Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu!

Assalamu'alaikum,

Selamat Hari Ibu, untuk Ummi, Ma atau Tok Ma, Eshah bt. Muhammad.

Maaf kepada yang lain kerana mencuri sedikit ruang di sini. Tiba-tiba tergerak hati saya untuk menulis sedikit di sini, apa-apa yang sempat disampaikan.

Terima kasih Ma kerana telah menjadi emak yang cemerlang bagi kami semua. Kami 5 orang anak Ma yang cemerlang ni telah dikandung, dilahirkan, dijaga dan didik oleh Ma dengan penuh kasih sayang dari kecil lagi. Kami amat menghargai jasa-jasa Ma tersebut, walaupun tidak kami nyatakan, payah untuk kami gambarkan, ya, kami amat menghargainya. Tiadalah caranya untuk kami membalas semula jasa-jasa tersebut!

Saya, anak ketiga, agaknya yang paling malas, paling degil & paling bermasalah (dan mungkin beberapa paling lagi), tetap mendapat kecemerlangan hidup berkat sabar, usaha dan restu doa daripada Ma!

Terima kasih Ma dan Abah, saya pada waktu darjah 5 atau 6, bagun di pagi hari saya termimpi dan mahukan sebuah basikal. Teresak-esak pagi tu saya menangis kerana Abah tidak mahu melayan kehendak saya. Ma telah memujuk abah untuk membelinya.

Terima kasih Ma dan Abah, pada masa saya tingkatan 1, saya memandu kereta baru abah DK8877 (kereta yang penuh kenangan) ditengah malam, merosakkannya dengan melanggar tiang (maaf perkara terperinci tidak akan diberitahu!). Tidak tahu apa yang saya boleh katakan pada masa tu, amatlah saya menyesal daripada perbuatan bodoh tersebut. Jika tidak dengan kesabaran Ma dan Abah sudah tentunya saya dipukul separuh mati. Tapi Ma dan Abah begitu cool, menjadikan itu sebagai pengajaran yang amat penting dalam hidup saya.

Terima kasih Ma dan Abah, kerana terus merestui pilihan hati saya tanpa soal walau pun asal dia amat jauh sehinggakan bahasanya juga berbeza (Jawa daaa). Dengan restu Ma dan Abah kami berbahagia sehingga sekarang.

... dan banyak lagi kejadian sepanjang hidup saya.

Tiada ungkapan yang boleh merangkumi semua itu. Saya percaya Abg Pa, Abg Za, Yang dan Pi juga sependapat dengan saya. Setiap dari kami amat menghargai semua pengorbanan Ma, dan mesti banyak perngorbanan Ma yang kami tidak tahu. Terima kasih atas semua pengorbanan tersebut. Allah sajalah yang boleh membalas semua jasa dan pengorbanan Ma itu.

Di sini, kami menyusun kesepuluh jari kami, memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan kami, sengaja atau tidak, yang terang atau tersembunyi. Diwaktu dulu, saya memang ingat, banyak kali saya tidak mahu mengikut apa yang Ma suruh, alpa dan tidak ikut pesanan Ma bila berjauhan malah ada juga saya membantah apa yang Ma cakap. Ma, maaf kan kami ya.







Selamat Hari Ibu.
Jasa mu tetap dirasa; Bakti mu lekat di hati.

Wassalam.

Salam hari ibu dari kami,
5 orang anak dari ibu cemerlang.

4 comments:

  1. SELAMAT HARI IBU DARI KAMI JUGA. LOVE YOU ALWAYS. SEMOGA MA AKAN TERUS DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN SENTIASA DI DALAM KESEJAHTERAAN.
    JA dan JIE

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI IBU!!!

    menarik jugak mendengar cerita ayah ily ni...

    semoga kite sekeluarga diberkati Allah...

    mari belajar dari segala kesilapan kita!!!

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Ibu kepada Ma. Jasamu hanya Allah swt sahaja dapat membalasnya. Ampunkan segala salah silap kami adik-beradik. We always love you. Tanpamu siapalah kami.

    ReplyDelete
  4. Selamat hari ibu untuk Ma... Ma adalah ibu terbaik untuk kami adik beradik. Hanya Allah yang dapat membalas jasa2 ma. Maafkan segala kesilapan yg telah kami lakukan. Kami sentiasa menyayangi ma... sentiasa...

    ReplyDelete