa tuala dengan sulaman 'Selamat Bertunang'..I like!

Sedikit gambar suasana pada hari pertunangan:

Ekspesi Ayahsu Pi setelah mengunyah dan menelan daun sirih.
'Sirih's the best!' katanya.

Hadiah daripada Ayah Ili & family. So sweet..Thanks!

- Gambar kredit kepada Ayahsu Pi sebagai official photographer saya pada hari tersebut ;)

Wednesday, January 27, 2010

Welcoming A New Family Member .. A Baby Boy!

Assalamualaikum ...

Pada 5.58pm tadi, Yayang telah selamat melahirkan anak ke-4 setelah overdue 6 hari..

Saya bagi pihak seluruh OHANA KAMI, ingin mengucapkan tahniah di atas kurniaan Allah swt ini. Semoga dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata akan lebih menambahkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Berikut adalah sedikit gambar2 sekitar visit tadi di Hospital An-Nur, Bangi:

Take Care.
Wassalam.

regards,
Ahmad Firdaus :: pi :: aerobrain

Thursday, October 15, 2009

Al-Fatihah kepada Ayah Ngah

Ayah Ngah (Abdul Rahman bin Muhammad) telah kembali ke rahmatullah pada jam 2 pagi tadi.

Sama-sama kita doakan agar rohnya sentiasa bersama orang-orang yang soleh. Amin.

Al-Fatihah ...