Sunday, September 25, 2011

Konvokesyen



Alhamdulillah, selepas 4 tahun belajar di USM (5 tahun jika dikira tempoh penangguhan), saya telah dianugerahkan dengan ijazah Sarjana Perubatan Masyarakat (Kesihatan Persekitaran) di Upacara Konvokesyen USM ke 44 pada 21 September 2011.

Terima kasih di atas segala doa, dorongan dan semangat yang semua berikan. Hanya Allah yang akan membalasnya.



Menerima ijazah dari Tuanku Canselor

Wednesday, September 21, 2011

AidilFitri 1432H

Pada 30hb Ogos 2010 yang lalu, umat Islam di Malaysia telah menyambut AidilFitri dengan perginya bulan Ramadhan yang penuh barakah. Kami sekeluarga juga menyambut kehadiran 1-Syawal secara sederhana tetapi meriah. Berikut adalah sedikit gambar2nya:

Gotong-royong memasang langsir di saat-saat akhir

Berbuka puasa pada hari terakhir Ramadhan

Juadah berbuka puasa pada hari terakhir Ramadhan

Menantu-menatu Tok Ma

Cucu-cucu Tok Ma yang mana ada
(yang dalam iPad pun ada)

Semua ahli keluarga yang ada

Gaya merdeka

Anak-anak Tok Ma yang dulu kecik-kecik sekarang dah besar panjang

Sempat juga diadakan majlis sambut Hari Jadi Tok Ma yang ke-66
Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan untuk Tok Ma beribadat

Tok Ma sempat pack sedikit telur-telur itik untuk dibawa pulang

Alhamdulillah .. sama-sama kita bersyukur ke atas Ilahi atas segala rahmatNya.

Tidak dilupakan juga, ucapan Tahniah kepada Abg Ja atas Convocation Master di USM Penang pada minggu ini. Mungkin Abg Ja boleh share gambar2 kemudian.

Take Care.

Wassalam.

Ahmad Firdaus :: aerobrain :: Pi

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri dari Australia


Kami, Huda & Adlan ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, selamat meraikan hari kemenangan dalam kesyukuran. Mohon maaf zahir dan batin.

Kami rindu pada Abah, Ummi, adik-adik - Ammar, Anas, Muaz, Zubair, Salman, nenda kami - Tokma, pak sedara mak sedara - Ayah Ja & Acik Ji, Ayah Ili & Acik Azah, Acik Yang & Ayah Faizal, Ayah Supi & Ciksu dan sepupu2 semua yang berada di Malaysia.

Salam sayang dari kami di perantauan :')

P/s: Kami belum raya lagi hari ni

Thursday, August 25, 2011

Berbuka Puasa Gathering

Pada 13hb Ogos bersamaan 13 Ramadhan yang lepas, Abg Pa telah mengadakan majlis berbuka puasa secara sederhana tetapi meriah. Walaupun sederhana, terdapat 3 jenis akok disediakan oleh tuan rumah dan juga tetamu.

Berikut adalah sedikit gambar2 yang sempat diambil. Gambar sangat sedikit berikut photographer juga ingin makan. :))



InsyaAllah semoga kita berjumpa lagi di kampung pada Aidilfitri ini. Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadhan diterima Allah swt, dan semoga Ramadhan berjaya memberi sedikit sebanyak tarbiah rohani dan jasmani kepada kita. 

Take care. Wassalam.
(sorry atas kelewatan upload gambar)

Ahmad Firdaus :: Pi :: aerobrain

Sunday, June 12, 2011

Cuti Sekolah Jun 2011

Assalamu'alaikum,

Setelah sekian lama saya tidak balik ke kampung halaman di Kelantan, alhamdulillah cuti sekolah baru ni saya berkesempatan walaupun cuma dapat mengamabil cuti 2 hari sahaja.

Sempat saya mengambil beberapa gambar..

Rz menemani Tokma ke reban itik..


Rutin harian tokma bersama itik-itik peliharaannya:

Makan malam bersama-sama, akan tetapi tak semua orang ada dalam gambar n..



Esoknya kami ke Pantai Irama, Bachok, Kelantan..



Makan pelbagai makanan di situ termasuklah pulut pauh dan pulut durian..


Kemudiannya, sessi 'bermain air' pun bermula..




Esoknya, pagi-pagi lagi Tokma ke warung berdekatan, kepunyaan Imam Hassan, untuk membeli 'Nasi Berlauk' untuk keluarga..


Lebih kurang jam 10 pagi, keluarga Yang bertolak kembali ke Selangor..


Keluarga saya bertolak lebih kurang jam 3.30pm, singgah di Masjid Raub untuk solat dan makan malam..


Wassalam.

Truemax
10 Rejab 1432H (Ahad)

Friday, March 25, 2011

A_Ja & K_G ke Umrah

Assalamu'alaikum,

Ini sedikit gambaran pada waktu A_Ja & K_G bertolak untuk mengerjakan Umrah pada 9 Mac 2011 dan kembali pada 21 Mac 2011.

Semoga Ibadat Umrahnya dan ibadat yang lain lain mendapat ganjaran berlipat kali ganda dari Allah s.w.t.

Saya biarkan gambar gambar ini bercerita lebih lanjut..


Terima kasih.

Truemax
19 RabiulAkhir 1432H, Jumaat

Tuesday, March 22, 2011

Perkahwinan Aerobrain & Beep, Feb 2011

Assalamu'alaikum,

Saya mahu kongsikan juga sedikit gambaran daripada majlis perkahwinan tersebut..

Dengan ucapan semoga ceria selalu dan berbahagia di dunia dan akhirat.


Wassalam.

Truemax
16 RabiulAkhir 1432H, Selasa