Wednesday, June 24, 2009

Lumba Kereta Paling Jauh

Assalamualaikum ...

Weekend yang lepas .. hari Sabtu, saya pergi ke Shah Alam untuk menyapu rumah. On the way balik (tak berapa on the way pun), saya singgah di Speedway Circuit sebab ada kawan memberitahu Perodua ada mengadakan pertandingan "lumba kereta".

Lumba kereta ini tidak seperti lumba kereta lain yang laju2. Dalam perlumbaan ini, pemandu hanya memandu dengan halaju 40-60 km/j. Ini adalah berikutan undang2 pertandingan yang agak berlainan.

Perodua telah memberi masa 3 bulan berserta 1 buah MyVi dan RM10k kepada university/kolej yang berminat menyertai pertandingan ini. Rulesnye simple, dengan 1 liter minyak yang akan diberikan, kereta yang boleh pergi paling jauh jaraknya akan menang. So pertandingan ini dinamakan Perodua Eco-Challenge.

Disamping university/kolej yang bertanding, Perodua juga ada sediakan 'secret weapon' mereka. Sebagai conclusion, manual transmission boleh cover sampai 25 km/liter dan automatic transmission boleh cover sampai 23 km/liter dengan 'minor modification'. Actually, modification rules tidak begitu jelas, itu comment yang saya dapat dari peserta. Perodua 'secret weapon' boleh pergi jauh lagi sampai 35km/liter kot. Sebab kereta lain dah kehabisan minyak, dia boleh pegi ~10 round lagi.

Seperti biasa, berikut adalah gambar2:
Perodua Eco-Challenge
IIUM Car

Perodua Eco-Challenge
Perodua 'Secret Weapon'

Perodua Eco-Challenge

Perodua Eco-Challenge

Wassalam.

regards,
Ahmad Firdaus :: Pi :: aerobrain

1 comment:

  1. Salam semua..
    Wah ni lumba teknologi kereta ni..

    Mungkinkah kereta produa secret weapon menang sebab kaler dia matching dengan warna langit, jadi tarikan lebih kuat ke arah langit dan ia menjadi lebih ringan, jadi kurang beban dan geseran pada enjin.

    He he he, sila jangan percaya teori yang karut ini.

    ::truemax

    ReplyDelete