Pada suatu hari, pada minggu lepas saya menghadiri training di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur. Ianya selama 3 hari, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Hmm.. makanan yang disediakan amat best, banyak betul saya makan. 3 hari saya melepaskan nafsu makan saya bertindak sesuka hati! Bila chek balik, rupa-rupanya sudah naik 1 kg berat badan saya. Nampaknya kenalah saya bekerja keras memenatkan badan dengan berjoging dan aktiviti riadah yang lain. Hari Jumaatnya, saya bersolat Jumaat di Masjid Al-Bukhari, naik monorail. Sungguh sesak monorail pada waktu itu. Takut juga saya bila teringatkan H1N1.
From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban |
Hari terakhir training tersebut ada exam. Alhamdulillah, rasanya bolehlah jawab dan insyaAllah boleh lulus untuk dapat sijil juga.
Pada hari Ahadnya pula, pada pagi hari saya berriadah dengan menunggang basikal. Hari sebelumnya, si Husna dan Ruzana amat berminat untuk bermain basikal. Ada beberapa basikal yang sudah di beli kira-kira 5 tahun yang lalu, sekarang amat jarang sekali digunakan.
From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban |
Rasanya basikal saya yang besar tu sudah setahun juga tidak dinaiki, entah-entah lebih lama dari itu. Jadi pada petang hari Sabtu, saya meluangkan sedikit masa untuk mencuba dan meletakkan pelincir pada basikal-basikal tersebut. Ya masih boleh digunakan. Ok, nak sambung semula cerita hari Ahad tu. Pagi tu dengan dengan begitu bersemangat, berpagi-pagianlah saya dan Husna dengan basikal. Bestnya.
From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban |
Cuma saya tidak memakai sarung tangan, jadi tangan rasa sakit sedikit apabila menggenggam handle basikal dengan kuat. Lain kali kena pakai sarung tangan. Untuk menyihatkan lagi badan (dan sebab rasa bersalah kerana sudah makan begitu banyak pada hari-hari sebelumnya), saya teruskan dengan berjoging pula. Kemudian daripada itu, kami pergi membeli nasi lemak untuk sarapan, juga dengan menaiki basikal.
Kira-kira jam 11 pagi, kami bertolak ke Bukit Cerakah, sekolah Azah mengadakan perkhemahan pada minggu itu. Tiba di Bukit Cerakah, salah seorang dari cikgu sekolahnya telah dengan baik hati mengambil kami dengan kereta di pintu masuk. Alhamdulillah, kalau tidak penatlah kami kena berjalan. Sampai kawasan perkhemahan, saya meninjau-ninjau kolam renang yang ada di situ. Tanpa menunggu lama, Husna, Ruzana dan saya mempergunakan kolam renang itu sepuas hati. Agak lama juga saya tidak berenang, tetapi seperti naik basikal, saya masih ingat lagi macam mana mahu berenang.
From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban |
Selepas itu, kira-kira jam 2.15pm, kami pergi melawat Sakinah di sekolahnya. Dengan berbekalkan donut, roti-roti dari kedai kek dan juga makanan dari Secret Resipi, kami berjumpa dan makan tengah hari bersama Sakinah. Hari tu makan istimewa sikit, untuk meraikan Hari Bapa untuk saya sekali.
From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban |
Alhamdulillah. Kami semua sihat dan ceria. Semoga Allah teruskan kesihatan dan keselamatan kita semua, dunia dan akhirat.
::truemax
Blogged with the Flock Browser
basikal saya pon dah lama tak jalan .. ish2
ReplyDelete