Sunday, May 10, 2009

Kesibukan Yang Amat - AZ

Assalamu'alaikum.

Sudah menjadi takdir, minggu yang lepas amat lah sibuk bagi saya. Saya perlu menyiapkan satu kertas laporan untuk Anugerah Implementasi Projeck ICT. Bukan saya sahaja, malah beberapa orang lain juga yang telah dinamakan untuk menghantar bagi projek mereka. Laporan tersebut perlu dihantar pada hari Jumaat (semalam), tetapi sebelum itu perlu dihantar lebih awal untuk semakan pada hari Khamis.

Dengan kesibukan harian yang sudah pun sedia amat sibuk, maka dengan perkara yang segera (tetapi tidak penting) ini, saya dan berberapa rakan terpaksa bertungkus lumus. Hari Selasa malamnya, saya tidur pada jam 4.30 pagi mengadap laporan tersebut. Pada siang hari waktu kerja, tidak banyak boleh dilakukan kerana banyak benda lain yang sedia ada perlu dilayani. Pada hari Rabu malamnya, dengan kepenatan kerja seperti biasa, saya tidur dahulu dan bangun pada jam 3.30 pagi untuk meneruskan tugasan itu. Alhamdulillah, berjaya juga disiapkan pada jam 7.30 pagi (lebih kurang lah) untuk penghantaran yang sepatutnya jam 9am. Tidak lah saya mengharap untuk memenangi apa-apa hadiah dalam penyertaan ini, cukuplah sebagai 'cukup syarat', iaitu 'Ya, saya sudah hantar'. Seharian di pejabat pada hari itu saya rasa macam keawangan, kepala yang berat dan sebagainya. Tengah harinya rasa sangat mengantuk, kalau duduk di kerusi akan mula lali dan terlelap. Jadi perlu untuk berjalan sana sini, mencari orang untuk perbincangan dan sebagainya.

Dalam minggu lepas juga, saya ada masalah dengan kereta saya. Air radiatornya cepat kering. Pada mulanya setiap 2 hari saya perlu memeriksa dan mengisi air kedalam radiator. Pada satu hari, selepas daripada itu, saya terpaksa berhenti di stesen minyak untuk mengisi air, ini ialah pada waktu pagi dalam perjalanan ke tempat kerja. Penunjuk suhu enjin sudah menunjukkan panas tahap hampir yang maksima, saya tidak mengisi air sebelum perjalanan dan mengharap baki air daripada hari sebelumnya. Jadi, dari tengah hari Khamis lagi, sebelum perjalanan saya perlu mengisi air kedalam radiator dahulu.. hmm canggih betul kereta saya ni kan. :)

Pagi tadi, alhamdulilah, diberikan kelapangan oleh Allah untuk menghantar kereta ke bengkel. Sebelum tu, sempat saya jogging juga, tetapi hari ni cuma 3.5 pusingan sahaja (sebelum ni 5), kurang semangat rasanya saya hari ni.

Jam 7 pm tadi makanik sudah telefon mengatakan sudah siap baik keretanya. Water-pump nya rosak dan perlu diganti. Dalam masa yang sama, perlu juga tukar penyerap hentak depan kereta, kedua-dua belah. Tukar dengan yang biasa sahaja, jadi tak lah mahal sangat.

Malam tadi, selepas solat isyak, kami ke pasaraya kegemaran kami, Giant. Dekat dan mudah, malam pun kami boleh pergi ke sana. Ke sana untuk beli barangan bekalan untuk Sakinah, ya, esok akan pergi melawatnya di asrama. Juga membeli barangan bekalan orang kat rumah ni. Kami di Giant tu sehinggalah pengguman di buat, pasaraya sudah mahu ditutup, iaitu pada pukul 10.45 pm.

11.30 malam, makanik menghantar kereta ke rumah, saya terpaksa menghantarnya balik ke bengkel. Kosnya RM700++, insyaAllah semua dah ok kereta tu.

Azah juga sibuk dengan tugas-tugasnya, sehingga perlu ke sekolah dia pagi tadi - walaupun hari ni hari Sabtu dan bukan ada apa-apa aktiviti rasmi.

Alhamdulillah, walaupun kami sibuk dengan sangat, syukur semuanya sihat dan berupaya untuk melakukanya.

Pengajaran hidup:
1. Kalau dah jadi bos, jangan push orang tentang perkara yang kurang penting, kesian orang kena kerja siang malam
2. Gunalah waktu terluang sebaiknya, kalau dah sibuk, harap boleh bernafas saja lah.
3. Kereta ni memang kena budget untuk dibaiki. Ade je nanti yang nak kena buat.

Allahu'a'lam.

Salam sayang dari kami,
::truemax dan keluarga
Putra Heights, Subang Jaya

No comments:

Post a Comment