Friday, February 5, 2010

Namanya "Muhammad Hazim Khairullah"



Muhammad Hazim Khairullah
Assalamualaikum ..

Pada hari ini, 4-February-2010, telah diadakan Majlis Bercukur baby baru di rumah Yayang. Baby baru ini jugak telah diberi nama "Muhammad Hazim Khairullah".

Majlis dimulakan dengan upacara memberi makan manisan dan air zam-zam kepada baby dan diikuti dengan upacara menggunting beberapa helai rambut baby (bercukur). Selepas itu, membaca selawat beramai-ramai dan diikuti dengan doa selamat. Upacara kemuncak ialah makan (seperti biasa). :)

Berikut adalah sedikit gambar2 nya:


Tahniah buat Yayang sekeluarga. Semoga kehadiran Hazim akan lebih menceriakan dan membahagiakan kehidupan dunia dan akhirat. Ameen.

Take care.

regards,
Ahmad Firdaus :: pi :: aerobrain

2 comments:

  1. Alhamdulillah. Sampaikan salam kepada Muhammad Hazim Khairullah

    ReplyDelete
  2. Sapa yang jadi 'tok seh' masa belah mulut dgn cukur jambul tu? Nampaknya dah tak ada 'Adl...' dah.. Anyway semoga semuanya selamat.

    ReplyDelete